blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Firaun Kecil & Firaun Besar Serta Kematiannya

Thursday, February 18, 2010

Mumia nenek kepada Raja Tutankhamun, Permaisuri Tiye di Muzium Mesir, Kaherah.


Mumia ibu kepada Raja Tutankhamun (depan), yang masih belum dapat dikenal pasti namanya,di Muzium Mesir, Kaherah.



KAHERAH, Feb. 17 -- Raja Mesir paling terkenal, Tutankhamun, ternyata seorang anak lelaki lemah yang menderita cedera di kaki. Firaun paling terkenal itu mati akibat komplikasi patah kaki yang parah dan malaria akut.

Hal itu terurai setelah dilakukan ujian DNA selama dua tahun dan CT scan ke atas mumia Firaun berumur 3300 tahun itu, beserta 15 mumia lainnya. Hasil ujian DAN dan CT scan atas mumia-mumia itu sekaligus mengakhiri mitos di kalangan keturunan Firaun.

Sebagai Firaun kecil, Tutankhamun menarik perhatian umum sejak makamnya ditemui pada 1922. Makamnya sangat mewah karena berisi dengan bekas penuh artifak dan permata, serta topeng pemakaman daripada emas.

Namun dari hasil penelitian yang dipublikasikan dalam Journal of American Medical Association (JAMA) seperti dilaporka Associated Press, terungkap salasilah keluarga Firaun Tutankhamun. Ujian DNA difokuskan pada Firaun Akhenaten, yang mencuba melakukan revolusi atas kepercayaan kuno Mesir kepada agama tauhid yang hanya percaya kepada satu tuhan.

Ahli kaji purba Mesir, Zahi Hawass ketika mengadakan sidang akhbar di Muzium Mesir, Kaherah pada 17 Feb. 2010.

Firaun Akhenaten adalah ayah kepada Tutankhamun. Sementara ibu Tutankhamun tak lain adalah saudara perempuan ayahnya. Sedangkan Tutankhamun naik tahta menjadi Firaun Mesir ketika berusia 10 tahun pada tahun 1333 sebelum masehi, masa penting dalam sejarah Mesir.

Spekulasi penyebab kematian Tutankhamun telah lama beredar. Sebuah lubang di tengkoraknya sempat menimbulkan spekulasi bahwa Tutankhamun dibunuh, hingga akhirnya dilakukan CT scan pada 2005 yang menungkap lubang itu akibat proses pengawetan sebagai mumia. Ia juga mengungkapan bahawa kaki Tutankhamun patah.

Namun hasil ujian terbaru menggambarkan sistem kekebalan yang dimiliki Tutankhamun ternyata akibat peyakit turunan. Kematian Tutankhamun diakibatkan komplikasi patah kaki yang tidak kunjung sembuh dan malaria akut.

Pasukan peneliti, sebagaimana tertulis di dalam jurnal, menemukan parasit malaria di kebanyakan mumia, di antaranya adalah mumia tertua yang pernah diisolasi. "Kaki patah yang berkemungkinan kerana terjatuh, mungkin mejadi ancaman kepada Tutankhamun yang terinfeksi pula dengan malaria," lapor jurnal tersebut.

Mumia bapa kepada Raja Tutankhamun, Firaun Akhenaten, firaun paling kontroversi dalam sejarah Mesir, dipamerkan di Muzium Mesir, Kaherah.

Jurnal juga menyebut Tutankhamun yang banyak dibayangkan sebagai pemuda yang gagah, ternyata hanyalah seorang yang banyak masalah dan gangguan. "Dia adalah seorang raja yang lemah," sambung peneliti dalam jurnal itu.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Fantastik Four Anwar Ibrahim

Pakar Forensik ini merupakan harapan Anwar Ibrahim untuk menolak dakwaan liwat Saiful terhadap dirinya.

Kes Liwat ke-2 ini sangat unik kerana Anwar disabitkan kesalahan meliwat berdasarkan 'DNA' yang dijumpai di dubur Saiful. Walaupun doktor mengesahkan tiada kesan tusukan lama atau baru pada dubur si Saiful.

Anwar berharap pakar Forensik ini dapat membuktikan DNA yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah berdasarkan DNA yang diberikannya pada tahun 1998 dan bukannya ditemui pada dubur si Saiful pada tahun 2008.

Berjayakah Anwar Ibrahim?

Bukankah Anwar pernah ditahan pada tahun 16 Julai 2008 tidak lama selepas berdebat dengan Shabery Chik?

Bukankah begitu banyak DNA Anwar Ibrahim di dalam sel di penjara itu?
:Author Faethal






KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Pakar forensik Prof Dr C. Damodaran (kiri) dari Chennai, India dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells (kanan) dari Melbourne, Australia serta pakar analisis deoksiribonukleik (DNA) Dr Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini untuk menghadiri perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan bagi menolak analisis DNA pihak pendakwaan dalam kes itu.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Lalat Mati : Karya Magnus Muhr

Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
Magnus Muhr telah menghasilkan karya dengan menggunakan lalat-lalat yang sudah mati bagi menghasilkan gambar-gambar yang menghiburkan.


Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
Jurugambar yang tinggal di dalam bandar Sweden, Karlskoga, mengutip bangkai serangga daripada tingkap-tingkap dan lampu-lampu di sekeliling rumahnya, kemudiannya memberikan mereka satu kehidupan baru dalam sarkas lalatnya dengan beberapa sentuhan penselnya.

Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
Lalat-lalat itu dibentuk dalam pelbagai aktiviti-aktiviti manusia, daripada berjemur sehinggalah menari.


Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
"Saya mendapat idea itu beberapa tahun lepas di sebuah parti. Saya bosan dan bersiar-siar, ketika itu saya menemui seekor lalat mati di atas tanah dan terus mendapat idea ini," katanya. "Bila saya pulang ke rumah saya meletakkan lalat itu di atas kertas putih, kemudian melukis kakinya dan latar belakang dengan sebatang pensel lalu mengambil gambar"

Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
"Saya rasa ia menjadi popular kerana ia sangat mudah dan tidak perlu sebarang teks dialog, saya menggunakan bahasa antarabangsa dan jenaka itu melibatkan perasaan manusia dan aktiviti-aktiviti harian," katanya.



Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
Dengan menggunakan penyepit kecil bagi meletakkan serangga-serangga itu siap disusun atur dan telah membuat 25 seumpamanya.


Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
Beberapa gambar-gambarnya mempunyai keterangan dalam bahasa Sweden, tetapi saya kira gambar ini satu dipanggil MOTHer...



Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
...dan yang ini Daddy Long Legs



Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr

Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr
Cartoons made of dead flies by Magnus Muhr

Lihatlah karya-karya lainnya di laman webnya.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks