Julia Popova, 22, ditikam di tengkuk dan tidak perasan dirinya ditikam.
Seorang wanita ditikam oleh seorang pencuri dalam perjalanan di Moscow, tetapi ia terus berjalan dengan tenang hingga ke rumah tanpa menyedarinya, menurut laporan media Khamis (semalam).
Julia Popova, seorang pekerja pejabat berumur 22 tahun, bergelut dengan penyerang yang merampas beg tangannya ketika pulang dari kerja. Semasa pergelutan, penyerang itu telah menikam sebilah pisau ke lehernya.
Hairannya, dia tidak perasan akan kecederaannya itu walaupun darah membasahi bahunya, malah dengan tenang pulang ke rumah.
Bila Popova tiba ke rumah, ibu bapanya menjadi sangat terkejut dan bergegas membawanya ke hospital. Doktor-doktor mendapati pisau itu amat hampir ke saraf tunjangnya tetapi berjaya mengeluarkannya tanpa merosakkan spina.
"Kejutan pada badannya terhadap serangan pencuri itu telah menghalangnya perasan terhadap sebarang rasa kesakitan," seorang pakar bedah berkata.
Sumber : AgenciesJika anda minat artikel ini :
