blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kisah MCA & "Hatikva Israel"

Wednesday, March 3, 2010

“Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku Presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.




Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam tangan dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

“Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan kepada saya jam tangan tersebut menurut penjelasannya adalah kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),” katanya.

Sumber : Malaysiakini


ULASAN


Pertama:
Masakan orang boleh bagi hadiah tanpa apa-apa sebab apatah lagi nilainya begitu mahal. Harganya setengah juta ringgit. Istilah kurang bijak juga boleh digunakan, sekalipun kurang tepat, untuk menggambarkan tindakan SPRM yang beriya-iya benar hendak mendakwa Tok Guru dalam isu 'tajaan pergi haji' sedangkan Presiden MCA yang terang-terang mengaku mengambil hadiah jam tangan bernilai setengah juta ringgit dilepaskan begitu saja.


Kedua:
Jika diberikan atas nama parti, tentulah ia hakmilik parti dan bukan disimpan oleh Presiden parti. Jarang sekali kita dengar sebuah jam tangan diberikan untuk parti kecuali ia hanya alasan Presiden MCA berkenaan.

Cuba bayangkan kalau Hussam Musa atau Tok Guru yang menerima hadiah jam tangan tersebut, aku berani bertaruh bahawa SPRM akan segera menyiasat dan menyerbu Tok Guru manakala media massa milikan UMNO akan memutarkan isu ini selama berminggu-minggu.

Dalam kes Tok Guru, untuk mengelak fitnah Tok Guru tidak pergi pun menunaikan haji pada tahun tersebut. Meskipun begitu, SPRM bertindak bagaikan haiwan peliharaan UMNO apabila beriya-iya membuat kenyataan media berulangkali bahawa Tok Guru sudah disiasat. Kertas siasatan sudah diberi pada pendakwa dan SPRM hanya menunggu ‘greenlight’ daripada Ghani Patail.

Ketiga:
Jenama jam tangan itu begitu jelas tertera perkataan ‘Hatikva Israel’ dan lambang Star Of David. ‘Hatikva’ setahunya ialah nama lagu kebangsaan Israel. Apa hubung kaitnya pemberian jam tangan oleh pembuat jam tangan Hong Kong itu dengan MCA dan juga dengan jenama jam berkenaan?

Umat Islam agak skeptikal dan sensitif dengan pemberian hadiah itu. Mungkin Ong Tee Kiat tidak menyedarinya atau sememangnya pemimpin BN tidak lansung mempedulikan sensitiviti itu.


Keempat:
Sekiranya individu yang mendapat hadiah jam tangan tersebut merupakan pemimpin PR, sudah tentu isu ini akan dimainkan oleh UMNO dan BN sebagai senjata menyerang PR. Bayangkanlah sekiranya Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang menerimanya, sudah pasti mereka bukan sahaja dituduh sebagai Komunis, bahkan mereka juga akan dituduh sebagai agen Yahudi dan Israel.

Tetapi UMNO nampaknya hanya membisu sahaja berkenaan isu ini apabila ia terkena pada pemimpin parti komponen BN sendiri.

Sikap bermuka-muka UMNO semakin jelas dalam isu ini. Mereka hanya menyalak apabila perkara-perkara sebegini berlaku pada musuh politik mereka. Tetapi mereka hanya diam membisu sekiranya perkara seperti ini berlaku pada mereka dan sekutu-sekutu mereka.

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad yang maksudnya: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberi jalan terhadap kedua-duanya.”

Wallahu ‘alam.

Sumber : http://unitedbersatu.blogspot.com/



Mana PEKIDA,PEKASA dan NGO 1Malaysia yang dok sibuk memperjuangkan Islam kononnya?
Cheh!
:Author Faethal

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Kami Tidak Lompat : Kamarul Baharin Abbas

KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Anggota Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas (tengah) mewakili 12 anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan taat setia beliau dan rakan dalam parti kepada pucuk pimpinan parti itu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Damansara dekat sini, hari ini.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Kamarul turut menyelar bloger yang membuat spekulasi beliau bersama rakan-rakannya akan meninggalkan parti.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Kami Tidak Lompat : Kamarul Baharin Abbas

KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Anggota Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas (tengah) mewakili 12 anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan taat setia beliau dan rakan dalam parti kepada pucuk pimpinan parti itu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Damansara dekat sini, hari ini.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Kamarul turut menyelar bloger yang membuat spekulasi beliau bersama rakan-rakannya akan meninggalkan parti.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Habis la.. Jersey World Cup 2010 Kena Rampas...

PADANG BESAR, 3 Mac -- Anngota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang diketuai komandernya, DSP Zakaria Abd Rahman (tengah) menunjukkkan antara baju berjenama tiruan yang dirampas selepas sidang akhbar di kem UPP Padang Besar dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, sepasukan anggota UPP telah menahan sebuah kereta yang mencurigakan di Kampung Sena.
Kelihatan juga Komander UPP Kawasan Padang Besar, ASP Noor Janihan Nanyan (dua dari kiri).


Hasil pemeriksaan, sebanyak 77 helai seluar dan 360 helai baju tiruan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM7,424 ditemui dan ia dipercayai diseludup masuk ke negara ini dari Thailand.
Seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun yang memandu kereta itu ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Lagi Katak Dari Penang


KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka hari ini apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri (kanan) mengumumkan keluar parti.

Beliau membuat pengumuman tersebut pada sidang media di sini hari ini.
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim (dua dari kanan) turut hadir pada sidang media itu.


Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan bahawa beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media.

Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri melambaikan tangan ke arah jurugambar selepas sidang media.




Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks