Berita paling tak masuk akal!!
Gila betul..
Tentera yang bertanggungjawab jaga negara boleh jual negara,
SPRM senyap menyepi tanpa sebarang kenyataan,
Menteri yang bertanggung jawab simpan cerita 2007..sekarang baru keluar,
Apasal?..Takut kalah PRU 12 hari tu ke..
Sama-sama kita tunggu apa laporan siasatan masalah negara ini akan keluar..
Sejak 2007-????...ya..sama-sama kita tunggu!!Oh...MALAYSIA tanah air ku..
:Author Faethal
Rupa Enjin Jet F 135 (bukan F-5E) Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM# 26 Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar
# 1 November 2007 - enjin kedua dihantar keluar
# Mei 2008 - enjin disedari hilang
# 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat
# 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
# 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan
# 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.
Rupa dalaman enjin Northop F-E5 BERITA GILAKUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.
Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.
Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara.
Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah
syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.
APA KATA PEGUAM NEGARA?Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.
Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.
"Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini," - Abdul Ghani Patail.
APA KATA MENTERI PERTAHANAN (ketika itu..)"Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.
"Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit...
bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun," - Najib Tun Razak
Sumber : Berita Harian
JANA PENDAPATAN HANYA DENGAN KLIK 
>>Terbaru!!! PASTI MELETUP!! DAN MENGGEGARKAN!!<<
kini semakin MENDAPAT PEHATIAN ramai 
Rahsia Handphone Murah Terbongkar
PENDEDAHAN PERTAMA DI MALAYSIA!
Jika anda minat artikel ini :
