Stephen Gough ketika melakukan perjalanan sambil berbogel daripada Land End hingga ke John O'Groats bersama bekas teman wanitanya Melanie Roberts.Bekas tentera Marin Diraja (Royal Marine), yang menjadi terkenal selepas berjalan kaki sambil berbogel daripada
Land End hingga
John O'Groats pada 2003, telah menghabiskan hidupnya sejak tujuh tahun yang lalu di dalam penjara kerana sering muncul dalam keadaan 'bogel' di khalayak ramai.
Semalam ia didapati bersalah kerana atas dakwaan mengganggu keamanan apabila dia berjalan dalam keadaan berbogel dari penjara di Perth bulan Disember lepas, sebaik saja menjalani hukuman penjara selama 12 bulan bagi kesalahan yang sama. Mr Gough juga diingatkan dia akan terus dipenjarakan jika setiap kali dia melangkah keluar daripada penjara tanpa sebarang pakaian.
Lelaki 50 tahun ini yang mewakili dirinya sendiri ketika muncul di mahkamah, juga dalam keadaan berbogel, telah menolak tawaran akan dibebaskan semalam jika dia setuju untuk berpakaian.
Syerif Perth, Lindsay Foulis memberitahu Gough dia akan menimbangkan untuk memberi jaminan kepadanya untuk pulang ke rumah yang "lebih selesa" di Eastleigh, Hampshire, jika dia bersetuju untuk memakai sebarang pakaian. Bagaimanapun bekas pemandu lori itu tetap berkeras dan enggan menerima tawaran itu malah sanggup berada di dalam tahanan.
Merujuk pada laporan psikologi dan psikiatri, Syerif berkata: "Bila hari (tamatnya hukuman) itu datang untuk anda dibebaskan, anda akan ditangkap semula dan melalui semula proses yang sama.”
Gough berkata dia menerima dan setuju jika dikatakan 'berpotensi' untuk kekal di dalam penjara selama-lamanya sambil menambah: "Ini berkaitan dengan kebebasan individu."
Bapa kepada dua orang anak ini menghabiskan selama tujuh tahun di penjara Scotland selepas melucutkan pakaian ketika di dalam penerbangan ke Edinburgh. Semenjak itu dia telah menolak untuk memakai seragam penjara atau untuk berpakaian di mahkamah, mengakibatkannya terus dijatuhkan pula hukuman kerana menghina mahkamah.
Gough mula berbogel pertama kalinya ketika merentasi Britain pada 2003. Dia telah ditangkap sebanyak 15 kali semasa perjalanan itu dan menghabiskan 140 malam tidur di dalam penjara, terutamanya di Scotland di mana pihak berkuasa di sana lebih tegas atas kesalahan berbogel di tempat awam berbanding di England dan Wales. Dia selesai menyudahkan perjalanannya bersama bekas teman wanita, Melanie Roberts tiga tahun kemudian.
Sumber : www.telegraph.co.ukJika anda minat artikel ini :
