blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Mayat Bayi Di Masjid Melaka..

Wednesday, February 10, 2010
Jangan salahkan sesiapa..
Selagi hukum perundangan Islam tidak tertegak & dilaksanakan

Selagi itulah masalah pembuangan bayi seperti ini akan terjadi

Bila lihat bayi yang tidak berdosa ini..
memang selayaknya hukum hudud dilaksanakan seperti di Sudan dilakukan kepada 'ibu bapa' pembunuh ini..

Malangnya..

Ada manusia yang masih 'gelap' hatinya mengatakan perlaksanaan undang-undang Hudud Islam seperti di Sudan & Somalia itu zalim..

:Author Faethal




MELAKA, 10 Feb -- Bungkusan kain berwarna putih yang membalut mayat bayi perempuan yang ditinggalkan pintu masjid Masjid Permatang Duyung Satu.


SIASAT... Dua pegawai penyiasat memeriksa mayat bayi perempuan yang ditinggalkan dalam bungkusan kain putih di tepi pagar Masjid Permatang Duyung, di sini, hari ini.


Seorang jemaah Masjid Permatang Duyung, melihat bungkusan kain putih berisi mayat bayi perempuan di pagar Masjid tersebut.

Mayat bayi yang masih bertali pusat dengan kesan gigitan semut di seluruh badan itu ditemui selepas solat subuh itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 6 comments

Doktor Tertinggal Forsep Dalam Badan




Seorang ibu, Donna Bowett telah menjalani satu operasi pembedahan biasa - tetapi doktor telah tertinggal satu forsep tujuh inci di dalam badannya.

Jururawat berumur 39 tahun itu mengalami penderitaan selama TIGA BULAN kerana kesilapan hospital itu.

Donna menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya setahun yang lalu.


Donna Bowett

Donna Bowett

Beliau berkata: "Saya sangat sukar untuk melangkah, kerana ia sangat sakit tersangat. Para doktor itu berfikir saya mengalami satu jangkitan atau satu lagi penyakit batu karang."

Dia menjalani satu imbasan MRI di Alexandra Hospital, Redditch, Worcs - tetapi magnet-magnet itu seolah-olah cuba menarik logam forsep keluar melalui kulitnya.

Ibu empat berkata: "Ia amat menyakitkan. Saya mula menangis dan mereka mula menyoal jika saya mempunyai apa-apa logam dalam tubuh saya."

Malah mereka sempat juga bergurau: "Keadaan kesilapan tertinggal peralatan dalam badan anda tidak mungkin berlaku." Dia akhirnya membuat satu sinar X di Worcestershire Hospital, di mana tempat dia bekerja. Dan ia dapat mengesan forsep itu.

Donna, akan mengambil tindakan undang-undang, berkata: "Saya masih tidak dapat percaya ia masih berlaku pada masa ini.

"Saya begitu sakit dan pening. Saya masih tidak sihat - ia mungkin telah merosakkan organ-organ dalaman saya."

John Rostill, Ketua Eksekutif NHS Worcestershire Acute Hospitals Trust, memberitahu ia "sangat luar biasa",dan menambah: "Kami memohon maaf sepenuhnya.

"Kita telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan."

Sumber : www.thesun.co.uk






Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Bus Dwi Alam Rosak Ketika Pandu Uji


Sesi pandu uji sebuah bas amfibia bagi mengangkut penumpang untuk merentasi River Clyde mengalami masalah teknikal… selepas 60 minit bergerak.

Firma pelancongan Stagecoach kini menguji sebuah bas bernilai £700,000 (RM3,752,340) yang boleh terapung dan diharap akan dapat menggantikan perkhidmatan feri antara Renfrew dan Yoker.

Tetapi ketika sedang diuji, bas yang boleh bergerak pada kelajuan 60mph di jalanraya dan 8 knots di dalam air - mengalami masalah suspensi menjadi terlalu panas.

Bagaimanapun Pengarah bas itu berkata ia hanya masalah kecil dan 'amfibus' ini akan kembali di jalan raya (dan sungai)- jika berjaya ia akan menjadi bas pertama di Britain untuk perkhidmatan bas amfibia.

Sumber : newslite.tv

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks