blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Keadaan Gereja Katolik St. Louis

Sunday, January 10, 2010
TAIPING, 10 Jan -- Beberapa anggota forensik ketika mencari bahan-bahan bukti selepas Gereja Katolik St. Louis yang terletak di Jalan Convent dekat sini dilempar dengan bom api (Molotov Cocktail) dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan belum ada suspek yang ditahan dalam kejadian itu dan Jabatan Forensik masih menganalisis bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian.


Kesan yang kelihatan selepas Gereja Katolik St. Louis yang terletak di Jalan Convent dekat sini dilempar dengan bom api (Molotov Cocktail) dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu, awal pagi tadi.


Beberapa anggota polis berkawal di perkarangan Gereja Katolik St. Louis yang terletak di Jalan Convent dekat sini setelah dilempar dengan bom api (Molotov Cocktail) dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu, awal pagi tadi.

Beberapa anggota polis berkawal di perkarangan Gereja Katolik St. Louis yang terletak di Jalan Convent dekat sini setelah dilempar dengan bom api (Molotov Cocktail) dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu awal pagi tadi.


Beberapa anggota forensik ketika mencari bahan-bahan bukti selepas Gereja Katolik St. Louis yang terletak di Jalan Convent dekat sini dilempar dengan bom api (Molotov Cocktail) dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu, awal pagi tadi.


Gereja Katolik St. Louis yang terletak di jalan Convent dekat sini dilempar dengan bom api (Molotov Cocktail) dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu, awal pagi tadi.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 1 comments

Gereja Taiping Pula Terbakar

SATU daripada dua gereja di Taiping yang dilempar bom api pagi tadi. Hanya kesan jelaga kelihatan pada dinding luar bangunan gereja berkenaan.

TAIPING: Gereja All Saints di Jalan Muzium dan Gereja Saint Louis di Jalan Kamunting Lama dekat sini dilempar bom api awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi tadi dan hanya disedari penjaga gereja kira-kira jam 7.30 pagi.

Katanya, hanya kesan hitam terbakar ditemui pada dinding luar gereja dan tiada kerosakan berlaku pada bangunan.

"Polis sedang menyiasat dan percaya perbuatan itu dilakukan individu yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, empat gereja di Lembah Klang dilaporkan dilempar bom api.

Sumber : Bharian


Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 0 comments

Denda £700 Kerana Berhijab


Seorang wanita boleh didenda sehingga £700(RM3,770) kerana memakai burka di bawah satu cadangan undang-undang baru di Perancis.

MP negara itu akan mengundi pada akhir bulan ini yang membolehkan menjdai kesalahan bagi rakyat di sana yang menutupi wajah mereka di khalayak ramai.

Jika ia dikuatkuasakan, pakaian Islam yang menutup penuh muka seperti burka dan niqab akan diharamkan di negara itu.

Jean-Francois Cope, Ketua Parti Pemerintah UMP, berkata dia mahu sesiapa agar ditangkap jika memakai burka atau niqab dan didenda.

Dia juga mencadangkan suatu denda yang lebih besar kepada sesiapa yang memaksa seorang wanita untuk memakai burka.

Sesiapa yang enggan membayar denda boleh ditahan dan dipenjarakan.

En Cope memberitahu majalah Perancis, Le Figaro Magazine: "Memakai burka akan dikira melakukan satu kesalahan dan didenda sebanyak 750 Euros (RM 3,623).

"Undang-undang itu akan melang sesiapa daripada menutup sepenuhnya muka mereka di khalayak ramai, kecuali dalam acara tertentu seperti acara-acara kebudayaan dan karnival."

Keputusan dibuat setelah ia memakan masa berbulan-bulan diperdebatkan sama ada wajar ia diharamkan untuk wanita menutup wajah mereka apabila keluar di khalayak ramai.


Sumber : www.thesun.co.uk



Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 1 comments

Tun Fatimah Hashim meninggal dunia

Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim 1924-2010

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia, Tun Dr Fatimah Hashim, 85, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam hari Sabtu kerana sakit tua.

Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur pada Ahad di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan 6 anak.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Dis 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.

Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 Sept 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan naib presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

Sumber : BERNAMA


Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks