blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Domain SEX.COM Untuk Dilelong

Saturday, February 20, 2010
http://robertbykowski.com/web_one/historyOfWeb/images/19941.jpg

Di dalam dunia URL, www.sex.com adalah hal yang pasti. Siapa jua yang memiliki, dijamin kekayaan yang tidak terhingga. Bagaimanapun. di luar kebesaran namanya, laman webnya sendiri tidak pernah diurus.

Sejak awal didaftarkan oleh Gary Kremen, pendiri Match.com, domain itu telah menarik banyak pihak. Bahkan Sex.com telah menjadi subjek dari satu buku yang menggambarkan pertempuran hebat bagi pemilikan domain itu.

Tapi Sex.com sekali lagi akan dilelong bulan depan. Tawaran harga permulaan adalah US$ 1 juta (RM 3,406,780).

Pemilikan atas domain Sex.com menjadi subjek pertikaian sejak satu dekad. Nama itu kali terakhir dijual pada sebuah perusahaan bernama ESCOM pada tahun 2006 pada nilai US$14 juta (RM 47,694,900).

Ada kemungkinan ESCOM tidak mampu melunaskan pembayaran jumlah itu, kerana sebab ia dijual kerana penyitaan.

Disebutkan di dalam dokumen, kerana kegagalan dalam pembayaran hutang dan kewajiban yang harus dibayar oleh Escom, LLC ("Peminjam") pada DOM Partners LL.

Pemberitahuan juga menyatakan: "Untuk memenuhi syarat penawaran pelelongan, penawar harus berada semasa pelelongan dengan cek bank yang disahkan bernilai US$ 1.000.000."

Nama itu boleh mencipta sejarah mendapat nilai yang tinggi. Tapi pemilik domainnya sendiri telah merana. Laman web ini memiliki halaman berstatus arahan PG-13 dengan pautan ke cerita hari ini, video, horoskop, toko, dan bahagian iklan baris yang masih dalam proses pembangunan.

Sex.com bahkan tidak muncul di halaman pertama hasil pencarian Google untuk pencarian perkataan "seks".

Menurut salah satu investor, ada terlalu banyak pihak yang terlibat sehingga asetnya sukar dioperasikan dengan baik.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

123 Kondom Di Dalam Perut

Hard to digest: A border guard looks at an X-ray of 123 condoms of cocaine found in a smuggler's stomach
123 kondom berisi kokain di dalam perut salah seorang penyeludup.

Pengawal sempadan Geneva tergamam semasa melihat gambar satu sinar X-ray yang mendedahkan 1.7kg kokain di dalam perut untuk menyeludup dadah.

Apa yang pasti ia tentunya sukar untuk ditelan.

Ukurannya dari hujung ke pangkal, kondom-kondom ini boleh memanjang sehingga 18 kaki, menurut seorang pegawai sempadan.

Warga Nigeria ini telah menelan kondom-kondom yang disalut dengan pelincir, jadi memudahkannya untuk ditelan.

Yum.

Hakikatnya ia menempah maut di setiap langkahnya. Juga salah satu kondom itu koyak dan terburai sedikit pastinya ia akan mati kerana terlebih dos.

Jurucakap pengawal sempadan Michel Bachar menyatakan: "Ianya satu penemuan luar biasa.”

Penyeludup ini adalah seorang daripada sekumpulan empat lelaki yang cuba bagi mengelakkan kawalan keselamatan di pusat pemeriksaan sempadan Geneva di dalam sebuah kereta berdaftar di Perancis.

Lagi 1.3kg kokain telah disembunyikan di dalam perut ketiga-tiga lelaki itu.




Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Wanita Mati Hidup Semula

Noelia Serna, 45 tahun mengejutkan pekerja rumah mayat kerana hidup semula selepas disahkan mati.

Seorang wanita dari Colombia yang berusia 45 tahun disahkan mati oleh seorang doktor telah mengejutkan seorang pekerja rumah mayat apabila mendapati wanita itu masih bernafas.

Noelia Serna telah diambil ke hospital setelah menderita serangan jantung dan disokong pada mesin sokongan hayat sebelum para doktor mengumumkan kematiannya.

Di hospital inilah kejadian itu berlaku.


"Saya terkejut apabila mendapati ia bergerak-gerak",kata pekerja rumah mayat ini.

Di rumah mayat seorang pekerja telah perasan dia bergerak-gerak dan mendapati masih bernafas lalum menghantarkannya kembali ke hospital.

Serna dipercayai mengalami Lazarus Syndrome, suatu keadaan dimana pernafasan dan kadar degupan jantung berada di tahap yang sangat rendah sebelum kembali semula pada keadaan normal.

Lihat video di sini.

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks