blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Nizar Terima Tajaan RM200,00 Untuk PAFA

Tuesday, December 29, 2009

IPOH, 29 Dis -- Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (berdiri enam, kiri) bergambar bersama jawatankuasa pengurusan dan pemain Liga Super Perak pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan Musim 2010 di sini, hari ini.


Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) bertukar dokumen penajaan jersi bola sepak Perak dengan Pengurus Besar Specs, Arif Wirawan pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan Musim 2010 di sini, hari ini.
Jersi terbaru itu telah mendapat tajaan daripada Specs Indonesia yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk jersi pasukan Liga Super dan skuad Piala Presiden Perak.

Sumber : Bernama

icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 0 comments

Hutang PBNJ Lebih RM900,000


BERITA TERKINI


Datuk Abdul Aziz Sapian

"Kita berharap Tan Sri tidak bercakap pusing-pusing. Kita (pentadbiran baru persatuan) berharap beliau dapat membersihkan persatuan daripada segala hutang-piutang yang ditanggungnya.

"Beliau boleh bertanya sendiri dengan kedua-dua pegawai itu tentang jumlah hutang PBNJ dan bukannya meminta laporan itu daripada kita (pentadbiran PBNJ yang baru)," katanya.

"Kita meminta beliau dan pentadbiran lama PBNJ dapat menyelesaikan hutang itu sebelum bermulanya saingan Liga Super pada 9 Jan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan persekolahan kepada anak-anak Orang Asli di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Selasa.

Sumber : Bernama


BERITA SEBELUM INI

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

"Jumlah hutang itu hanya melibatkan gaji pemain yang tertunggak dari dulu hingga akhir tahun ini dan bukannya hutang-hutang lain.

"Kita juga memahami masalah yang dihadapi para pemain apatah bagi mereka yang berkeluarga kerana mempunyai anak-anak yang akan memulakan persekolahan tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) KPJ Healthcare Bhd.

Sumber : Utusan



BERITA PBNJ ???


Maklumat terkini:

Hanya 7 pemain skuad 2009 yang tinggal

Khairul (C), Rizal Roslan, Izuan Jarudin, Boy GK dan Sairozi ke Johor fc.
Azrine Affendy ke Selangor
Saiful Nizam dan Yosri ke Pahang
Norazlan ke Kuala Lumpur
Hardi Ahmad ke Felda Utd
Shafiq ke ATM.

So team 2010 bakal berwajah baru under Nasir Yusor. Manakala pengurusan team under MSNJ.

Do something aku tak mahu 2011 Johor main kat liga perdana semula.

Sumber : jengking.com



icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 1 comments

Jenayah Melarikan Diri Mengejek Polis Di Facebook Semasa Krismas



Seorang banduan yang terlepas telah meraikan Krismas dengan mengejek polis dengan gambar-gambar dirinya di dalam Facebook.

Pada Hari Natal, Craig 'Lazie' Lynch, 28 , meletakkan sekeping gambar dirinya dengan hiasan krismas sambil menunjuk isyarat F**k dan memegang sepinggan ayam belanda.

Lynch melarikan daripada Suffolk Hollesley Bay Prison sejak September,walaupun ia menyembunyikan diri daripada pihak polis dia selalu mengemaskini pergerakan-pergerakannya melalui perkhidmatan perangkaian sosial itu.

Bersama sekeping foto Hari Natal dia menulis 'Jika ada antara meragui kebebasan saya. Ini buktinya. Bagaimana f*** boleh saya memegang seekor ayam belanda seperti ini di dalam penjara. ha ha.'('If any of you was doubtin my freedom. Here's proof. How the f*** could i get my hands on a bird like this in jail. ha ha.')

Dia turut berkata: 'Wah ia krismas yang bermakna ha ha i kepura-puraan. Aku tak percaya berjaya meraikannya F**k polis. beleive i berjaya f*** tha polis.('Wow it really is xmas ha ha i cant beleive i made it f*** tha police.')


Lynch bakal mengakhiri hukuman tujuh tahun penjara di atas kesalahan mencuri ketika dia melarikan diri dari penjara pada 23 September.

Minggu lalu ia memberitahu sedang berehat-rehat, makan 12lb stik dan merancang bagi menghadiri parti sambutan tahun baru di Lowestoft, Suffolk.

Dia juga bercakap besar kerana sentiasa selangkah mendahului polis yang sedang memantau halaman Facebooknya untuk melihat petunjuk dirinya.

Lynch jga mendedahkan yang dia telah merancang untuk pergi ke pusat membeli-belah Bluewater di Kent untuk membawa 'puteri kecil' bertemu Santa.

Kemudian dia mengemaskini dia berjalan melalui pusat membeli belah itu bersama Winnie The Pooh setinggi 4ft.

Hidupnya di dalam pelarian telah menarik 1,247 pengikut dalam Facebook.

Peminat-peminat turut menghantar mesej-mesej sokongan di Facebook, tetapi ada juga menghantar mesej-mesej menggambarkan dia seorang yang bodoh dan mewujudkan satu petisyen menggelar Craig 'Lazie' Lynch adalah LOSER!.

Lynch dikatakan mempyunyai hubungan-hubungan di kawasan Edgware Middlesex dan London Timur Laut. Dia di dakwa berpindah randah bagi mengelakkan polis.

Minggu lalu Suffolk Police menyatakan butirannya telah di masukkan dalam sistem Police National Computer dan pemeriksaan rutin itu berdasarkan alamat-alamat yang diketahuinya.

Jurucakap wanita polis berkata pegawai polis juga bekerjasama dengan pegawai-pegawai daripada Facebook bagi cuba untuk menangkap Lynch.

Sumber : www.dailymail.co.uk









icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 0 comments

Pelik, Aneh Dan Menarik Sepanjang 2009 - Siri 1


- Pegawai keselamatan di Kathmandu, Nepal menemui satu cara untuk mengelak pekerja-pekerja lapangan terbang supaya berhenti mengambil rasuah atau 'duit kocek'. Mereka mengeluarkan arahan supaya semua pekerja memakai seluar tanpa kocek!.

- Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dari Norway akhirnya terbabas ke dalam kolam air panas apabila polis mengesannya sedang mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya ketika sedang memandu melebih kelajuan 130 km/h ketika melalui zon had laju 100 km/j zon di sebuah lebuh raya di Oslo.

- Teknologi lama digunakan untuk teknologi baru. Di sebuah penjara Brazil, pengawal-pengawal penjara mendapati banduan-banduan memperolehi telefon bimbit yang diterbangkan oleh burung merpati yang diikat bersama-sama telefon bimbit.

- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 bulan secara tidak sengaja telah mendail satu nombor kecemasan semasa bermain dengan telefon rumahnya di Kanada. Apabila polis tiba, mereka telah menahan bapanya, yang telah menanam pokok marijuana di dalam rumah.

- Petani yang melayan baik lembu-lembu mereka, terutamanya dengan memberi nama-nama kepada mereka, diberi ganjaran dengan pengeluaran susu yang lebih tinggi, satu pasukan di Newcastle University di England mengeluarkan hasil tinjauan mereka.




icon-single-red-chevron JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK new1

icon-single-red-chevron>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<new1

icon-single-red-chevronkini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai new1

icon-single-red-chevronRahsia Handphone Murah Terbongkar

icon-single-red-chevron
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!





Jika anda minat artikel ini :
thanks1

thanks1
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks