Sekumpulan jemaah sedang menjalani program usrah dan tamrin (latihan fizikal) dan jungle tracking di lokasi rahsia di sebuah gunung. Di gunung itu, Ustaz Hambali @ Ruduan Isamuddin dan anak buahnya berkhemah. Mengikut maklumat risikan Barat,Hambali ada kepakaran membuat bom.
Ustaz Abu Bakar Basyir menubuhkan Jemaah Islamiah (JI) semasa dalam buangan di Malaysia pada 1993.Tapi di kalangan jemaah, Hambali dikenali sebagai seorang ustaz. Tiada siapa tahu latar belakang Ustaz Hambali. Mereka memasak dan makan bersama-sama tanpa ada perasaan curiga.
Aktiviti yang dijalankan itu dihadiri pensyarah universiti, mahasiswa, pekerja swasta dan orang awam. Antaranya Noordin Mat Top, Azahari Husin, Taufik Abdul Halim@Danny.
Ustaz Hambali@Ruduan Isamuddin kini ditahan di penjara Guantanamo, Cuba sejak Ogos 2003.Beberapa jemaah asing turut hadir sesi ceramah agama itu antaranya, Fathur Rahman al-Ghozy yang berasal dari Filipina. Fathur kerap berulang alik ke Filipina dan Malaysia untuk bertemu Ustaz Hambali dan pengasas JI, Ustaz Abu Bakar Basyir.
Dalam program usrah itu, Ustaz Hambali, ketua Jemaah Islamiah (JI) Malaysia banyak memberi ceramah tentang umat Islam yang tertindas di Palestin. Beliau yang berasal dari Sukumanah, Sukabumi, Indonesia menceritakan pengalaman misi jihadnya berperang melawan Soviet Union di Afghanistan sekitar 1998.
Dalam ceramahnya, beliau mahu umat Islam bangkit melawan Yahudi dan Amerika yang membelenggu umat Islam Palestin. Dia menekankan konsep jihad bagi membebaskan umat Islam yang tertindas. Laungan jihadnya disambut dengan takbir penuh bersemangat.
"Umat Islam akan menderita selagi kita semua tidak berjihad!" tekannya.
"Amerika, Israel dan konco-konconya perlu diajar!" tekan Ustaz Hambali lagi.
Program usrah itu tidak habis di situ sahaja. Lokasinya berpindah-randah. Kebanyakan penceramahnya adalah ustaz-ustaz yang didatangkan khas dari Indonesia. Usrah seterusnya, penceramah silih berganti. Antaranya penceramah jemputan ialah Ustaz Abu Bakar Basyir, pengasas Jemaah Islamiah.
Ustaz Abu Bakar bersama Abdullah Sungkar mengasaskan Jemah Islamiah semasa hidup dalam buangan di Malaysia selepas melarikan diri dari pemerintahan rejim Suharto pada tahun 1993. Turut Hadir memberi ceramah ialah Ustaz Abdul Aziz @ Imam Samudera, Ustaz Amrozi dan Ustaz Mukhlas. Di gunung itu, ustaz-ustaz dari Indonesia itu melaungkan JIHAD! JIHAD! JIHAD!.
Pengertian jihad ditekankan lagi oleh Ustaz Abu Bakar Basyir. Ustaz itu menekankan betapa pentingnya jihad bagi membebaskan umat Islam daripada belenggu kejahatan. Jemaah usrah yang hadir begitu bersemangat apabila disuntik semangat oleh penceramah-penceramah itu.
Fathur Rahman al-Ghozy turut terbunuh ketika cuba melarikan diri."Jihad itu wajib bagi umat Islam!" kata Ustaz Abu Bakar Basyir.
Ustaz Abu Bakar Basyir amat menekankan pentingnuya umat Islam berjihad di Iraq, Palestin, Filipina dan Chechen. Pengaruh Ustaz Abu Bakar Basyir semakin kuat di kalangan peserta usrah. Masing-masing melaungkan jihad dan becikan Amerika.
Tidak lama kemudian..
BOM! BOM! BOM!Pada 24 Disember 2000. bom yang diletakkan di dalam kotak hadiah Krismas dihantar ke gereja-gereja menyebabkan 19 terbunuh didalangi oleh pakar bom yang dilatih al-Qaeda, Fathur Rahman al-Ghozy atau dikenali sebagai Randy Ali. Fathur ditahan di Filipina sebelum melarikan diri pada Julai 2003 dan terbunuh apabila ditembak tiga bulan kemudian.
Amrozi,Mukhlas dan Imam Samudera yang pernah datang usrah juga didapati bersalah kerana melakukan pengeboman di kelab malam Bali, meragut 202 nyawa, kebanyakannya warga asing.
Ali Gufraron, Amrozi dan Imam SamuderaPemimpin JI iaitu Ustaz Hambali yang sering mengadakan ceramah di gunung dan kawasan perkelahan dituduh merancang untuk mengebom pesawat As, ditangkap di Thailand dan diserahkan kepada Amerika untuk dipenjarakan di Teluk Guantanamo pada Ogos 2003.
Abu Bakar Basyir pula dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun kerana bersalah dalam 'konspirasi menentang negara'. Dibeaskan pada Jun 2006 sebelum kesalahannya digugurkan selepas rayuan.
Pengebom Bali, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudera telah dihukum tembak sampai mati pada 9 November 2008.
Tetapi masih ada saki-baki yang bersama-sama dalam program usrah dan tamrin itu berjaya melarikan diri dan bersembunyi daripada dijejaki pihak berkuasa Indonesia..
SUDAH sembilan jam, puluhan anggota skuad antipengganas Densus 88 mengepung sebuah rumah kayu di tepi belukar di Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Anggota skuad terhidu rumah persembunyian suspek itu setelah menangkap dua pengikut setia Noordin Mat Top di kawasan kubu kuat Jemaah Islamiah (JI) beberapa hari lalu.
Anggota elit yang lengkap dengan kereta kebal meminta Noordin dan suspek yang bersembunyi dalam rumah kayu itu supaya menyerah diri. Tetapi selepas arahan menyerah diri tidak diendahkan, skuad terus memuntahkan peluru sebaik memasuki waktu subuh. Bunyi dentuman tembakan kereta perisai dan letupan senjata api memecah kesunyian.
Rumah kayu dipercayai tempat persembunyian suspek itu hampir hancur terkena ledakan peluru. Serangan waktu subuh pada 17 September 2009 itu berakhir dengan empat suspek terkorban termasuk Noordin Mat Top. Mayat Niirdin Mat Top ditemui dalam keadaan matanya tertutup, mulut ternganga dan kocek berisi peluru. Tiga lagi mayat adalah pakar bom, Bagus Budi Paranotom Ario Sudarso dan penyewa rumah itu, Susilo.
Jenazah Noordin Mat Top ketika dihantar pulan kembali ke Malaysia.Menurut Agensi, Noordin Mat Top dikatakan telah memasang bahan letupan di badannya sebelum meletupkan dirinya bagi mengelakkan ditangkap pihak berkuasa. Dua lelaki turut ditahan selain isteri Susilo, Puteri Munawarah 20 yang hamil dan dimasukkan ke sebuah hospital di Solo. Skuad antipengganas turut menemui senjata M-16, bom tangan serta 200 kilogram bahan letupan yang disimpan dalam lapan guni.
Kematian Noordin telah menamatkan pemburuan ke atas suspek kelahiran Malaysia yang dikatakan terlibat dalam beberapa siri keganasan di republik itu sejak awal alaf ini termasuk letupan ke atas sebuah kelab malam di Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 pengunjung, kebanyakannya warga Australia.
Noordin dikatakan turut terlibat dalam beberapa serangan ke atas kepentingan Barat termasuk Amerika Syarikat di Indonesia serta letupan trak ke atas kedutaan Australia.
Sumber : Mastika
JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK 
>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<
kini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai 
Rahsia Handphone Murah Terbongkar
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!
Jika anda minat artikel ini :
