PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas sebutan kes Qazaf (tuduhan palsu) terhadap bekas pembantunua, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini, pagi ini menetapkan 10 Mac ini untuk mendengar bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit.
Pada 9 Februari lalu, Jamil Khir bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada 9 Februari lalu memfailkan bantahan awal untuk membatalkan permohonan qazaf Anwar.
Pada 9 Julai 2008, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat satu laporan qazaf (tuduhan palsu) terhadap Mohd Saiful Bukhari di Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf.
Sumber : Berita HarianJika anda minat artikel ini :
