blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rangka Manusia Zaman Mesolitik Ditemui Di Gua Bewah

Saturday, February 6, 2010

HULU TERENGGANU, 6 Feb -- Menteri Besar, Datuk Ahmad Said melihat dengan lebih dekat rangka manusia dipercayai dari zaman Mesolitik yang dijumpai di Gua Bewah, Tasik Kenyir dekat sini, hari ini.

Artifak itu dijumpai sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.


Rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik di jumpai di Gua Bewah, Tasik Kenyir dekat sini dijumpai sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Artifak itu dipercayai adalah rangka manusia kategori remaja dan dijangka mencecah usia 8,000 hingga 11,000 tahun.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Saiful Lebih Lemah Dari Wanita Ini


Fakta KES LIWAT pada 19 April 2009 ini :
Tertuduh, 35, bekerja sebagai mekanik pada jam 3.15 petang 19 April 2009, mengheret mangsa yang ketika itu berada di bilik air utama rumah mereka untuk mengeluar baju daripada mesin basuh ke atas katil bilik utama memaksa isterinya melakukan persetubuhan.

1)Mangsa meronta dan dicekik serta ditampar kerana menolak daripada diliwat!

2)Sebaik kejadian LIWAT itu, si isteri bersama rakan membuat laporan polis

3)Kemudian membuat pemeriksaan fizikal, perbidanan dan sakit puan (O&G) dan dubur pada hari yang sama!. Hasil pemeriksaan itu mendapati ada kesan lebam pada leher, lengan kedua-dua bahagian tangan, pinggul dan bahagian dada selain kecederaan pada bahagian kemaluan dan kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan mangsa. Selain itu, pemeriksaan dubur terdapat kecederaan baru pada bahagian itu.


Fakta KES LIWAT Saiful:
Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

1)Saiful langsung tidak melawan ajakan Anwar malah antara barang bukti di mahkamah termasuklah Jelly KY (jeli pelincir).

2)Saiful melakukan pemeriksaan hingga 3 buah hospital pada 28 Jun 2008. Malah menurut laporan HKL mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan – pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bagaimanapun pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3) Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa dirinya telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.





Arkib berita...

Suami ROGOL,LIWAT isteri kena 15 tahun

KUANTAN: Suami yang merogol dan meliwat isteri sambil mencekik mangsa dihukum penjara berjumlah 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dilakukan pada April lalu.

Hakim Hassan Abdul Ghani yang membuat keputusan itu memberitahu tertuduh mahkamah mengambil kira penderitaan yang dialami mangsa sejak mula berkahwin dengan tertuduh.

“Mahkamah tidak dapat menerima apa yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya, ” katanya.

Lelaki itu dihukum penjara lima tahun atas tuduhan merogol dan penjara 10 tahun serta tiga sebatan terhadap tuduhan meliwat. Bagaimanapun, mahkamah memerintah hukuman itu berjalan serentak, iaitu 10 tahun.

Tertuduh hanya menundukkan muka dan tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dibacakan oleh hakim tetapi sebaik dibawa keluar daripada kandang tertuduh, dia kelihatan berpelukan dengan ahli keluarganya sambil menangis.

Berdasarkan kepada fakta kes, tertuduh, 35, bekerja sebagai mekanik pada jam 3.15 petang 19 April 2009, mengheret mangsa yang ketika itu berada di bilik air utama rumah mereka untuk mengeluar baju daripada mesin basuh ke atas katil bilik utama memaksa isterinya melakukan persetubuhan.

Mangsa enggan mengikut kehendak suaminya dan merayu supaya dilepas daripada cengkaman tetapi tertuduh tidak peduli lalu terus mencekik kuat serta menampar kedua-dua pipi mangsa sambil mengugut supaya mangsa memenuhi permintaannya untuk bersetubuh.

Pada masa yang sama mangsa meronta dan cuba menendang tertuduh untuk melepaskan diri, namun tidak berdaya kerana tertuduh menghimpit dada mangsa dengan tangannya. Tertuduh kemudian menanggalkan seluar panjang dan seluar dalam isterinya lalu melakukan persetubuhan tanpa kerelaan mangsa.


Selepas itu, tertuduh terus mencekik mangsa supaya beliau menjadi lemah dan tidak dapat melawannya lalu meliwat isterinya tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan mangsa. Sejurus melakukan perbuatan di luar aturan tabii itu, tertuduh bersetubuh sekali lagi.


Mangsa yang ditemani dua sahabat beliau kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan selepas itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan fizikal, perbidanan dan sakit puan (O&G) dan dubur pada hari yang sama.

Hasil pemeriksaan itu mendapati ada kesan lebam pada leher, lengan kedua-dua bahagian tangan, pinggul dan bahagian dada selain kecederaan pada bahagian kemaluan dan kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan mangsa. Selain itu, pemeriksaan dubur terdapat kecederaan baru pada bahagian itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan kerana merogol dengan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada pada jam 3.15 petang ,19 April lalu.

Bagi tuduhan meliwat, dia didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama pada tarikh yang sama. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar.



Sekadar perbandingan kes LIWAT di Malaysia dan melihat tahap berfikir kepala otak si Saiful si mangsa liwat :
Author Faethal



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks