blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kebumi Kepala Mangsa Bunuh

Friday, January 8, 2010
TAMPIN, 8 Jan -- JEFRI (kiri) membawa kepala ayahnya yang dibungkus kain dan diletak dalam kotak selepas bedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk dikebumi di kampungnya, Gemencheh.


Anggota keluarga mangsa pembunuhan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Selasa lepas melihat kubur di mana keempat-empat mangsa termasuk kepala di kebumikan tanah perkuburan islam kampung itu di sini, hari ini.


Kaum keluarga mangsa pembunuhan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Selasa lepas membetulkan tanah kubur di mana keempat-empat mangsa termasuk kepala di kebumikan di tanah perkuburan islam kampung itu di sini, hari ini.

Kepala Ismail Awang dikebumikan kira-kira pukul 1.30 petang tadi dengan dihadiri kira-kira 20 orang termasuk ahli keluarga, penduduk kampung dan pihak media.

Kepala Ismail ditemui di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, kelmarin dan dibawa ke HTJS untuk bedah siasat dan ujian DNA.

Sumber : Bernama


icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 3 comments

Chopstik Tercucuk Dalam Otak Kanak-kanak


Li Jingchao mempelajari sebuah pengajaran yang berharga agar sentiasa berhati-hati apabila anda memilih sesuatu untuk mencucuk hidung anda, setelah satu operasi pembedahan dilakukan bagi membuang sebatang penyepit makanan daripada otaknya.

Menurut doktor, budak lelaki 14 bulan itu bermain-main dengan sebatang penyepit selepas dia terjatuh. Dia mula mencucuk sebatang kayu chopstik ke dalam hidungnya sehingga begitu dalam dan tertembus ke dalam otaknya.

"Ia masuk ke dalam otaknya, empat sentimeter penyepit berada di dalam tengkoraknya," Dr Sun Wei memberitahu CNN.

Ibu budak lelaki itu tidak melihat kejadian itu berlaku, tetapi berkata dia datang berlari apabila mendengar budak lelaki itu mula merengek.

"Saya sedang membasuh pinggan mangkuk. Saya berlari dan nampak dia terbaring di atas tanah. Dia tidak berhenti menangis dan saya ternampak sebatang penyepit makanan tersangkut di dalam hidungnya."

Pada mulanya ibu bapanya membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik tempatan, tetapi doktor teragak-agak untuk membuang penyepit itu, bimbang ia mungkin menyebabkan perdarahan yang teruk. Setelah didesak seorang ahli keluarga yang bimbang, ia menghulurkan bantuan dengan memandu ratusan batu ke Beijing di mana dia boleh dirawat dengan sempurna di sebuah hospital besar bandaraya.

"Saya hanya berfikir yang ia sudah tiada harapan, anak lelaki saya akan mati," bapanya, Li Guanglai berkata. "Semasa 10 jam memandu saya berasa tertekan. Saya hampir tidak bernafas. Saya memandang anak lelaki saya dan badan sebelah kanannya tidak bergerak. Dia telah lumpuh."

Doktor-doktor bedah di hospital itu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kepala budak lelaki dicukur sekiranya mereka perlukan untuk melakukan pembedahan bagi menghentikan pendarahan dalam otak. Bagaimanapun, apabila mereka cuba untuk menarik penyepit keluar, ia hanya meluncur keluar. Tiada pendarahan atau sebarang komplikasi.

Doktor menyatakan jika penyepit tercucuk jauh lebih dalam, ia boleh menimbulkan perdarahan yang banyak, dan jika ia telah termasuk lebih sedikit ke sebelah kiri atau kanan, budak lelaki boleh akan kekal lumpuh.

"Kedudukan penyepit itu adalah amat...amat bertuah untuk beliau," Doktor Sun berkata.

Sumber : www.digitaljournal.com

icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 3 comments

Dulu Kepala Lembu,Sekarang Bakar Gereja..






KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan kawalan keselamatan di semua rumah ibadat seluruh negara dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, tindakan itu susulan tiga kejadian gereja dibaling bom petrol dalam tempoh 24 jam semalam, masing-masing di Taman Melawati, Petaling Jaya dan Damansara.

"Siasatan rapi sedang dibuat berhubung kejadian ini, namun saya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu kalimah Allah itu.

"Kita juga sedang mengenalpasti pihak bertanggungjawab dalam kejadian ini. Namun, siasatan awal mendapati insiden itu tidak dirancang rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

Sumber : Bernama
Foto : KerabuBersuara


icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 0 comments

Kemaluan Tersangkut Dalam Paip


Seorang lelaki yang alat kelaminnya tersangkut di dalam sebatang paip keluli telah dibebaskan oleh skuad bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong logam, selepas para doktor gagal membebaskan alat kelaminnya.

Pasukan perubatan daripada Hospital Besar Southampton bergelut untuk mengeluarkan zakar lelaki itu daripada paip keluli, kerana aliran darah telah menyebabkan ianya terereksi.

Akhirnya, mereka meminta bantuan Pasukan Penyelamat daripada Hampshire.

Pasukan bomba dan penyelamat itu datang dengan satu unit kelengkapan khas daripada Jalan Stesen Mary di Southampton dan tujuh orang ahli penyelamat bagi membantu, daripada apa yang diberitahu oleh seorang jurucakap ia adalah satu 'operasi halus'.

Para pasukan penyelamat itu menggunakan pemotong logam industri berukuran empat setengah inci untuk memotong paip di sekeliling zakar lelaki yang sudah dibius.

Zakar itu akhirnya berjaya 'dibebaskan' dengan keadaan lebam dan bengkak, tetapi tidak mengalami kecederaan yang lain.

Lelaki yang berusia sekitar 40 tahun itu bagaimanapun tidak menjelaskan kepada kakitangan hospital bagaimana zakarnya boleh tersangkut pada paip itu. Dia hanya berkata kejadian itu 'cukup membimbangkan dan mencemaskan'.

Jurucakap Perkhidmatan Pasukan Penyelamat berkata: 'Ia satu operasi yang sangat halus, memerlukan satu kawalan yang tepat dan anak buah saya hanya risaukan jika ia menjadi terlalu panas semasa operasi keratan sedang dilakukan.

'Ia sudah pastinya satu panggilan yang luar biasa, dan saya pasti lelaki itu tidak akan mengulangi peristiwa itu lagi.'

Pengurus Greg Garrett daripada balai bomba Redbridge memberitahu akhbar harian Southampton, Echo: 'Saya pernah mengalami kejadian seperti ini tiga atau empat kali sepanjang 17 tahun saya berkhidmat sebagai ahli bomba. Ia bukannya kejadian yang kerap.'

Sumber : www.metro.co.uk


icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 6 comments

Wanita Amuk Di McDonald

Wanita itu membaling ke arah pekerja setelah tidak puas hati terhadap hamburgernya.


Ini kejadian kedua 'aksi ganas' di McDonald sejak kebelakangan ini, polis sedang memburu seorang wanita yang mengamuk di restoran makanan segera McDonald di Kansas City kerana beliau tidak suka akan hamburgernya.

Polis berkata tidakan wanita itu menyebabkan kerugian beribu dolar kerana kerosakan yang dilakukannya. Ia tidak berpuas hati kerana restoran tidak mahu membayar balik wangnya kerana setelah mendapati hamburgernya tidak sama seperti yang diiklankan.

Pekerja-pekerja restoran telah menawarkan bagi menggantikan hamburgernya, tetapi wanita itu enggan dan menuntut wang kembalinya.

Polis telah mengeluarkan satu rakaman videoCCTV yang menunjukkan wanita itu membaling satu papan tanda, mencurah sebaldi air ke arah kaunter, menolak sebuah kotak pameran kaca dan tiga mesin daftar tunai. Dia kemudiannya memaki hamun lalu meninggalkan tempat itu.




Jumaat lepas, seorang wanita di Toledo, Ohio menumbuk tingkap di kauter pandu lalu McDonald selepas dia menjadi berang kerana Chicken McNuggets sudah kehabisan.

icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks