
JELEBU, 12 Dis -- Pemandu lori tangki Shamsulkahar Bahudin, 36, maut dalam tragedi ngeri apabila lori yang dipandunya meletup setelah terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi tadi, tiga orang termasuk adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam kejadian itu apabila lori tangki yang dipandunya dalam perjalanan dari Port Dickson untuk menghantar bekalan minyak di Kuala Klawang, menghadapi masalah brek di KM13 ketika sedang menuruni jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga.
Mayat pemandu lori itu ditemui pada pukul 10 pagi dan adik beradik itu ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian.
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jelebu mengangkat mayat mangsa rentung dalam tragedi ngeri apabila sebuah lori tangki minyak meletup setelah terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang di sini, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi tadi, tiga orang iaitu pemandu lori dan adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam kejadian itu apabila lori tangki yang dalam perjalanan dari Port Dickson untuk menghantar bekalan minyak di Kuala Klawang, menghadapi masalah brek di KM13 ketika sedang menuruni jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga.
Mayat pertama iaitu pemandu lori terbabit ditemui pada pukul 10 pagi dan adik beradik itu ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian.
Mariani Chembeng (tiga, kiri) ibu kepada dua adik beradik Mohd Hafiz Hanapiah, 7, dan kakaknya Anisah, 14, yang maut dalam tragedi ngeri ditenangkan oleh anggota keluarganya di Kampung Ulu Klawang.
Dalam kejadian pada 9 pagi tadi, tiga orang termasuk pemandu lori Shamsulkahar Bahudin, 36, rentung apabila lori tangki minyak yang dipandunya meletup setelah terbabas dan merempuh rumah Mariani.
Ketika kejadian adik beradik yang dipercayai sedang tidur itu, tercampak akibat rempuhan kuat dinding bilik mereka.
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jelebu berusaha memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah lori tangki minyak terbabas dan meletup di sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang.
Anda mungkin meminati ini..
Berita TERGEMPAR "Big Bang Theori"