blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Potongan Karpet Milik Hitler Ditemui

Thursday, February 4, 2010


YORKSHIRE - Sebuah karpet yang dipercayai pernah dimiliki oleh Pemimpin Nazi Adolf Hitler, secara tidak sengaja ditemui di sebuah muzium di Yorkshire, Inggeris.

Karpet bersejarah tersebut sebelumnya digunakan sebagai pelapis lantai di bunker yang biasa didiami oleh Hitler. Potongan karpet tersebut diselamatkan dari bunker Hitler oleh pasukan infantri Green Howard pada 1945.

Uniknya, potongan kecil karpet tersebut ditemukan oleh seorang staf yang sedang mengemas arkib di Muzium Regimental, di Richmond, Yorkshire Utara.

Mungkin bagi sebagian orang yang melihat karpet berpola bunga warna kuning dengan latar belakang daun berwarna biru itu, tak ubah seperti karpet biasa. Tetapi karpet itu memiliki nilai sejarah yang tinggi, kerana memang pernah digunakan oleh tokoh utama Perang Dunia Kedua tersebut. Demikian dilaporkan The Sun, Khamis (4/2/2010).

"Kami terkejut dengan pola dari karpet tersebut. Tentunya pola karpet itu amat kontra dengan gambaran dari bunker Hitler," ucap Direktor Muzium, Lynda Powell

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Anwar, Saiful dan Kondominium Desa Damansara

KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga,kanan) ketika lawatan ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, hari ini.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar, 63, dengan pengadunya, Mohd Saiful, 25.
Perbicaraan hari kedua kes itu di Mahkamah Tinggi ditangguhkan pada pukul 11.43 pagi selepas sesi keterangan secara tertutup bagi membolehkan hakim melawat kondominium terbabit.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (tengah) berkata sesuatu sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) dan Mohd Saiful Bukhari Azlan (dua, kanan) di tingkat bawah Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini hari ini.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (tengah) bersama pihak pendakwa dan pembela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di tingkat bawah Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini, hari ini.
Pihak mahkamah melawat kondominium itu hari ini, tempat kes liwat melibatkan Anwar didakwa berlaku.
Turut serta Anwar (tiga, kiri) dan Mohd Saiful Bukhari Azlan (dua,kanan).

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

6 Biji Telur Ayam Kembar

Fiona Exon double-yolk eggs


Seorang wanita terperanjat kerana enam biji telur ayam dalam sepeket yang dibelinya kelmarin apabila keenam-enam biji telur itu mempunyai kuning telur berganda!.

‘Dua kali enam, kami sangat terkejut. Saya perlu mendapatkan kamera saya untuk mengambil gambar,'kata Fiona Exon.

Dia telah membeli kotak telur-telur ternak daripada Morrisons dan telah terkejut apabila melihat kuning telurnya berkembar ketika ia memecahkan sebiji untuk bersarapan.

‘Ketika memecahkan telur yang kedua, saya benar-benar terlopongp apabila ia juga berkembar,' tambahnya. ‘Bila telur yang ketiga juga sama, saya mula memanggil rakan saya, Hectoruntuk ke dapur. Dan apabila telur yang keempat dan kelima juga berkembar kamivmula merasakan ia sedikit menakutkan,' kata Cik Exon, daripada Cumbria. Pakar-pakar segera ke tempat kejadian untuk memerhatikan peristiwa aneh ini.

Jurucakap British Egg Information Service, Kevin Coles menyatakan peluang kebarangkalian untuk mendapatkan satu kuning telur kembar dalam sebuah kotak setengah dozen adalah satu daripada 1,000.

Jadi peluang mendapatkan kuning telur berganda bagi kesemua enam biji dalam sekotak adalah lebih daripada satu di dalam satu trilion.

En Coles menyatakan kuning telur yang berganda adalah biasa bagi ayam-ayam betina lebih muda. ‘Bila permulaan ayam-ayam betina mengeram, mereka sering menghasilkan telur-telur berganda antara 18 ke 24 minggu. Kuning telur ini mungkin datang dari sekumpulan ayam-ayam betina muda.'

Sumber : www.metro.co.uk

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks