blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Najib 'Hilang' Di Abu Dhabi

Tuesday, January 19, 2010
Ada sesiapa pernah lihat Dr Hasmah, Allahyarham Hendon atau Jean Abdullah lebih sudu dari kuah macam Rosmah??
Sampai gambar Najib langsung tarak!!
Hehehe..
:Author Faethal


ABU DHABI, 19 Jan -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor diberi penerangan mengenai pameran ketika melawat Yayasan Pembangunan Keluarga di sini, pada Ahad.


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima cenderamata daripada Menteri Kabinet yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Ali Salim Obaied Al Khabbi (kanan) ketika melawat yayasan itu di sini, pada Ahad.


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama Menteri Kabinet yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Ali Salim Obaied Al Khabbi (kanan) ketika melawat yayasan itu di sini, pada Ahad.

Rosmah mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Coke Sebagai Bateri Telefon Bimbit


Seorang pereka mendakwa pada masa hadapan telefon bimbit boleh dikuasakan semula dengan minuman berkarbonat - mengecas semula bateri hanya dengan menuang segelas air Coke.

Daizi Zheng, daripada kolej Central St Martins, mengemukakan idea setelah terbaca mengenai teknologi bio bateri, yang boleh menjana tenaga daripada molekul glukosa.

Dia berkata telefon bimbit itu, pasti akan mempunyai jangka hayat selama tiga atau empat kali lebih panjang berbanding bateri-bateri litium konvensional. Apabila bateri itu telah habis digunakan, hanya air dan oksigen yang tertinggal.

Idea itu telah dimajukan kepada Nokia tetapi mereka berkata ia adalah terlalu futuristic… tetapi mungkin pada masa akan datang semua Coca Cola akan menjadi bateri kepada telefon pakai buang!.

Sumber : www.newslite.tv


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 4 comments

Harimau Sekecil Bijirin!



Seorang pengukir dari Taiwan telah mencipta arca seekor harimau paling kecil pernah dibuat - ia begitu kecil sehingga muat melalui lubang sebatang jarum, dan hanya boleh dilihat dengan kaca pembesar.

Chen Forng-shean, yang telah menjadikan mengukir sebagai hobi sejak 30 tahun lalu, telah mengukir harimau daripada bijirin sempena Tahun Harimau yang akan tiba apabila menyambut Tahun Baru Cina pada 14 Februari ini.

Hanya 1 milimeter (0.04 inci) tinggi, dan sepanjang satu milimeter (1mm), dia berkata ia adalah harimau terkecil di dunia.

Tetapi Chen mengakui yang arca terbaiknya ini dihasilkan setelah 10 kali berusaha bagi menghasilkannya: 'Jika tangan anda bergoyang, hasil kerja anda akan terpelanting dan hilang.'

'Untuk harimau ini, bahagian yang paling sukar adalah kerana ianya tiga dimensi. Ia boleh dilihat daripada sebarang sudut dan masih kelihatan sangat 'hidup'. Mewarnanya juga amat sukar, dengan melukis belangnya dan warna merah untuk mewarnakan lidahnya,' Chen, 54 tahun, menambah.

Arca haiwan yang dicipta mengambil masa tiga bulan secara intensif, telah siap pada November lalu dan Chen berkata ia bernilai 3 juta dolar Taiwan (sekitar RM314,575), walaupun ia bukan untuk di jual.

Sumber : www.metro.co.uk



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks