blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Protes Sebuah Al-Quran Dibakar, 9 Terkorban

Wednesday, January 13, 2010


Abdul Khaleq/Associated Press


Seorang lelaki yang cedera semasa tunjuk perasaan di Garmsir, Afghanistan (semalam) dibawa ke hospital di Lashkar Gah, selatan Kabul.

Kandahar, Afghanistan - Sembilan orang terkorban akibat ditembak dalam tunjuk perasaan di sebuah kota Afghanistan kerana memprotes pembakaran Al Quran oleh tentera asing.

Aksi keganasan meletus Selasa (semalam) di Garmsir, Helmand, Afghanistan selatan berkaitan berita yang tersebar bahawa pasukan NATO merusakan sebuah Al Quran dalam satu operasi militer.

"Lapan orang penunjuk perasaan terkorban ketika mereka menyerang pejabat keamanan nasional di Garmsir," kata wakil komandan polis, Kharmal Dinkhan kepada AFP.

"Tembakan terhadap penunjuk perasaan terjadi setelah seorang petugas keamanan nasional Afghanistan terkorban akibat tembakan dari seorang penunjuk perasaan," katanya.

Pasukan Bantuan Keamanan Internasional (ISAF) dalam sebuah kenyataan Selasa lalu mengatakan pasukannya menembak mati seorang gerila penembak yang telah menembak seorang kakitangan pejabat Afghanistan di daerah Garmsir.

Tetapi seorang juru bicara pasukan itu berkata tidak ada informasi untuk menyokong kenyataan bahawa korban yang mati dalam insiden itu adalah warga tempatan, dan kaji selidik di pejabat Afghanistan sedang dilakukan.

Seorang doktor di rumah sakit di ibukota Lashkar Gah, yang identitinya dirahsiakan mengatakan lebih dari 10 orang dimasukan ke rumah sakit dengan luka-luka tembakan di perut, kepala dan kaki.

"Dua dari mereka berada dalam keadaan yang serius," katanya.

Insiden itu terjadi ketika lebih dari 1000 warga desa Afghanistan berkumpul di Garmsir untuk memprotes apa yang disebut pembakaran sebuah kitab suci Al Quran dalam satu operasi NATO, Isnin lalu.

"Dalam protes hari ini (Selasa) seorang gerila menembak seorang kakitangan pejabat Afghanistan di FOB ( Pangkalan Operasi Depan) Dei di distrik Garmsir," kata IAF dalam sebuah pernyataan.

"Para anggota pasukan ISAF mengenalpasti penembak itu dan menembaknya mati. Tidak ada korban lain yang cedera akibat tembakan itu," katanya.

Sumber : AFP


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Leonid Rogozov – Pakar Bedah Yang Membedah Dirinya Sendiri

d180d0bed0b3d0bed0b7d0bed0b2-d0bed0bfd0b5d180d0b8d180d183d0b5d182-d181d0b5d0b1d18f-41


Pada bulan 29 April 1961 seorang doktor Rusia yang menyertai ekspedisi Antartika, Leonid Rogozov berumur 27 tahun merasa kesakitan di sebelah kanan perutnya dan demam. Keesokan harinya ia mula menjadi keradangan. Tidak mempunyai kelengkapan untk menghubungi pesawat dan hanya dirinyalah satu-satunya doktor di stesen “Novolazarevskaya” itu. Pada waktu malam, 30 April,pakar bedah itu telah melakukan satu pembedahan ke atas dirinya menggunakan pembiusan setempat. Dia telah dibantu oleh seorang jurutera dan stesen meteorologis.

Pada 1959 sebaik sahaja Leonid Rogozov mendapat ijazah daripada Institute, ia telah bekerja dengan klinik pembedahan tempatan. Bagaimanapun, kajian-kajiannya di klinik itu terhenti seketika kerana menyertai ekspedisi Leonid ke Antartik pada September, 1960 sebagai seorang doktor bagi ekspedisi Rusia kali keenam ke stesen Novolazarevskaya, Antartika.

Ekspedisi ini telah berlakunya satu peristiwa yang membuat pakar bedah berusia 27 tahun ini termasyhur.

Dalam bulan keempat musim sejuk, pada 29 April 1961, Leonid menunjukkan simtom-sintom: lemah tubuh badan, loya, demam dan kesakitan di sekitar ilium. Hari berikutnya suhu badannya menjadi lebih tinggi lagi. Kerana dirinya satu-satunya doktor dalam ekspedisi yang bersama 13 orang ini, Leonid mendiagnosis dirinya sendiri: apendisitis akut (acute appendicitis). Tidak terdapat kapal terbang di mana-mana stesen yang berdekatan. Keadaan cuaca yang buruk juga tidak akan mengizinkan mana-mana kapal terbang untuk ke Novolazarevskaya.

Demi untuk menyelamatkan seluruh anggota ekspedisi kutub yang sakit,satu pembedahan segera perlu dilakukan. Dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan melakukan pembedahan sendiri ke atas dirinya.

Pada suatu malam, pada 30 April 1961, pakar bedah dibantu oleh jurutera mekanikal dan seorang ahli meteorologi ketika mengendalikan instrumen-instrumen perubatan dan memegang sebuah cermin kecil di sisi perutnya. Berbaring sambil sedikit membongkok ke sebelah kiri, doktor itu membuat pembiusan dengan novocaine dan dibuat satu torehan 12cm di sebelah kanan ilium menggunakan satu skalpel.

operation1



Samada memerhatikan daripada cermin atau dengan sentuhan dia berjaya membuang satu lapisan radang dan menyuntik antibiotik dalam abdomen. Selepas 30 atau 40 minit dari bermulanya operasi pembedahan, kesan bius mula terasa dan pakar bedah itu mula merasa pening. Pembedahan terpaksa ditangguh untuknya berehat.

Akhirnya pada tengah malam operasi pembedahan selamat dilakukan, iaitu selama 1 jam dan 45 minit. Dalam lima hari suhu badannya kembali normal, dalam dua hari - jahitannya sudah boleh dibuka.

Di Muzium St Petersburg Museum Artik dan Antartika terdapat pameran peralatan pembedahan yang digunakan oleh Leonid Rogozov semasa melakukan operasi itu.

rogozov1




Seorang juruterbang angkasawan KRSS, seorang idola di Soviet Union, Titov Jerman menulis dalam bukunya “My blue planet”:

“Di negara kita perbuatan paling hebat adalah mengeksploitasikan diri sendiri.

… Saya mengkagumi doktor Rusia, Boris Pastukhov, yang menyuntik dirinya dengan vaksin wabak sebelum digunakan kepada orang sakit: kami juga kagum dengan keberanian doktor Rusia, Leonid Rogozov yang membuat satu pembedahan ke atas dirinya dalam situasi yang sukar semasa ekspedisi Antartik.

Kadang-kadang saya memikirkan jika saya boleh berbuat perkara yang sama dan hanya satu jawapan datang di fikiran saya: “Saya akan melakukan yang terbaik…”


Sumber : englishrussia.com


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks