
NAHAS ngeri membabitkan enam sekeluarga rentung apabila kereta BMW yang dinaiki mereka terperosok di bawah treler yang berhenti di lorong kecemasan di KM252.4 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berdekatan kawasan rehat Senawang, Seremban, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

MELAKA, 8 Feb -- Allahyarham, Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41, (kanan), Allahyahamah isterinya Nor Fadilah Senin, 32, bersama empat anak mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dekat sini, malam ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.30 pagi itu, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya itu.
Turut sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (enam, kiri).

MANGSA kemalangan enam sekeluarga yang rentung di Lebuhraya Utara Selatan, KM252, hala Selatan, dibawa ke luar dari bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban oleh ahli keluarga, untuk dikebumikan di Melaka, petang ini.

Aminah Abdullah 64, (dua, kanan) ibu kepada Allahyarhamah Nor Fadilah Senin ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dekat sini, malam ini.
Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi, selamat dikebumikan malam ini.
Kesemua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dekat sini, pada pukul 7.30 malam.
Sumber : Bernama & Berita HarianJika anda minat artikel ini :
