
Puan Sri Salbiah Abdul Hamid balu kepada Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat menyiramkan air mawar ke atas pusara suaminya selepas selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khatab sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (kiri) dan Yang Dipertua Negeri Melaka,Tun Khalil Yaakob (empat kiri).

Puan Seri Salbiah Abdul Hamid balu kepada Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat tidak dapat menahan kesedihan semasa manghadiri majlis pengkebumian arwah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat diusung keluar dari kediamannya di Jalan Setiajaya Bukit Damansara untuk disempurnakan di sini, hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (kiri) menenangkan Nur Jazman Tan Sri Mohamed iaitu anak kedua Allahyarham Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat ketika melawat jenazah tersebut di kediamannya di Jalan Setiajaya Bukit Damansara di sini, hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melawat jenazah Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat yang kembali ke ramatullah akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Jalan Setiajaya Bukit Damansara di sini, hari ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) mendengar cerita Puan Seri Salbiah Abdul Hamid balu kepada Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat yang kembali ke ramatullah akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Jalan Setiajaya Bukit Damansara di sini, hari ini.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar juga meninggalkan tiga orang anak lelaki.
Sinonim dengan gelaran "Tok Mat" pemimpin veteran Umno itu terlibat selama 16 tahun memegang jawatan Menteri Penerangan sebanyak dua kali.
JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK 
>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<
kini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai 
Rahsia Handphone Murah Terbongkar
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!
Jika anda minat artikel ini :
