blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Moscow Jam Kerana Hacker Porno

Monday, January 18, 2010
Paparan billboard yang menayangkan filem porno...

Satu paparan skrin televisyen besar memaparkan filem pornografi menyebabkan kesesakan lalu lintas waktu tengah malam di Moscow pada hari Khamis lalu. Ini kerana pemandu kereta menekan brek dengan cepat kerana tergamam dan melopong apabila mendengar suara mengerang dan wanita yang sedang bogel.

Pemilik skrin pengiklanan, yang terletak di atas sebatang jalan raya utama hanya tidak jauh dari selatan Kremlin, memberitahu agensi berita RIA penggodam telah menceroboh masuk ke dalam sistem komputer skrin dan menayangkan paparan filem porno.

'Sama ada mereka adalah samseng atau daripada syarikat-syarikat pesaing,' Viktor Laptev, pengarah komersial firma pengiklanan Panno.ru, memberitahu RIA.

Rakaman berita menunjukkan banyak kenderaan bergerak perlahan untuk melihat di skrin yang menayangkan video daripada laman web lucah - pornografi diharamkan di televisyen sebelum Soviet Union jatuh pada 1991.

Pihak berkuasa menyatakan mereka sedang menyiasat kejadian itu, RIA menambah.

Sumber : www.metro.co.uk

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 4 comments

Bayi 16 Bulan Masih Hidup Lepas 68 Jam

Keadaan Winnie Tilin sebaik diselamatkan.

Winnie Tilin - hanya berusia 16 bulan - ditarik hidup-hidup daripada runtuhan rumah keluarganya selepas 68 jam.

Rintihan tangisannya telah didengari secara kebetulan oleh seorang krew TV yang sedang merakamkan kemusnahan lebih 50,000 nyawa di kawasan itu. Lebih tragik lagi, antara mangsa runtuhan itu adalah ibu bapa Winnie, yang ditemui maut di dalam runtuhan dinding batu yang tidak mengenai Winnie Tilin.


Winnie Tilin.

150,000 nyawa dikhuatiri maut - dan kanak-kanak kecil itu menyertai berpuluh ribu kanak-kanak yang menjadi anak yatim, selepas Selasa lalu gempa bumi besar melanda Port-au-Prince menyebabkan berjuta-juta penduduk cedera atau kehilangan tempat tinggal.

Haiti telah musnah selepas digegarkan oleh gempa buminya yang terbesar sejak 200 tahun, berukuran 7.0 pada skala Richter.

Rumah mayat sementara telah dipenuhi dengan cepat dengan jasad-jasad yang tidak dapat dikenali.

Menakjubkan, Winnie telah diselamatkan oleh satu krew berita Australia yang sedang memfilemkan di luar pejabat kebajikan Save The Children.

Jurubahasa TV Deiby Celestino mendengar tangisan kanak-kanak dan melompat masuk ke dalam lubang konkrit dimana Winnie terperangkap.

Selepas merangkak di atas mayat-mayat untuk mencarinya, dia akhirnya berupaya menarik Winnie keluar. Celestino, daripada Republik Dominican, berkata: "Ia sangat emosional. Saya merasakan seperti menarik keluar bayi saya sendiri."

Seorang doktor dari Save The Children yang memeriksa anak kecil ini kagum kerana mendapati, walaupun dia dinyahhidratkan dengan teruk tetapi dia tidak cedera parah.

Winnie akhirnya diserahkan kepada bapa saudaranya, Frantz Tilin, yang juga sedang mencarinya selepas kehilangan isterinya yang sedang mengandung.

Sumber : www.newsoftheworld.co.uk


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks