blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki Hamil Lahir Bulan Hadapan

Wednesday, January 27, 2010
 Scott (L) and Thomas Moore, at their home in Weed, North Carolina.
Scott (kiri) dan Thomas Moore, di rumah mereka di Weed, Utara Carolina.

OK,sebelum anda termuntah ingin saya nyatakan ini bukan kisah cinta romantik biasa yang anda selalu dengar. Bagaimanapun pasangan Scott dan Thomas Moore tetap berusaha agar perhubungan cinta mereka berakhir dengan kegembiraan.

Scott Moore, merupakan lelaki kedua dalam dunia ini yang hamil dan dijangka melahirkannya pada bulan depan.

'Kami tahu masyarakat mengkritik kami tetapi kami bahagia dan tidak berasa malu,' katanya.

Scott (dilahirkan sebagai Jessica), mula mengambil hormon lelaki dan mebuat pembedahan membuang payudaranya berukuran 36E ketika berumur 16 tahun.


Ultrasound pictures of Scott and Thomas Moore's unborn son Miles
Gambar Ultrasound bayi pasangan ini.

‘Saya adalah seorang tomboi tetapi apabila payudara saya mula membesar, saya sedar telah saya dilahirkan dalam tubuh yang salah,' katanya.

'Saya tidak mendapatkan zakar kerana saya tidak mampu.'

Bekas tutor autistik itu berkata: ‘Kami sedang menonton sebuah filem dan saya secara spontan berkata: “Saya mahukan seorang bayi”. Rupa-rupanya, Thomas turut merasakan perkara yang sama.'

Suaminya Thomas, (yang dilahirkan sebagai Laura), berusaha mencari seorang kawan untuk mendermakan sperma - dan dengan satu picagari ia 'disalurkan' kepada Scott dua kali sebulan. Ia mengambil masa selama empat bulan sebelum keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil yang positif.

Scott (second from left) and Thomas Moore with their two adopted children Gregg, 12, and Logan, 10
Scott (dua dari kiri) dan Thomas Moore bersama dua anak angkatnya Gregg, 12, dan Logan, 10


Para doktor menasihatkan Scott supaya menggugurkannya bagaimanapun kedua-duanya yang berusia 30 tahun, menghadapi kesulitan mencari doktor yang akan menerima keadaan mereka yang aneh ini.

‘Ia sukar kerana ramai tidak mahu merawatku,' kata Scott.

'Orang yang hamil seharusnya tidak dinafikan hak penjagaan kesihatan mereka hanya kerana mereka seorang lelaki.'

Pasangan daripada California Utara ini sebelumnya telah mengambil Gregg, 12 tahun, dan Logan, 10 tahun, sebagai anak angkat sepanjang hubungan mereka selama 10 tahun ini.

Dan yang ketiga juga seorang budak lelaki - bernama Miles.

'Kami telah melalui banyak ejekkan dan kejian,' kata Thomas.

'Logan sering kena buli tetapi kini dia hanya berkata: “Anda mungkin mempunyai masalah dengan dua bapa saya - tetapi bukan saya , jadi kamu tidak menyakitkan hati saya.”

Sumber : www.metro.co.uk



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Dana RM20,000 Untuk Jentera Aspirasi-UMNO Di UTHM

(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Kenyataan paling KEJI ialah ...
"Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun"

Sumber : amkj.blogspot.com




Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 3 comments

Empat Kepala Babi, Wang Kertas Di Dua Masjid

KETUA Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kanan), melihat kepala babi yang diletakkan pihak tidak bertanggungjawab di perkarangan Masjid At-Imam Al-Termizi, Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras diletak di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kanan) memberi jaminan polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab meletak empat kepala babi hutan di perkarangan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di Taman Sri Sentosa, dekat sini, hari ini.
Musa mahu perbuatan provokatif membabitkan kaum dan agama dihentikan segera.

Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletak di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi wang dengan jumlah sama diletak di hadapan pintu masuk perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

Sumber : Berita Harian


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Gadis 16 Tahun Jual 'Dara' Untuk Pendidikan

Pendedahan rahsia gadis ini oleh wartawan Sunday Life.

Remaja 16 tahun, daripada Newry, Ireland Utara, telah mengiklan di Gumtree bersama-sama dengan jualan barang-barang dan perabot terpakai.

Di bawah tajuk “Dara Untuk Dijula,” gadis yang dirahsiakan namanya, berkata tubuh badannya “untuk pembida tertinggi”.

Remaja ini antara salah seorang daripada jumlah wanita yang semakin meningkat bilangannya meletakkan 'dara' mereka untuk dijual bagi membayar kos pendidikan mereka, ia dipercayai antara paling muda setakat ini.

Dia mendakwa dia memerlukan wang untuk menghadiri kelas-kelas seni sendiri dan lanjut ke universiti.

Bekas pelajar sekolah perempuan Katolik meletakkan iklan sejak dua minggu lepas, dan dihujani dengan tawaran-tawaran untuk membelinya.

Seorang pemberita daripada Sunday Life, akhbar tabloid, pergi mendapatkan maklumat dengan menyamar sebagai seorang ahli perniagaan kaya.

Dia menawarkan gadis itu £3,000 (RM16,414), yang dia persetujui sebelum memberitahu butiran untuk transaksi.

Akhbar itu mendakwa dia "barraged" wartawan dengan satu teks mesej, termasuk menggambarkan siapa dirinya.

Ia tertulis: "Saya 17 tahun hujung bulan, tetapi saya kelihatan lebih tua. Saya tinggi, ukuran dada saiz 36D, rambut berwarna cokelat perang. Saya sebenarnya mempunyai tiga tempat tindik.”

Dia kemudian menambah: “Saya sebenarnya hanya boleh melakukannya pada hari Sabtu. Adakah anda mahu saya semalaman ? Secara tepatnya apakah yang anda mahu saya lakukan?

“Dan saya memerlukan wang tunai dibayar dahulu sebelum melakukan seks. Saya tidak mahu tertipu. Dan mungkin perlu minum dengan banyak (arak) sebelum melakukannya jika tidak saya akan berasa malu, OK?”

Gadis itu menghantar sekeping gambar pasportnya bagi membuktikan umurnya malah menaikkan tawaran kepada £6,000 (RM32,829) kononnya mendakwa ada ahli-ahli perniagaan lain telah menjanjikan £5,000 (RM27,358).

Wartawan itu telah cuba mendesak remaja itu berkali-kali untuk bertemu, sebelum akhirnya bertemu bagi membincangkan aturan seterusnya.

Perbualan selama 35 minit telah dirakamkan.

Dia memesan segelas air sebelum menjelaskan: “Saya biasanya mendapatkan wang saku. Iaitu kira-kira £10(RM55) seminggu, tetapi saya tidak mendapatnya lagi sekarang.

“Saya pernah bekerja di sebuah kedai dan pergi untuk temuduga pekerjaan di kedai lain, tetapi hakikatnya saya tidak menyukainya.”

Dia menambah bahawa dia memerlukan wang untuk membeli bekalan-bekalan bagi kursus seninya, serta mahu pergi melanjutkan pelajaran ke universiti.

Akhirnya ia memutuskan untuk menjual 'dara' bagi tujuan pendidikannya.

Dia berkata akan mengaturkan pertemuan 'selanjutnya' di sebuah hotel, tetapi menambah dia perlu pulang ke rumah lebih awal iaitu 11pm.

Selepas wartawan itu mendedahkan identitinya yang sebenar di dalam satu panggilan akhirnya gadis mendakwa iklan hanyalah "satu jenaka".

Sumber : www.telegraph.co.uk

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks