SITI Nor Hanim Aziz, ibu Syafiah Humaira yang meninggal dunia akibat didera teman lelakinya menyiram air mawar di pusara anaknya manakala abang mangsa, Mohd. Shafiq dan datuknya, Aziz Shahar (dua dari kanan) menabur bunga di tanah perkuburan Sungai Choh, Rawang, Selangor 27 Feb.
1. Fakta 'Abang Mat'(suspek) mula menjalin perhubungan 'terbuka' sejak 6 tahun lalu dengan ibu Safia Humaira, Siti Nor Hanim Aziz, 25 tahun.
2.FaktaSuaminya, Sahari ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh sejak tahun 2006 kerana kes bunuh (belum disahkan Jabatan Penjara Malaysia). Biarpun sistem parol (banduan dibebaskan lebih awal sekiranya memenuhi syarat ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia) telah dilaksanakan, namun kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh, TIDAK boleh diparol. Maksudnya, sejak 4 tahun lalu Nor Hanim tidak bertemu suaminya. Dia mendakwa digantung tidak bertali sejak 4 tahun yang lalu.
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Mohd. Syafiq Sahari, abang kepada Syafia Humairah yang meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya di Batu 16 Sungai Plong, Kuang, Selangor, 28 Feb.3.FaktaAnak bongsu Nurhanim, Shakimi Iqbal Sahari, berusia 1 tahun 6 bulan (18 bulan) manakala suaminya Sahari Usol 33 tahun, tidak pernah dibebaskan sejak 4 tahun ( 48 bulan) lalu.
Bagaimana dia boleh mengandung ketika suaminya masih lagi dipenjarakan?
4.FaktaNor Hanim dan 'Abang Mat' (suspek) mula menjalin perhubungan 'terbuka' sejak 6 tahun lalu (iaitu ketika suaminya belum dipenjarakan), ketika dia masih isteri orang (sehingga kini). Mereka juga berjaya mengelirukan penduduk kampung kononnya sebagai pasangan suami isteri sah.
Jika anda minat artikel ini :
