blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ustazah Bahiyah & Ustaz Zawawi Kena ISA?

Tuesday, February 16, 2010
Ustaz Mohamad Zawawi

Ustazah Bahiyah (kiri) dan suami.

Kesian ada...
Nak tergelak pun ada...
Sungguh tinggi kemarahan Agen Nikah Siam ini..
Sehinga membuat laporan Polis menuduh Ustazah & Ustaz ini Agen Yahudi, malah disuruh agar di ISA kan..

[2.jpg]





Klik untuk lebih jelas

Persoalannya...siapakah Agen Nikah Siam ini...
Ahli PKR? Kenapa saya kata dia berkemungkinan ahli PKR? Lihat sini
Tetapi mengapa menyokong penggunaan Akta ISA??
Apa pendapat anda??

Di bawah adalah iklan Pakej Nikah Siam ini...
Bolehkah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA??
Bagaimana pula dengan ayat ini...

"ambik lesen romen/jimak halal sempena valentine's day... ... dapatkan sebelum anda di touch n go kan dengan kata2 manis sang tupai!"

pakej nikah siam:
A) untuk student ipt = rm1000 termasuk tambang http://ktmb.com.my p balik dari KL ke narathiwat, sijil majlis agama islam thailand & surat pengesahan konsulat malaysia.

B) untuk pekerja = rm2000 (songkhla) + bermalam di hotel 3 bintang, tambang http://ktb.com.my , sijil & surat.

C) untuk profesional = rm4000 (phuket) + hotel 4 bintang, tambang http://airasia.com / http://mas.com.my , sijil & surat.

D) untuk pengarah = rm8000 (samui) + hotel 5 bintang, tambang http://fireflyz.com.my / http://berjaya-air.com , sijil & surat.

aturan:
1) lelaki tak lebih 4 isteri. jika baru cerai, pastikan habis idah dulu.
2) wanita yang bukan bersuami. jika janda, sila bawa surat cerai hudup/mati.
3) wanita kena pastikan tinggal lebih 91 km dari wali mujbir (ayah + etcs).
4) tiada hiv/aids & sewaktu dengannya.

kelebihan:
1) wali bertauliah diiktiraf konsulat
2) surat pengesahan konsulat boleh guna untuk sijil beranak JPN & cuti 2 bulan bergaji JPA @ 3 bulan cuti (bersalin) bergaji sekira bekerja dengan kerajaan selangor.
3) dapat mengelakkan dari gugur/buang bayi + tidak ditangkap khalwat sebab ada sijil nikah walaupun siam kerana bertauliah
4) dapat membantu ekonomi muslim yang tertindas di thailand secara tak perasan

:Author Faethal


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 4 comments

Assassin British Diburu Bunuh Komander Hamas

Investigation ... Chief of Dubai Police showing video footage of suspect
Siasat....Ketua Polis Dubai menunjukkan rakaman CCTV suspek


PEMBUNUH-PEMBUNUH upahan yang memegang pasport warga British dan seorang perempuan berambut perang sedang diburu berkaitan dengan pembunuhan pemimpin Hamas di sebuah hotel mewah Dubai.

Seorang wanita jelita Gail Folliard — warganegara Ireland — dipercayai antara sebahagian daripada golongan elit 11 orang pembunuh upahan yang menyamar diri sebagai pelancong untuk menjalankan perancangan pembunuhan.


Footage ... video show suspects tracking targetFootage ... video shows suspects tracking target
Video menunjukkan jejak suspek sebelum pembunuhan.


Geng pembunuh ini — ada yang memakai wig dan jambang palsu — dikatakan terbang ke Dubai selepas operasi pembunuhan bulan lalu dan sekarang hidup sebagai pelarian.

Mereka tiba di negara pelancongan dan hiburan terkenal ini menerusi penerbangan berasingan dan memerlukan masa kurang daripada satu hari di negeri itu untuk menjejak sasaran mereka.

Kemudian mereka menyamar sebagai pelancong lengkap dengan raket tenis dan kelengkapan untuk berjoging telah menyerang hendap dan membunuh Mahmoud al-Mabhouh, seorang warganegara Palestin.

Ketua Polis Dubai polis, Leftenan General Dhahi Khalfan Tamim, semalam menamakan enam orang pemegang pasport warganegara British dan tiga orang warganegara Ireland antara pembunuh-pembunuh itu.

This undated photo released by the Dubai Ruler's Media Office on Monday, Feb. 15, 2010, is claimed by Dubai's Police Chief to show a woman named Gail Folliard of Irish nationality, who the Dubai Police Chief identified as one of eleven suspects wanted in connection with the killing of a Hamas commander, Mahmoud al-Mabhouh, in his Dubai hotel room last month.
Suspek ... Gail Folliard


http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/00987/ham380_987793j.jpg
Passport ... kesemua 11 suspek yang dipercayai sedang hidup sebagai pelarian.


Ketua polis itu berkata: "Kami tidak meragui bahawa ia adalah 11 orang yang memegang pasport-pasport ini, dan kami amat kesal mereka menggunakan dokumen-dokumen perjalanan (untuk tujuan membunuh) di negara yang mesra pelancong ini."

Ahli-ahli kumpulan pembunuh yang lain adalah daripada Perancis dan Jerman.

Kedutaan British semalam berkata akan "mencari maklumat lanjut" ekoran daripada dakwaan itu.

Rakan-rakan sejawat di Dublin juga sedang "menantikan penjelasan".

Al-Mabhouh, pengasas bagi tentera Palestin, Hamas, mati dibunuh pada Januari 20.

Hamas pernah menyalahkan perkhidmatan risikan Israel Mossad atas pembunuhan ini.

Lt Gen Tamim tidak secara langsung menyalahkan Israel, tetapi berkata ia berkemungkinan "pemimpin negara-negara tertentu telah memberikan arahan-arahan kepada agen-agen risikan mereka untuk membunuh" lelaki Hamas ini.

Dia juga menggariskan beberapa perkara mengapa polis Dubai percaya pembunuhan itu telah dirancangkan.

Semasa satu sidang media, ketua polis menunjukkan rakaman CCTV menunjukkan pasukan pembunuh ini dikatakan datang dengan penerbangan berasingan beberapa hari sebelum al-Mabhouh dibunuh.

Mereka mendaftar masuk ke hotel-hotel berbeza dan memakai wig dan janggut palsu untuk menyamarkan identiti mereka, dia menambah.

Sekurang-kurangnya dua orang ahli geng ini dikatakan melihat Komander Hamas ini mendaftar masuk ke hotel mewahnya berhampiran lapangan terbang antarabangsa Dubai dan turut menempah sebuah bilik berdekatan.

Sekitar lima jam selepas menjejakkan kaki di kota ini, al-Mabhouh telah diserang hendap dan dibunuh. Tidak dapat dipastikan samada ia sendiri yang membuka pintu untuk pembunuh-pembunuh itu.


Kesemua suspek-suspek itu meninggalkan Emiriah Arab Bersatu dalam masa 19 jam sejak ketibaan mereka.

Suspek-suspek warga British dinamakan sebagai Melvyn Mildiner, Stephen Hodes, Paul Keeley, Jonathan Graham, James Clarke dan Michael Barney.

Folliard, Evan Dennings dan Kevin Daveron adalah pembunuh-pembunuh daripada Ireland.

Pegawai-pegawai Hamas setakat ini gagal untuk menjelaskan bagaimana komander mereka berada di Dubai sedangkan sepatutnya ia dalam perjalanan ke Iran.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhir bulan lalu, Hamas mengakui yang al-Mabhouh terlibat dalam penculikan dan pembunuhan dua askar Israel pada 1989, dan sehinggalah kematiannya, dia telah memainkan satu "peranan penting dalam menyokong saudara-saudaranya dalam membebaskan negara Palestin.".


Sumber : www.thesun.co.uk


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Anak Lembu Kembar Tiga




BESUT, 16 Feb -- Salbiah Yusof, 51, dari Kampung Kayu Kelat, dekat sini mengangkat seekor daripada tiga ekor anak lembu kembarnya yang baru dilahirkan di rumahnya kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Kejadian yang jarang berlaku kepada jenis lembu kampung itu dianggap luar biasa dan pertama kali sejak Salbiah dan suaminya Abd Rahman Ishak, 53, memelihara lembu lapan tahun lepas.

Dengan lahirnya tiga ekor anak lembu kembar tersebut iaitu seekor jantan dan dua ekor betina, kini kedua-dua pasangan petani itu memiliki 10 ekor lembu.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Bayi 6 Bulan Sudah Berjalan



Xavier King telah menggamamkan ibu bapanya dan pakar-pakar dengan menggerakkan kakinya dan berjalan tanpa bantuan - ketika hanya berusia enam bulan. Xavier sekarang boleh berjalan sejauh enam kaki tanpa apa-apa sokongan, satu pencapaian yang hebat sedangkan kanak-kanak berusia satu tahun masih bergelut untuk berjalan.

Ibu bapanya Mary, 30, dan David, 27, berkata mereka tahu anak lelaki mereka cepat belajar apabila dia mula duduk tegak pada pada usia tiga bulan lagi.

Lihat Video di sini.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks