Eva Uhlin mendapat kembali wajahnya yang jelita.
Eva semasa dirawat di hospital.Eva Uhlin 19 tahun, telah pulih sepenuhnya setelah menderita penyakit yang jarang berlaku, iaitu satu dalam satu juta manusia yang alergi kepada Paracetamol/Panadol yang biasa digunakan sebagai penahan sakit.
Keadaan yang kritikal dan berbahaya itu dikenali sebagai Nekrolisis Epidermis Toksik, telah menyerang badannya menyebabkan kulitnya melepuh, membakar dan menjadi kuping.
Penyakit itu menyebabkan bahagian dadanya, lengan, belakang badan dan perutnya menjadi lembik dan 'jatuh'. Pada suatu ketika kerosakan pada muka Uhlin begitu teruk sehingga bibirnya menjadi melekat.
"Ia seolah-olah ada sesuatu menjalar di merata kulit saya, saya sangat terkejut - saya seperti makhluk di dalam filem seram," kata Uhlin.
"Saya tidak dapat mempercayai apa yang sedang berlaku. Saya telah mengambil Paracetamol berkali-kali sebelum ini."
Mimpi buruk Uhlin bermula pada bulan September 2005 apabila dia demam sewaktu cuti sekolah.
Ketika itu ia berusia 15 tahun, dia telah diarahkan untuk mengambil beberapa pil-pil Paracetamol bagi melegakan gejala demamnya tetapi gabungan virusnya dan dadah itu telah mewujudkan satu tindak balas yang aneh pada tubuhnya.
Ketika ia bangun keesokan harinya, ia dapati kulit mukanya telah melepuh dan mula tersebar di seluruh badannya.
"Ia menakutkan, kerana pada masa saya tidak tahu apa masalah saya dan apa yang akan berlaku kepada saya," beliau berkata.
"Bila saya menjenguk cermin buat kali pertama saya tidak mengenali diri saya sendiri."
Selepas bertahun-tahun menjalani rawatan di Sweden Hospital Universiti Linkoping, Cik Uhlin akhirnya pulih dan pulang ke kehidupan biasanya. Bagaimanapun hari ini dia masih terpaksa menggunakan ubat titis mata dua kali sehari dan sensitif kepada cahaya matahari yang cerah.
Toxic Epidermal Necrolysis, turut dikenali sindrom Lyell, telah membunuh 40 peratus penghidapnya.
Rebecca Freeman, seorang jurucakap British Association Dermatologists, berkata sesiapa juga mempunyai kemungkinan mengalami penyakit itu.
"Ia menjadikan keadaan kulit menjadi sangat luar biasa dan teruk," beliau berkata. "Ia boleh berlaku dalam semua kumpulan umur, walaupun prognosis menunjukkan ia mudah berlaku kepada golongan tua dan ia lebih kerap kepada wanita."
Sumber : www.telegraph.co.ukJika anda minat artikel ini :
