blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki Rambut Terpanjang Meninggal Dunia

Thursday, February 25, 2010
http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/02/25/article-1267091609945-0874DDC5000005DC-613476_636x916.jpg

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai rambut terpanjang di dunia telah meninggal dunia di rumahnya di Vietnam.

Tran Van Hay yang mempunyai rambut sehingga 6.8 meter panjang, walaupun ia tidak secara rasmi direkodkan. Ia bergumpal umpama tali yang tebal, dan kusut di sekeliling badannya, laksana seekor ular boa yang berbulu.

Rekod rambut terpanjang dipegang oleh Xie Qiuping dari China, rambutnya telah diukur pada 2004 dengan 5.6 meter panjang. Jika rambut Hay mempunyai ukuran 6.2 meter panjang seperti yang pernah diukur pada pada 2006 - ia tentunya memegang rekod ini dengan jauh.

Hay 79 tahun, yang tinggal di wilayah Kien Giang, Vietnam selatan, bekerja sebagai seorang ahli herba dan hidup dengan kehidupan sederhana.

Bagaimanapun, rambutnya menyebabkan beberapa kesulitan kepadanya, terutamanya dia tidak dapat menaiki teksi motosikal di mana saja kerana beliau tidak dapat menyesuaikan sebuah topi keledar dengan rambutnya. Dia telah menyimpan rambutnya selama lebih lima puluh tahun, menurut Nguyen Thi Hoa isterinya, kerana beliau sering sakit selepas memotong rambut.

Pada waktu siang, Hay menyimpan rambutnya - yang mempunyai berat beberapa kilogram - dikepalanya dan ditutup oleh sehelai selendang.

Sumber : www.metro.co.uk



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 4 comments

Teknik Photoshop Thad & Sarah Yang Lucu!

I Told Him To Clean Up
Sarah dan Thad Lawrence menggunakan Photoshop bagi mewujudkan satu album gambar yang lucu untuk mengingati perhubungan mereka dalam satu bentuk yang menakjubkan. Pasangan yang gembira dengan perkahwinan mereka menggambarkannya dalam satu shot Sarah memvakum suaminya, bersama keterangan gambar: "Saya sering memberitahunya untuk mengemas rumah. Tapi dia tidak pernah dengar! Mungkin satu hari dia akan mendapat 'pelajaran' sebenar.


How Far Will She Fly?
Thad, seorang jurugambar profesional, berkata: "Hubungan kami ibarat menaiki roller coaster - kadang-kadang pasangan andalah segalanya , dan kadang-kadang saling tarik rambut antara satu sama lain".

B is for Bun In The Oven
Thad dan Sarah bertemu di universiti pada 2002 dan telah berkahwin selama dua setengah tahun. Sarah kini mengandungkan bayi pertama mereka. Mereka menjalankan perniagaan fotografi mereka sendiri di Durham, Utara Carolina, AMERIKA SYARIKAT.


My Puppet
Gambar-gambar ini diinspirasikan oleh satu projek mengenai photosharing di laman web Flickr, yang mencabar jurugambar-jurugambar untuk mengambil satu gambar untuk setiap hari dalam setahun. Sarah dan Thad merancang berhari-hari imej-imej mereka dan kemudian sehingga 24 jam menyempurnakan sentuhan terakir.


Road Trip
Thad berkata: "Kami hendak mendokumen semua perubahan-perubahan yang mungkin berlaku, sama ada ia berkenaan rambut, pakaian, di mana kami hidup, di mana kami mengembara - ia menunjukkan kami telah mendokumentasi sepanjang tahun yang mengagumkan. Melakukannya bersama adalah membuatkan ia lebih seronok"



Liar Liar, Pants on FIRE
"Inspirasi bagi setiap gambar itu datang daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku setiap hari, perbualan-perbualan, ungkapan-ungkapan, pepatah, perasaan-perasaan - apa-apa sahaja berlaku dalam hidup. Biasanya kami mendapat idea apabila kami hendak menangkap gambar. Kami bertukar idea-idea antara satu sama lain".


There's A Reason We're Together: Sparks Fly


I Turn Him On
I Turn Him On

Sometimes He's Full of Hot Air
Sometimes He's Full of Hot Air


Special Catch
Special Catch


Anda boleh melihat lebih banyak hasil kerja mereka di laman web perniagaan fotografi mereka.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 6 comments

Rumah Paling Sempit Di Britain

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-02/23/13185070_11n.jpg
Rumah yang diapit di antara dua rumah teres, berukuran 21' x 6'.


Sesiapa yang berpendapat tidak boleh membina rumah di lorong antara dua bangunan hendaklah melawat rumah yang dimiliki oleh Iain dan Rachel Boyle. Ia ialah hanya 6kaki luas dan 21kaki dari depan ke belakang.

Begitupun kecil rumah ini tetap mempunyai lobi masuk, dapur dan bilik pancuran di tingkat bawah, satu ruang tamu di aras pertama dan sebuah bilik tidur di tepi bumbung.

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-02/23/13185070_21n.jpg
Iain dan Rachel Boylebersama dengan anak-anak lelaki mereka Joe dan Charlie, percaya ini rumah paling sempit di Britain.


En Iain dan Mrs Boyle percaya yang bekas tapak kandang keldai ini mungkin rumah teres paling sempit di Britain, telah menulis kepada Guinness World Records untuk menanyakan jika fakta ini betul.

Pasangan yang menjalankan perniagaan penerbitan, membeli bangunan dalam kawasan Hollingdean Brighton pada harga £8,000 (RM 42,000) pada 12 tahun yang lalu.

Mereka membelanjakan £15,000 (RM 79,000) bagi dekorasi dalaman dan sekarang sedia untuk disewakan.

http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-02/23/13185070_31n.jpg
Tangga bersaiz normal akan membawal anda ke ruang kediaman, yang hanya cukup luas untuk satu sofa dua tempat duduk.


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-02/23/13185070_41n.jpg
Rachel dan Charlie di ruang dapur.

Dapur di tingkat bawah mempunyai sebuah pintu untuk taman, yang juga mempunyai kelebaran sama seperti rumah dan 10kaki panjang.

Sebuah tangga menyediakan akses ke ruang kediaman - keluasan yang cukup-cukup untuk sebuah sofa dua tempat duduk - dan satu tangga tarik untuk kawasan katil.

Pasangan itu berharap anak-anak lelaki mereka Joe, 14, dan Charlie, 11, satu hari nanti berpeluang untuk tinggal di rumah kecil ini.

Sumber : cctv.com




Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks