blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Cahaya Aneh Di Langit Norway Timbulkan Misteri

Thursday, December 10, 2009

Satu cahaya berwarna biru-hijauan yang dikesan di Norway telah tercetus satu misteri, dengan ada andaian yang mengatakan ia mungkin daripada ujian peluru berpandu.

Norway Metrological Institute telah menerima ratusan panggilan telefon daripada pemerhati-pemerhati yang keliru tetapi setakat ini masih belum dapat dikenal pasti.

Beberapa pakar telah meramalkan bahawa fenomena ini terjadi mungkin disebabkan oleh pelancaran roket Rusia. Bagaimanapun, kedutaan Rusia menegaskan itu adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali .

Meteorologis, ahli-ahli astronomi, atau Angkatan Bersenjata itu belum dapat merungkaikan perkara itu.

Cahaya itu telah ditangkap oleh seorang jurugambar amatur, Jan Petter Jorgensen ketika ia dalam perjalanan ke kilang ikan salmon.

"Cahaya itu muncul selama 2-3 minit. Saya tidak dapat mempercayai mata saya,saya menjadi menggigil kerana terlalu terkejut", En Jorgensen berkata.

Morten Kristiansen, yang melihat fenomena cahaya itu daripada Sortland, Norway utara, menambah: " Gegelang besar muncul dan kemudian kembang, lalu satu serpihan pancaran berwarna hijau jatuh kebumi, "katanya.

Sumber : www.telegraph.co.uk

Lihat juga :
Benarkah ia WUJUD atau sekadar KHAYALAN di alam mistik?ANEH
Read Full 1 comments

Lelaki Menyamar Seperti Ibunya Untuk Curi Daripada Akaun Bank


Seorang lelaki di New Jersey menyamar sebagai ibunya demi melakukan cubaan untuk mengeluarkan wang daripada akaun banknya.

Tita Nyambi berumur 25 tahun, memandu sehingga ke tingkap pandu lalu di bank tersebut lalu menyerahkan lesen memandu ibunya dan satu sekeping borang pengeluaran palsu.

Pekerja bank segera perasan kelainan itu dan berasa sangsi dengan lelaki yang berpakaian pakaian wanita. Lalu mereka bercakap dengan suara nyaring ia bukan Puan Nyambi, dan memanggil polis.

Menurut saksi, Nyambi memakai blaus merah jambu milik ibunya, beserta kot hitam dan tudung kepala.

Dia masih berada di bank itu apabila polis tiba dan menahannya. Dia telah dibawa ke penjara, dan dituduh dalam pemalsuan dan mencuri dengan penipuan.

Sumber : www.metro.co.uk
Read Full 0 comments

Nizar Lancar PERAK DARUL KARTUN Ahad Ini

Perak Darul Kartun,Dapatkan Perak Darul Kartun di mana
PERAK DARUL KARTUN
Harga RM10 setiap naskhah.
Beli secara online melalui website cartoonkafe.com atau
hubungi terus pejabat kami 03-22344931.
DAPATKAN SEKARANG !!



PELANCARAN Komik PERAK DARUL KARTUN

Tarikh : 13 Disember 2009
Hari : Ahad
Masa : 4.00 ptg

Lokasi : Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa,
No 2, Lorong Perak,Pusat Bandar Taman Melawati,
Hulu Kelang, Kuala Lumpur.


Dilancarkan oleh : 1. Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
2. Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.

DATANG BERAMAI-RAMAI!!

Lihat juga :
Benarkah ia WUJUD atau sekadar KHAYALAN di alam mistik?ANEH
Read Full 0 comments

SMM Bakal Dedah Rakaman 'PERKAUMAN' BTN

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Pengerusi,
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merangkap Presiden PMIUM


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara “berbau perkauman” bagi mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur “doktrinisasi perkauman dan politik”.

“Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar Shazni Munir Ithnin selaku pengerusi.

Beliau bercakap kepada media selepas sidang media koalasi mahasiswa berkenaan bagi membantah kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal.

Rakaman tersebut dimaklumkan diambil daripada mahasiswa yang mengikuti BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dan layak mendapat biasiswa kerajaan.

Selanjutnya
Read Full 0 comments

Bak Kut Teh HALAL?

Venue: Tesco Setia Alam
Date : 15/11/2009
Time : 5.15PM


Ini bukan fowarded e-mel.
Nih gambar yang aku snapped sendiri Ahad lepas.
Ahad lepas gi shopping di Tesco Setia Alam.
Di bahagian mee segera... ada sorang promoter masak Maggi perasa Asli Pedas yang baru. Boleh tahanla rasanya..
So carikla megi tuh di rak.... but....... nak tau apa aku jumpa??


Sejak bila BAK KUT TEH jadi HALAL?
Selanjutnya

Kredit : ismnanie1651.blogspot.com
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks