blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tahniah Harimau Malaya, Malaysia (2) - Thailand (1)

Friday, December 11, 2009


PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan sejurus tiupan wisel pengadil menamatkan perlawanan bola sepak lelaki menentang Thailand pada Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di Vientiane, Laos, hari ini. Malaysia menewaskan juara bertahan Thailand 2 -1 untuk mara ke pusingan separuh akhir. - Foto Bernama

Pasukan bola sepak Malaysia telah layak ke separuh akhir Sukan SEA setelah menewaskan Thailand 2-1.

Thailand menjaringkan gol pertama oleh Arthit Sunthornphit , tujuh minit selepas separuh masa pertama berlangsung berpunca daripada satu sepakan percuma.

Sembilan minit sebelum tamat perlawanan sepenuh masa, Nasriq Baharom menjaringkan gol dari jarak jauh selepas satu hantaran lintang yang cantik daripada sebelah kiri oleh Azmi Islam untuk menyamakan jaringan dan memberikan Malaysia harapan semula.

Pada minit yang ke-90, Ahmad Fakri Saarani mengesahkan perlawanan itu menjadi milik Malaysia, gol hasil daripada percaturan sebelah kanan oleh Norshahrul Idlan Talaha menjadikan gol 2-1 dan disambut dengan kegembiraan oleh semu pemain.

Vietnam juga layak selepas kemenangan selesa 6-1 ke atas Kemboja.


Anda mungkin meminati ini..
Berita TERGEMPAR "Big Bang Theori" MISTERI
Read Full 0 comments

Spiderman Naik Bas Elak Bayar Tambang


Seorang penumpang telah dilihat memegang dengan kuat bahagian belakang sebuah bas awam hampir setengah jam bagi mengelak daripada membayar tambang.

Seorang saksi di selatan China, wilayah Guangdong berkata dia kagum melihat lagak ngeri lelaki itu semasa keadaan lalu lintas yang sibuk di bandar Humen Beizha.

Yang Dongwan berkata: "Keadaan lelaki yang berkemeja putih, dengan dua tangan berpaut pada kekisi lubang udara di bahagian belakang bas, dan kakinya memijak 'bumper' belakang bas itu menyebabkannya kelihatan seperti seekor katak atau spiderman."

Yang turut berkata yang ia hanya sempat mengambil satu gambar, kerana bas itu bergerak pada kelajuan 60kph, tetapi kerana sangat kagum dia terus mengikuti bas itu.

"Selepas sejauh 4 km saya mengikuti lelaki itu, lelaki itu tetap berada pada kedudukan yang sama sepanjang perjalanan."

Seorang jurucakap syarikat bas berkata, laluan keseluruhan bas itu mengambil sekitar dua jam setengah, dan tambangnya adalah 15 Yuan (RM 7.50).

"Ia tidak berbaloi membahayakan keselamatan diri demi untuk berjimat 15 Yuan," katanya.

Sumber : www.ananova.com


Anda mungkin meminati ini..
Berita TERGEMPAR "Big Bang Theori" MISTERI
Read Full 0 comments

Lelaki Tertelan Alat Kawalan Jauh TV

X-ray Huang Chen menunjukkan kedudukan alat kawalan jauh TV itu.

Pasukan perubatan di China tidak dapat menemui punca mengapa seorang pelajar yang mabuk mengalami kesakitan di bahagian punggungnya - sehinggalah x-ray menunjukkan ada sebuah alat kawalan jauh televisyen tersangkut di punggungnya.

X-ray yang mengagumkan itu menunjukkan Huang Chen, 19 tahun mempunyai alat kawalan jauh TV di bahagian atas punggungnya.

Polis percaya ia sebahagian daripada satu usikan daripada oleh teman rumahnya pada Chen apabila ia pengsan kerana mabuk selepas 'minum' di Changsha, selatan China.

'Kami tidak tahu dari mana hendak bermula. Terdapat pendarahan sedikit tetapi dia mengatakan apa-apa berkaitan alat kawalan jauh. Kami sungguh tidak percaya sehinggalah jkami melihatnya sendiri pada gambar X-ray,' kata Dr Wei Lung Zhi daripada Hospital Hunan Hangtian.

'Dia berada dalam keadaan stabil buat masa ini, tetapi alat kawalan jauh itu pastinya telah rosak,' tambahnya lagi.

Sumber : www.metro.co.uk
Anda mungkin meminati ini..
Berita TERGEMPAR "Big Bang Theori" MISTERI
Read Full 0 comments

Patung Obama Di Indonesia RM37,100

Aku memang dah LAMA tak PELIK dengan Negara Islam Indonesia ni..
:Author Faethal

INDONESIA memperingati 'Little Barry' Obama dengan melancarkan patung gangsa Presiden Amerika Syarikat itu ketika berusia 10 tahun.
Obama menerima Hadiah Nobel Keamanan, semalam. Patung Obama ketika kanak-kanak yang berseluar pendek dan kemeja-T, dipamerkan di sebuah kawasan di Jakarta tempat beliau pernah bermain ketika masih kanak-kanak.
Patung berharga 100 juta rupiah (RM37,100) itu, diukir berdasarkan gambar Obama yang diambil ketika usia mudanya, menunjukkan pemimpin masa depan dunia itu memakai rantai besar dengan seekor rama-rama di tangannya. - Foto AFP









Anda mungkin meminati ini..
Berita TERGEMPAR "Big Bang Theori" MISTERI
Read Full 0 comments

Dipenjara Setahun Kerana Kencingkan Kepala Polis

Daniel L. Shilts Jr. of Waldo

SHEBOYGAN, Wis. - Seorang lelaki yang mengencingkan seorang pegawai polis semasa ditahan untuk kali kelima memandu dalam keadaan mabuk telah dihukum setahun dalam penjara.

Rekod mahkamah yang dikeluarkan Rabu lalu menunjukkan Daniel L SHILTS JR. Waldo yang berumur 36 tahun turut didenda kira-kira $3,600 (RM 12,000) dan telah ditarik lesen memandunya untuk tiga tahun.

Sheboygan Press melaporkan, Shilts telah ditahan pada bulan November 2008 di Plymouth selepas seorang pegawai melihat kenderaannya melanggar sebatang tiang di sebuah stesen minyak.

Shilts juga gagal dalam ujian pernafasan. Sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis, ia sempat membuang air kecil di belakang kereta peronda dan simbah ke kepala seorang pegawai polis.

Peguam pembela Chris Eippert menyatakan dia berfikir hukuman itu adalah sesuai bagi membantu Shilts dengan masalah alkoholi akuinya.

Anda mungkin berminat ini..
Berita TERGEMPAR "Big Bang Theori" MISTERI
Read Full 0 comments

kenyataan YB Nga Diputarbelitkan Demi Agenda Politik Sempit Bersifat Chauvinistik Perkauman

YB Ngar Kor Ming

Saya dapati kenyataan beliau tidak seperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.
Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah 'ibadah bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid.

Pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.

Beliau sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam saperti sekolah agama dan masjid.
Malahan YB Ngar Kor Ming dan lain-lain pemimpin DAP menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.
Selanjutnya

Lihat juga :
Benarkah ia WUJUD atau sekadar KHAYALAN di alam mistik?ANEH
Read Full 0 comments

Tawaran Istimewa Kepada BLOGGER !!


HEADER STATIK

Melz-Animation
HEADER ANIMASI


WASD1-ANIMATION
HEADER TERKINI BERSAMA ANIMASI


Salam semua!!
Sempena penutup tahun 2009 ini. Blogger Author Faethal ingin memberikan sesuatu kepada teman Blogger yang TERPILIH!!. (Yang berminat sahaja..)

Jika perasan perubahan HEADER blog ini telah di'animasi'kan menggunakan photoshop, bagi menampakkan kelainan sempena bakal menyambut 2010.

Ya! Photoshop..tak kisah la CS2, CS3 atau CS4. (Bukan software flash..)

Sebelum ini pun memang biasa menggunakan photoshop sekadar untuk mengedit gambar. Tapi kali ini bagi mengasah skill maka, saya berbesar hati untuk MEMBANTU para blogger sekalian membuat HEADER ANIMASI.

Ya! Saya yang BUATKAN
, contoh seperti HEADER blog MELZ yang saya telah ubah suai (psst..sori Melz. Copy HEADER untuk contoh!) seperti di atas!!

Tapi saya hanya memilih 3 blogger sahaja!!

BAGAIMANA CARANYA:
1. Isi maklumat di komen posting ini :
-Nama anda (nick blogger pun boleh)
-Alamat blog anda (ye la..nak nengok gak header tu kan..)
-IP adress ANDA (Ini paling PENTING..)

2. Klik IKON di bawah!!
-Setiap JUMLAH klik akan dikira berdasarkan IP
Hanya 3 pemilik IP yang meng'klik' terbanyak sehingga 25 Disember 2009 akan saya pilih!!
Klik apa?

Klik ikon seperti di bawah!!

SUPPORT-Animasi

3.Jika ada yang BERMINAT dan register dgn saya.
(Diulang..jika BERMINAT, tidak WAJIB)
-Akan dapat bonus ebook Photoshop BERBAHASA MELAYU yang saya pernah beli suatu ketika dahulu.
(psst..HEADER ANIMASI ini pun saya rujuk ebook tersebut)
-Jika sudah DAFTAR, email kan saya alamat email anda dan dapatkan ebook ini percuma!!
(Saya beli pada harga RM 80...hmm)

Sebarang PERTANYAAN letak pada komen posting ini.
TERIMA KASIH!!

:Author Faethal



Lihat juga :
Benarkah ia WUJUD atau sekadar KHAYALAN di alam mistik?ANEH
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks