blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Di Mana Jamaludin Jarjis?

Tuesday, January 12, 2010
Sian orang Rompin..
Payah nak jumpa YB mereka sekarang..
:Author Faethal



'Dimana YB?'

ROMPIN, 12 Jan -- TUNTUT ... Seramai 50 daripada 890 pesawah membawa sepanduk ketika menyertai demonstrasi secara aman bagi menuntut hak tanah yang mereka usahakan sejak 30 tahun lepas.


Makcik yang berbaju merah menulis sepanduk 'Dimana YB??'. Ada sesiapa nampak Jamaludin Jarjis?...di Amerika Makcik oi....sian..


Mereka menuntut kerajaan negeri Pahang menunaikan janji berhubung pemberian hak milik tanah sawah yang mereka terokai sejak 1977 kerana kerajaan negeri berjanji akan menyerahkan geran tanah kepada mereka pada April tahun lepas, tetapi sehingga kini, janji itu masih belum ditunaikan.

Sumber : Bernama



Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 2 comments

Persediaan Tahun Baru Cina

KUANTAN, 12 Jan -- Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan (kanan) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Mohamad Zubli Din (kiri) menunjukkan mercun-mercun dan bunga api yang dirampas sebelum sidang media di sini, hari ini.


Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan (kanan) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Mohamad Zubli Din melihat sebahagian mercun dan bunga api yang dirampas sebelum sidang media di sini, hari ini.


Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan menunjukkan mercun jenis baru menyerupai buah kelapa sebelum sidang media di sini, hari ini.

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pahang hari ini menahan dua buah lori yang membawa muatan 4,000 kilogram mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM280,000 di Km 92 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini.

Sumber : Bernama

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Telefon Kalis Pecah Dipecah

Percubaan pertama...rendam dalam akuarium LULUS!.


Ujian kedua...hentak di penjuru akuarium...


Ops!..skrin pecah...you FAIL!!

Apabila pereka telefon bimbit 'kalis pecah' memberikan telefon bimbit rekaannya itu kepada seorang penyampai TV BBC untuk demonstrasi, mereka memberitahunya ia tetap akan tahan terhadap apa jua rintangan atau hentakan.

Tetapi hanya dalam beberapa saat, Dan Simmons di dalam rancangan teknologi Click telah memecahkan skrin telefon itu - semestinya ini memalukan bos-bos pemilik telefon bimbit itu.

Telefon jenama Sonim dikatakan dapat bertahan jika dijatuhkan daripada 10 tingkat atau direndam dalam air selama 30 minit. Ia juga mendakwa mempunyai daya ketahanan yang tinggi walau dipaku sekalipun!.

Bagaimanapun, ia hanya indah khabar dari rupa apabila di pertunjukkan secara langsung di Consumer Electronics Show di Las Vegas, apabila skrin telefon itu pecah selepas dihentakkan di sudut akuarium ikan.

Ini berlaku sebaik saja CEO Bob Plaschke berkata: "Secara asasnya ia tidak boleh pecah, jika anda menemui cara untuk memecahkannya, kami akan memberikan anda sebuah telefon baru."
Sebuah telefon baru untuk Mr Simmons!!.
Lihat video di sini


Sumber : newslite.tv


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 1 comments

Awas! Gajah Melintas

SEEKOR gajah liar melintas Lebuh Raya Timur-Barat, berdekatan sempadan Kelantan-Perak, kelmarin.

JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.

Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.

"Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan.



"Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini," katanya.

Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.

Sumber : BeritaHarian

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Sekitar Acara 'Menaiki Keretapi Bawah TanahTanpa Seluar' Yang Ke-9

Acara Tahunan Menaiki Keretapi Bawah Tanah Tanpa Seluar (Annual No Pants Subway Ride) ke-9 di New York City pada 10 Januari 2010 yang lalu.






Jangan terkejut jika anda penumpang di sebelah anda hanya memakai seluar dalam sebagai mana ratusan rakyat New York lain yang menaiki keretapi laluan bawah tanah hanya dengan pakaian dalam mereka.

Pada hari Ahad lalu, mereka secara asasnya hanya berpakaian dalam untuk meraikan acara tahunan yang ke-9 No Pants Subway Ride.





Para peserta berkumpul di enam lokasi sepanjang bandar raya. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berpecah melalui laluan bawah tanah yang berbeza stesen. Sebaik saja mereka berada di dalam keretapi bawah tanah, mereka dengan tenang menanggalkan seluar mereka dan menyimpannya.

Kebanyakan peserta bertindak seperti biasa: Mereka membaca majalah atau berbual dengan teman-teman mereka.

Acara ini bermula sejak 2002 dengan hanya disertai tujuh orang. Ianya telah merebak ke kota-kota lain.

Aksi ini dikelolakan oleh Improv Everywhere, satu kumpulan yang mempunyai misi untuk menimbulkan "keadaan huru-hara dan kegembiraan di tempat-tempat awam pada masa yang sama."

Sumber : Agencies


Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments

Bugatti Di Dasar Tasik Berharga £80,000 (RM429,953).

Sebuah kereta Bugatti 'luar biasa' yang telah menghabiskan usianya selama 70 tahun terbenam di dasar sebuah tasik di Switzerland bersedia untuk dijual dengan harga £80,000 (RM429,953).

Kereta lumba Bugatti 1925 ini telah ditolak masuk ke Tasik Maggiore oleh seorang pegawai cukai pada tahun 1936 selepas pemiliknya gagal untuk membayar cukai import.



Sejak kereta Bugatti itu berada 160 kaki di bawah permukaan air, hanya sesekali dikunjungi oleh ahli-ahli skuba.

Tetapi kini mereka telah menaikkan semula kereta Bugatti yang akan dibaik pulih di Bonhams… ia kelihatan rapuh pada struktur badannya kami harap ia tidak diketuk dengan kuat.



Pakar-pakar mendakwa yang 20 peratus struktur kereta itu masih dapat diselamatkan - termasuk separuh casis dan kebanyakan kotak-kotak aluminium - ini bermakna ia mungkin dapat menyelamatkan kereta ini dan mengembalikan kepada kegemilangannya.

Ia dijangka boleh dijual pada sekitar harga £80,000(RM429,953) dimana ianya akan disumbangkan ke Damiano Tamagni Foundation, di Ascona.

Seorang jurucakap Bonhams berkata: "Satu daripada lot yang paling luar biasa pernah ditawarkan pada acara lelong - sebuah kereta lumba Bugatti yang berada di dasar tasik Switzerland selama lebih 70 tahun - juga sudah dibaik pulih oleh Retromobile.

"Brescia Bugatti tidak dapat mengelakkan daripada beberapa kerosakan kerana berada teralu lama di dasar tasik.

"Ia turut menunjukkan satu projek pemulihan yang paling menarik."

Sumber : www.newslite.tv

Jika anda minat artikel ini :
thanks1




thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks