blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Al-Fatihah Untuk Abg Anep

Saturday, February 13, 2010
Arwah Abg Anep bersama isteri..Kak Najati Jalil.

Jam 3.00pg tadi, Abg Anep telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Fatimah,Muar. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas rohnya. Abg Anep adalah menantu kepada seorang aktivis PAS di kawasan Bakri, Muar.


Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh, ADUN Sg Abong sebelum solat jenazah.

Terima kasih kepada semua yang menziarahi arwah. Tidak lupa kepada ADUN Sg Abong, Dr. Hj. Sheikh Ibrahim b Salleh yang turut sama meluangkan masa untuk ziarah dan turut sama solat jenazah.

Kepada semua pembaca blog ini. Sedekahkanlah Al-Fatihah untuk arwah...Al-Fatihah.

Abg Anep adalah suami kepada sepupu saya.
Arwah merupakan bekas seorang guru/ustaz sebelum terlibat dalam kemalangan.
Selepas kemalangan arwah beberapa kali menjalani pembedahan kerana mengalami pendarahan di dalam kepala.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
:Author Faethal

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Siapa Artis Drama Seram Positif Dadah?

PUTRAJAYA, 12 Feb -- Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan sekatan jalan raya dalam satu operasi "Ops Perayaan" anjuran bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di jalan berhampiran Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di sini, malam ini.


Aril Pilus dari program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia (AF7) gembira selepas negatif ujian saringan air kencing yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi "Ops Perayaan" anjuran bersama AADK dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di jalan berhampiran Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di sini, malam tadi.


Seorang pelakon drama seram bersiri (tengah) bersama rakannya diringi anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) selepas mengaku secara lisan mengambil dadah jenis ketamin dalam satu operasi "Ops Perayaan" anjuran bersama AADK dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di jalan berhampiran Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di sini, hari ini.


Manakala rakannya mengaku mengambil dadah jenis syabu.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Perkhidmatan Pos Surat Terkecil Di Dunia


Ininya adalah perkhidmatan sempena Hari Kekasih, World's Smallest Postal Service mempunyai alternatif untuk menyambutnya dengan unik.

Berpangkalan di San Francisco, kakitangan disana akan mentranskripsikan kata-kata cinta anda menjadi surat-surat kecil, ditulis di atas sehelai kertas yang tidak lebih besar ukurannya daripada sekeping setem atau seumpamanya.

Ia kemudiannya akan dilipat dengan berhati-hati dan dimasukkan ke dalam sepucuk sampul surat dan dialamatkan kepada orang yang tersayang juga dengan sekeping setem yang mikroskopik.

Jangan bimbang tentang kehilangan surat ini di dalam karung posmen anda, ianya akan disertakan bersama pakej istimewa… satu 10x kanta pembesar.

275x250.jpgKetua Pos, Lea Redmond berkata dia mendapat idea ini ketika musim panas 2008. "Idea ini muncul secara tiba-tiba di dalam kepala saya dan ia begitu lucu sehingga saya tidak mempunyai pilihan lain tetapi menjadikan ia kenyataan,".

"Saya rasa ia hanyalah satu bakat semula jadi. Saya baru menyedari yang tidak semua orang dapat menulis dengan tulisan yang sangat kecil."



275x250.jpg

Sumber : newslite.tv

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks