
JOHOR BAHARU, 22 Jan -- Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar bersalaman dengan anggota Jumaah Majlis Diraja selepas baginda dilantik sebagai Pemangku Raja di Istana Besar Johor Baharu di sini, hari ini.
Pelantikan itu dilaksanakan ekoran ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail berada dalam keadaan gering.
Turut berangkat adinda baginda, Tunku Bendahara Tunku Majid Sultan Iskandar (kanan, belakang) dan anakanda baginda, Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim (kiri, belakang) .

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad (kanan) mengumumkan baginda Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.
Tunku Osman turut mengumumkan anggota Jumaah Majlis Diraja bersetuju melantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar (duduk, tengah) sebagai Pemangku Raja di Istana Besar Johor Baharu di sini, hari ini.
Turut berangkat adinda Tunku Ibrahim, Tunku Bendahara Tunku Majid Sultan Iskandar (duduk, kanan) dan anakanda Tunku Ibrahim, Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim (duduk, kiri) .

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail menandatangani watikah mengangkat sumpah sebagai Pemangku Sultan pada satu majlis di Istana Besar dekat sini, hari ini.


Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail mengangkat sumpah sebagai Pemangku Sultan pada satu majlis di Istana Besar dekat sini, hari ini.
Turut sama Tunku Bendahara Tunku Majid Sultan Iskandar (kanan) dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim (kiri).

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ahmad Shah bersalaman dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail selepas melawat Sultan Johor Sultan Iskandar Ismail yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri akibat gering di sini, hari ini.
Turut sama Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim (dua, kanan) dan Tunku Bendahara Johor Tunku Majid (kiri).
Bendahara Johor Tunku Majid (kanan).
Antara yang turut melawat baginda ialah Tengku Mahkota Pahang Abdullah dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad mengumumkan perlantikan Tunku Ibrahim sebagai pemangku Sultan di Istana Besar Johor Baharu di sini, petang tadi.
Sumber : BernamaJika anda minat artikel ini :
