Penunjuk perasaan berkumpul di University Square di Oslo 12 Februari 2010, dalam bantahan mengenai percetakan satu karikatur Nabi Muhammad seperti seekor babi oleh sebuah akhbar Norway.
OSLO - Sekitar 2,000 orang membantah di Oslo pada hari Jumaat lepas berkaitan percetakan satu karikatur Nabi Muhammad yang digambarkan seperti seekor babi oleh sebuah akhbar Norway.
Tabloid
Dagbladet telah mencetak sekeping gambar kartun pada 3 Februari lalu untuk mengilustrasi sebuah cerita muka depan yang menggambarkan bagaimana halaman Facebook
Norway Police Security Service (PST) dipautkan dengan halaman-halaman web yang menampilkan karikatur Nabi Muhammad. Pautan-pautan ini telah diposkan oleh para peserta kepada Facebook group itu dan kemudiannya disingkirkan oleh PST.
Sambil memegang sepanduk-sepanduk dengan slogan "
Tunjukkan rasa hormat untuk semua agama" dan "
Hentikan penghinaan kepada umat Islam," penunjuk perasaan diadakan secara aman melalui Oslo.
"Saya berada di sini kerana apa yang dilakukan Dagbladet sangat hina bagi kami," kata Kashif Aurangzev, seorang pemandu teksi berumur 34 tahun.
"Ini merupakan serangan yang besar kepada umat Islam, ia menentang agama kita," kata Kamran Naveeb, seorang pelajar berumur 25 tahun.
Polis berkata lebih kurang 2,000 orang menghadiri demonstrasi yang dikawal ketat, ianya turut dipantau oleh organisasi Islam utama di Norway kerana kebimbangan ia menjadi tunjuk perasaan yang ganas.
Dagbladet mencetak sekeping gambar salah satu daripada kartun-kartun itu, menunjukkan Nabi Muhammad seperti seekor babi sedang menulis Al-Quran, sebuah lukisan yang dilukis oleh warga
Israeli West Bank pada 1990an.
"Ianya hanya satu contoh untuk cerita berita kami," kata Lars Helle, Ketua Pengarang bagi
Dagbladet. "Pengkritik sudah tentu boleh mengkritik kami untuk berkaitan kartun itu. Ia adalah hak mereka untuk bersuara.
"Mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat, tetapi ia (berita kami) bukan satu provokasi, ia bukan bertujuan untuk provokasi, ianya hanya sebagai ilustrasi bagi menceritakan berita kami," dia memberitahu
Reuters.
Norway adalah salah satu daripada negara-negara yang terlibat dalam kontroversi isu karikatur Nabi Muhammad pada 2005-2006 yang berlarutan sehingga perarakan bantahan dalam dunia Islam dan membakar kedutaan-kedutaan Norway.
Pada 2006 Januari, sebuah akhbar Kristian Norway telah mencetak 12 karikatur Nabi Muhammad yang mula-mula diterbitkan dalam harian
Denmark Jyllands-Posten pada 2005 September. Ia menyebabkan kedutaan Norway di Damsyik, Syria telah dibakar.
Sumber : www.reuters.com Jika anda minat artikel ini :
