blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Inilah Dia Hasbie Satar..

Monday, February 15, 2010

HASBIE SATAR


Selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu, dia akhirnya meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.


Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Sambutan Valentine Di Negara Islam

Jika Polis di Rom merampas 2,000 pil-pil Ecstasy berbentuk hati yang direka untuk pasangan bercinta pada Hari Valentine dan gereja di Nigeria mengumumkan bahawa mereka boleh mencari pasangan untuk pasangan bercinta dengan kadar bayaran $13 dolar. Dunia Islam pula mengambil pendekatan yang konservatif atas sambutannya, ada yang meraikan dan ada yang melarangnya.


Iraq, Lubnan dan Syria

A Palestinian woman looks at Valentine's Day gifts at a shop in the West Bank city of Nablus February 14, 2010. (Xinhua/Reuters Photo)
Seorang wanita Palestin melihat hadia Hari Valentine hadiah di sebuah kedai di Tebing Barat, bandar Nablus Februari 14, 2010.



Di Baghdad, sambutan Valentine disambut oleh bandar raya yang sering berlakunya serangan bom. Pada hari Ahad lalu, rakyat Iraq membeli-belah untuk hadiah-hadiah berbentuk hati dan patung permainan yang sedap dipeluk dengan kegembiraan.

"Saya cinta semua rakyat Iraq," Ali Tariq memberitahu seorang pemberita.

Sambutannya turut dirasai di Lebanon dan Syria di mana pasangan-pasangan kekasih membeli bunga-bunga mawar daripada penjaja dan memberi antara satu sama lain teddy bears.



Iran

People choose presents on the Valentine's Day at a shop in Tehran, capital of Iran, Feb. 14, 2010. (Xinhua/Ahmad Halabisaz)
Masyarakat Islam Iran memilih hadiah untuk Hari Valentine di sebuah kedai di Tehran, Iran, Feb. 14, 2010.


People go shopping at a shop selling heart-shaped 'Happy Valentine's Day' presents in Tehran, capital of Iran, Feb. 14, 2010. (Xinhua/Ahmad Halabisaz)
Penduduk membeli-belah di sebuah kedai menjual hadiah berbentuk hati "Hari Valentine's Day" di Tehran, Iran, Feb. 14, 2010

Kemeriahan cinta berada di sekeliling jalan-jalan di Tehran pada Hari Valentine tahun ini dengan lelaki dan wanita muda secara terbuka berpegangan tangan dan bertukar mawar merah. Kedai-kedai dihiasi dengan reben-reben merah, lilin-lilin dan belon-belon merah berbentuk hati.

Lupakan sementara kekacauan politik, bantahan-bantahan ganas, isu nuklear dengan barat dan harga barangan yang melambung tinggi. Hari ini suasana romantik didahulukan.

"Saya bosan dengan politik. Tahun ini saya mengajak teman wanita saya untuk merayakan Hari Valentine lebih meriah daripada tahun sebelumnya," kata Shahrokh Sedaghati 28 tahun, seorang arkitek sambil mencari satu haruman sebagai hadiah di sebuah kedai di Tehran.

Hari Valentine bukan secara rasmi diharamkan dalam negara Islam, tetapi pihak konservatif telah berulang kali mengingatkan tentang pencerobohan budaya Barat dalam ajaran Islam. Di bawah undang-undang Syariah Islam Iran, pasangan-pasangan yang belum berkahwin dilarang dari bercampur.


Pakistan

Wanita Pakistan di sebuah kedai menjual barangan hadiah Hari Valentine.


Pasangan pelanggan, kelihatan menerusi satu hiasan berbentuk hati, sedang memilih cakera padat di sebuah kedai di Islamabad.


Pasangan romantik muda di bandar raya paling merbahaya, Pakistan paling banyak menghabiskan duit pada kiriman pesanan mesej dan mengirim teddy bears. Ini berbeza bagi Taliban dan para ibu bapa konservatif bagi meraikan cinta pada Hari Valentine ini.

Ia mengambil masa selama empat tahun dan tidak pernah melihatnya sekali lagi selepas itu. Mohammad Asif memberanikan diri untuk meluahkan perasaan kasih sayangnya kepada seorang pelajar kejuruteraan di bandar raya barat laut Peshawar.

Selepas graduat dan mencari pekerjaan di bandar yang kerap berlaku serangan bom hingga menutup syarikat-syarikat dan peluang pekerjaan, Asif menyedari dia perlu bertindak sekarang atau mungkin langsung tidak berpeluang selepas ini.

"Selepas empat tahun belajar, rakan-rakan sekelas saya memberi semangat dan saya akhirnya hendak ucapkan kata cinta saya kepada seorang gadis yang saya suka sejak empat tahun lalu, tetapi tidak pernah menyatakan sesuatukepadanya," tegas jejaka berumur 21 tahun ini.

"Saya membeli sekeping kad dan coklat-coklat untuk diberikan kepadanya , jadi dia akan mengetahui yang saya cintakan dia. Ini merupakan hari untuk menzahirkan perasaan tersirat anda," katanya.

Peshawar adalah sebuah bandar raya Islam yang konservatif, di mana ramai menganggap Hari Valentine sebagai satu budaya Barat. Wanita sentiasa berkelubung dan tidak ramai remaja perempuan yang keluar rumah.

Hari Valentine sukar disambut bagi remaja yang berpendidikan dan kaya. Janji temu rahsia hanyalah sebuah mimpi , malah lebih sukar kerana ia jatuh pada hari Ahad, apabila sekolah-sekolah ditutup.

"Ia satu masalah dan kesukaran bagi remaja lelaki untuk mengajak gadis perempuan keluar kerana ia hari bercuti... jadi sila sambut Hari Valentine pada Isnin," berkata "Guru Cinta" dalam pesanan teks yang tersebar di Peshawar dan kota-kota berdekatan.



Indonesia

Pemimpin-pemimpin Islam di Indonesia pada khutbah Jumaat memberitahu masyarakat Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine kerana ia berdosa dan membawa kepada "seks bebas."

"Kami melarang umat Islam untuk merayakan Hari Valentine," kata Abdullah Cholil, satu pemimpin Nahdlatul Ulama Jawa Timur, organisasi Islam terbesar di negara Islam itu.

"Hari ini sering disambut oleh anak muda dan orang bujang. Mereka menyambut Hari Valentine sambil berpegangan tangan atau mengadakan hubungan seks bebas, yang tidak sepatutnya mereka lakukan," katanya.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks