blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Cabanas Ditembak Di Kepala

Tuesday, January 26, 2010
FOTO kejadian penyerang skuad kebangsaan Paraguay, Salvador Cabanas, terbaring berlumuran darah selepas ditembak di kepala di sebuah bar di Mexico, semalam.

MEXICO (Jan. 25) - Salvador Cabanas, pemain bintang pasukan Piala Dunia Paraguay telah ditembak di kepala pada Isnin lalu di bilik air sebuah bar di Bandar Mexico.

Cabanas, seorang pemain barisan depan untuk pasukan Mexico, berada di dalam keadaan kritikal. Dia dalam keadaan sedar ketika tiba di sebuah hospital di bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru, presiden pasukan Michel Bauer memberitahu rangkaian Televisa.

"Dia dalam keadaan sedikit keliru dan tidak tahu apa yang telah berlaku. Dia bertanya di mana mereka membawanya dan mengapa mereka membawanya kemaria," tambah Bauer.

Dua suspek telah ditahan dan motif tembakan itu masih kabur, Peguam Negara Mexico Miguel Angel Mancera memberitahu Televisa. Mancera menyatakan Cabanas telah pergi ke bar bersama isterinya dan ditembak sebelum subuh.

Juan Angel Napout, presiden persekutuan bola sepak Paraguay, berkata seorang doktor akan diterbangkan ke Mexico bagi menemani Cabanas.

"Kami berdoa untuk dia," tambah Napout.

Pemain berumur 29 tahun itu adalah seorang penyerang pasukan Paraguay yang yang sekumpulan dengan juara bertahan Itali, New Zealand dan Slovakia dalam pusingan pertama Piala Dunia.

Cabanas bermain di Mexico semenjak 2003, ketika dia bersama Jaguars. Pada 2006 dia dijual kepada Club Amerika. Dia menjaringkan 125 gol dalam 218 perlawanan di Mexico dan antara penyerang terbaik dalam liga bola sepak Mexico.

Steve Bruce, pengurus kelab Inggeris Sunderland, menyatakan minat pada bulan ini untuk mendapatkan Cabanas.

Cabanas telah dipilih sebagai pemain terbaik tahun 2007 di Amerika Selatan oleh akhbar El Pais, Uruguay dan juga merupakan satu-satunya pemain Mexico yang memenangi anugerah itu.

Sumber : soccer.fanhouse.com

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Perkhidmatan Bunuh Diri Di Klinik Swiss

Katil terakhir.... katil di Klinik Dignitas.


Bagi sesetengah orang, inilah bilik terakhir yang mereka lihat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kebaanyakkannya lebih suka untuk mati di atas katil bersebelahan tingkap, dengan satu pandangan taman kecil di luarnya.

Jika ada rakan-rakan dan keluarga yang hadir, ucapan selamat jalan waktu-waktu terakhir boleh diperuntukkan sebanyak mungkin - tetapi apabila saja dos maut barbiturat itu ditelan hanya beberapa minit saja yang tinggal.

Maka, di bawah bunga-bunga duvet yang kekuningan, mereka akan memakan coklat untuk menutupi rasa racun itu. Pelanggan-pelanggan Dignitas (klinik bantuan membunuh diri) akan tertidur dan tidak bangun lagi.


Dignitas in Zurich Feature with David Lowe. a room of appt in Pfaffikon where people go to die.

Setakat ini 135 warga British, termasuk 27 orang pada tahun 2009 telah pergi ke Zurich, Switzerland untuk mati di pusat itu. Ia ditubuhkan pada 1998 oleh seorang bekas peguam hak-hak asasi manusia, Ludwig Minelli.

Pelanggan daripada UK dianggarkan sekitar 14 peratus yang menjadi ahli kelab Dignitas - iaitu keduar tertinggi selepas Jerman dengan 59 peratus.


Dignitas in Zurich Feature with David Lowe. a room of appt in Pfaffikon where people go to die.


Membantu membunuh diri adalah satu jenayah di UK, Pengarah Public Prosecutions pada tahun lepas telah mengarahkan untuk mewujudkan undang-undang bagi mengenakan denda atau saman kepada rakyat British yang mengiringi ahli keluarganya untuk mati.

Peraturan akhir tidak akan dikeluarkan sehingga bulan Mac ini.

Minggu ini Mr Minelli membenarkan kami untuk lawatan luar biasa dan eksklusif ke Klinik Dignitas dan ibu pejabat pentadbiran yang berasingan.

Berpakaian sut berwarna tentera laut bersama kemeja merah jambu, tali leher cerah dan sapu tangan berwarna putih, lelaki berumur 77 tahun ini menerangkan falsafahnya sambil dia membawa kami melawat ke kompleksnya.

"Tidak apa-apa yang dramatik tentang apa yang kita buat," katanya. "Tujuan kita adalah memberikan hak orang yang terdesak mencapai matlamat mereka untuk menamatkan nyawa mereka.

"Dignitas adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang membantu rakyat untuk membunuh diri - pada pandangan saya ini adalah hak asasi manusia yang terakhir. Ia dibuat tanpa risiko atau kesakitan dan dalam persekitaran yang selesa."



Dignitas in Zurich Feature with David Lowe. a room of appt in Pfaffikon where people go to die.

Bangunan Dignitas terletak di sebelah kilang dalam satu kawasan perindustrian di pinggir bandar bagi Pfaffikon.

5,700 orang daripada 61 negara di seluruh dunia pernah mendaftar dengan organisasi Mr Minelli dengan bayaran 200 franc Switzerland (RM652), 724 daripadanya orang British.

Terdapat juga yuran tahunan 86 franc Switzerland (RM280), dan satu bayaran 3,000 franc Switzerland (RM9,787) jika individu itu memutuskan untuk meneruskan permohonan mereka,juga bagi memenuhi keperluan guaman Switzerland untuk bantuan pembunuhan diri.

Ini termasuklah bayaran membuka fail peribadi dengan salah satu daripada enam orang doktor Dignitas, yang akan memutuskan mempreskripsikan barbiturat bagi tujuan kematian tanpa sakit.

Bila pemohon itu sampai ke Pfaffikon, kos-kos selanjut mencecah hingga 10,500 franc Switzerland (RM34,255), bagaimanapun pengurangan boleh dirundingkan jika kekurangan wang.

Membuka kunci pintu kaca utama, Mr Minelli membawa saya ke belakang bangunan yang mengandungi satu ruangterdapat kerusi-kerusi kayu dan sebuah mejadialas kain kuning, sebatang lilin, semangkuk coklat-coklat dan sebuah kotak tisu.

Ini merupakan bilik menunggu Tuhan, di mana kakitangan Dignitas,ahli keluarga tersayang dan individu yang ingin membunuh diri menyiapkan peringkat akhir "satu iringan".

Mr Minelli kata: "Kami sentiasa mempunyai dua orang peneman profesional yang hadir utnuk membantu pembunuhan diri.

"Pertamanya bagi memenuhi tuntutan birokrasi, termasuk pengisian borang dan penyampaian sijil kelahiran.

"Kami membiarkan individu itu mengambil masa mereka. Beberapa individu menceritakan kisah hidup mereka, berkongsi jenaka dan kenangan-kenangan mereka. Tiada siapa akan mendesak individu tersebut mempercepatkan proses pembunuhan diri."

"Ia satu prosedur keterbukaan yang tidak ditamatkan dengan pembunuh diri jika individu itu berubah fikiran mereka."

Terdapat dua buah bilik mati. Lebih besar, dengan satu sofa kulit berbentuk L berwarna putih , paling disukai individu yang membawa ahli keluarga dan rakan-rakan. Satu dadah anti muntah diperlukan sebelum mengambil racun

Ia mengambil masa 30 minit untuk berkesan.


Dignitas in Zurich Feature with David Lowe. a room of appt in Pfaffikon where people go to die.


Muzik juga digunakan bagi bertujuan menenangkan dikala melalui detik-detik akhir, dengan pilihan CD daripada Beach Boys hingga ke muzik klasik disusun oleh individu tersebut.

Barbiturat dicampurkan dengan air dan disediakan di dalam sebiji cawan plastik.

Kebanyakan pelanggan Dignitas menghidap penyakit yang membawa maut atau penyakit-penyakit progresif yang tidak dapat diubati. Setelah bertahun menderita, mereka biasanya akan meminum racun dengan santai dan gembira berhadapan dengan kematian mereka.

Mr Minelli kata: "Minggu lepas seorang wanita tua Inggeris ketawa dan bergurau sehingga ke penghujung nyawanya. Individu kebiasaanya mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan keluarga, berterima kasih kepada mereka untuk cinta mereka dan sokongan ketika dalam keadaan sukar.

"Atas dasar undang-undang, pembunuhan diri ini divideokan dan selepas kematian kami memanggil polis untuk menonton filem itu bagi pembuktian bahawa individu ini bertindak sendirian. Biasanya tiada komplikasi dan jasad mereka samada dibawa ke krematorium (pembakaran mayat) atau dibawa kembali ke negara mereka."

Kemudiannya kami ke rangkaian bilik pejabat Dignitas yang berdekatan. Dalam perjalanan Mr Minelli tertawa kecil mengingatkan seorang wanita tua dari Jerman yang meminta untuk melihat Zurich sebelum dia membunuh diri dan menjeling ke arah pelayan-pelayan kacak ketika menjamu makan tengah hari.

Dua daripada 13 petugan sambilan Dignitas 13 sibuk menjawab panggilan telefon dan menaip ketika kami masuk, pejabat-pejabat kemas dan penuh dengan barisan fail-fail berwarna.

Sebagai seorang pemuja Inggeris dan sejarah orang British, Mr Minelli menunjukkan sekeping gambar Winston Churchill di dinding sebelum menuang dua cawan teh panas.

Dignitas in Zurich Feature with David Lowe. a room of appt in Pfaffikon where people go to die.

Kemudian dia menyelak-nyelak satu dokumen. Saya menangkap imbasan yang terdapat lokasi-lokasi seperti Hertfordshire, Scotland dan Richmond.

Di dalam fail itu terdapat penyataan diri yang menyedihkan setiap individu, laporan perubatan dan akhir "Protokoll", di isi lengkap oleh pihak klinik itu untuk mendokumentasikan minit-minit terakhir mereka.

Menyingkap satu kes orang British yang terkenal, Mr Minelli menunjukkan saya nota-nota tulis tangan yang menunjukkan dia mengambil barbiturat pada 11.35am, tertidur empat minit kemudian dan meninggal dunia di 11.55am.

Dia berkata: "Keputusan seseorang untuk mati bukan sukar bagi saya untuk menerimanya. Masalah utama saya adalah orang-orang bermasalah daripada seluruh dunia dinafikan hak untuk membantu mereka melakukan pembunuhan diri di negara sendiri dan sehinggakan mereka terdesak ke mari."

Dignitas in Zurich Feature with David Lowe. a room of appt in Pfaffikon where people go to die.
Bangunan Dignitas ... dibalik bahagian-bahagian jentera kilang dalam kawasan perindustrian


Tiada pendakwaan di Switzerland atas sebarang kematian di Dignitas, walaupun Mr Minelli terlibat dalam beberapa pertempuran-pertempuran sah bagi meliberalkan undang-undang bunuh diri dalam negara itu.

Di balik keyakinan peribadinya itu adalah kerana ingatan terhadap neneknya berumur 86 tahun yang menderita hingga ke akhir hayatnya.

Katanya: "Dia mempunyai satu masalah ginjal dan menjalani kesakitan yang teruk. Saya masih ingat nenek bertanyakan pada doktor jika dia boleh mencepatkan proses (kematiannya). Dia memohon maaf dan berkata ia tidak mungkin.

"Sebagai orang muda saya berfikir, 'Mengapa tidak harus kami membantu orang untuk mati, terutama apabila kematian pastinya tidak dapat dielakkan?' "

Mr Minelli turut berkata tempahan Dignitas untuk hari berikutnya adalah untuk wanita tua dari Inggeris.

Dia akan menghabiskan detik-detik akhirnya sambil dirakamkan pada katil bujang itu dengan tingkap di kawasan perindustrian Zurich, dan ditemani satu pandangan taman kecil di luar...


Sumber : www.thesun.co.uk




Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Saya Tinjau Kawasan 'Banjir'...:Bung Mokhtar

Wakakaka..
Lawat kawasan banjir??!!
Kawasan mana yang 'BANJIR'...YB??
Kah...kah...kah...
:Author Faethal


SEPANG, 25 Jan -- PENGANTIN BARU ... Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, 52, bersama isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, 32, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Mereka baru pulang dari Sabah selepas Bung Mokhtar meninjau keadaan banjir di kawasan beliau.


Zizie yang juga pelakon drama bersiri 25 episod, 'Suraya' terbitan Zeel Production, dikatakan mendirikan rumahtangga dengan anggota parlimen itu penghujung tahun lepas.

Sumber : Bernama


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Blobfish....Ikan Paling Sedih Atau Paling Hodoh

Sea-ing is believing: The extremely ugly blobfish

Blobfish yang sangat hodoh...


Makhluk berupa 'sedih' ini, yang panjangnya sehingga panjang 12 inci, hidup pada kedalaman 900m di dasar laut.

Ia menghabiskan kebanyakan daripada masanya dengan terapung-apung perlahan sambil menunggu makanan untuk lalu di depannya, ia kedengaran seperti satu kehidupan yang baik bagi kita!.

Kerana mereka hidup begitu jauh daripada permukaan laut mereka tidak selalu dapat dilihat oleh manusia.

Bagaimanapun, peningkatan operasi tangkapan ikan air laut dalam di Australia dan Tasmania bagi mendapatkan ketam dan udang kara menyebabkan tangkapan-tangkapan lain juga terbabit.

Makhluk berjeli ini mungkin tidak banyak dapat dijumpai, tetapi dunia akan kurang menarik tanpa mereka. Diharapkan agar warga Australia tidak terus membunuh mereka.

Sumber : www.metro.co.uk

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks