
Komik pertama Superman telah dijual dalam satu lelongan secara
online dengan nilai $1m (RM 3.4 juta).
Komik aksi#1 itu digelar sebagai
"Holy Grail of comic books" dan yang mengkagumkan naskah komik ini berada dalam keadaan yang amat baik.
Pada asalnya ia dijual dengan harga 10 sen pada 1938 dengan memperlihatkan karya pertama itu seorang wira terkemuka - sedang mengangkat sebuah kereta.
Hanya 100 naskah buku komik ini yang masih kekal hingga sekarang, beberapa buah anytaranya sahaja berkualiti baik dan hanya dua naskah telah menerima gred 8.0 (Sangat bagus) atau lebih tinggi.
Kedua-duanya (penjual dan pembeli) yang tidak mahu mendedahkan identiti mereka berkata… kami takjub di mana mereka (kartunis) mendapat idea, mereka mungkin juga mempunyai satu kegemaran memakai pakaian dalam mereka di luar seluar.
Seorang jurucakap untuk
ComicConnect.com, yang menganjurkan jualan, berkata: "Sebelum Komik Aksi #1, tidak ada perkara seperti superhero atau seorang lelaki yang boleh terbang.
"Karya ini merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah buku komik."
Sebelum ini, pemegang rekod lelongan merupakan satu lagi komik aksi #1, dengan penggredan 6.0. Ia dijual dengan harga $317,200 (RM1.1 juta) pada tahun 2009.
Sumber : newslite.tvJika anda minat artikel ini :
