blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kadbod Cermin Depan Membeku Mata Pemandu Trak

Wednesday, December 9, 2009

Seorang pemandu trak telah ditarik lesennya, selepas dia bersalah kerana memandu dengan kelajuan 800km (500 batu) di sebuah lebuh raya dengan hanya bertutupkan sekeping kadbod bagi melindungi cermin depannya yang pecah.

Sing Li, 24, memandu trak dengan mengeluarkan kepalanya daripada tingkap pemandu. Malangnya, ia menyebabkan keadaannya menjadi 'beku' - apabila dia telah ditahan di Henan, timur China, bukan sahaja salah satu matanya tidak boleh dibuka kerana beku, tetapi kepalanya juga menjadi biru kerana kesejukan.

"Saya tidak mahu tertinggal trip jadual penghantaran saya, tetapi saya tidak mempunyai duit untuk membaiki cermin itu" dia memberitahu mahkamah.

Sumber : www.metro.co.uk
Read Full 1 comments

Dapatkan Majalah 'Off The Edge' bulan Disember 2009


Wawancara Anwar Ibrahim Bersama Off The Edge. Dapatkan SEKARANG!!









Read Full 0 comments

Asyik Bermain Mesin Judi Terlepas Rompakan Bersenjata

Ketika salah seorang perompak melompat masuk ke kaunter penerima taruhan, seorang lelaki (bulatan) leka bermain mesin slot judi

Bila anda yakin permainan yang anda main akan memberikan keuntungan, mata anda hanya tertumpu pada hadiahnya sahaja. Sehinggakan seorang lelaki yang sedang asyik bermain mesin slot judi ini tidak sedar dengan rompakan bersenjata yang berlaku tidak jauh daripadanya.

Tiga lelaki yang bersenjatakan tukul dan sebatang tuil besi mengancam seorang pekerja wanita di sebuah kedai judi sebelum melepaskan diri dengan wang tunai - di belakang seorang lelaki yang asyik bermain mesin judi.

Semalam, dua daripada perompak-perompak itu dipenjarakan kerana terlibat dalam siri rompakan dalam timur laut, termasuk kejadian di Ladbrokes, Kenton, Newcastle.

Thomas Reay, 28, Newcastle, dihukum penjara selama-lamanya dan harus berkhidmat enam tahun sebelum dipertimbangkan untuk dibebaskan. Rakannya, Alan Tams, 32, dari Timur Denton, dipenjarakan selama tujuh tahun di Newcastle Crown Court.

Lelaki ketiga, Shaun Ovington, akan disebut pertuduhannya kemudian.
Read Full 1 comments

Perak Darul Kartun


Dari : Gedung Kartun

Memandangkan tidak ada respon positif dari pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartun, Sepakat Efektif terpaksa meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain. Kami dengan ini mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK).

Kenapa kami memilih buku? Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya.

PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com.

Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis.

Kami percaya kartunis bukan sahaja berperanan mengenengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggung jawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik.

Kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Dan pendirian itu harus diterjemahkan dalam karya.

Sehubungan itu, kami akan terus menghasilkan kartun-kartun alternatif dari masa ke semasa biar pun menghadapi berbagai rintangan.

Kandungan

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu, turut dimuatkan ialah ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” yang memaparkan kritikan pedas terhadap isu semasa, tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus. Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.
PDK juga menyiarkan komik empat belas muka surat karya ahli akademik dan sejarawan Dr Farish Noor bertajuk “Istana Kita”.

Sasterawan Negara, A. Samad Said menyumbangkan puisi tajamnya mengkritik pemimpin yang cakap tak serupa bikin sementara penyair Pyanhabib terus menulis di dalam kolumnya (seperti di dalam majalah Gedung Kartun) yang diberi nama “Racau”.

Aktivis Hishamuddin Rais menulis cerpen ‘Riwayat Tok Seri Jantan Takubin” dan seniman Rahmat Haron membongkar kisah misteri “Siri Bercakap Dengan Puaka”.

PDK juga menampilkan peguam muda Puspa Ros menulis tentang undang-undang di dalam kolumnya “Dari Meja Loyar” yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tenaga Kreatif

1. Ketua Editor/founder: Zunar (Zulkiflee Anwar Haque)
2. Ronasina (Mohd. Affandi Ramli): Editor, kartunis
3. Jonos (Nor Azlin Ngah): Ketua Pelukis/Kartunis

4. Art (Azhar Saad): Kartunis, Pelukis Cover

5. Orangorang (Azlan Isa): Kartunis dan colourist

6. Naza (Nazruddin Abu Bakar): Pereka Grafik Kanan

Kartunis penyumbang: Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Penulis penyumbang/kolumnis: A Samad Said, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.
Read Full 0 comments

Pelajar Mati Makan Gula Getah Meletup


Agensi berita Rusia Ria Novosti melaporkan seorang pelajar kimia berumur 25 tahun dijumpai mati dengan rahangnya terkoyak ketika dia membuat tugasan-tugasan komputer, kejadian berlaku di rumah ibu bapanya di bandar Konotop, Ukraine.

"Satu bunyi letupan yang kuat telah kedengaran dari bilik pelajar," pembantu ketua polis bandar raya memberitahu ukranews.com.

"Bila saudaranya memasuki bilik itu, mereka melihat bahagian bawah daripada muka pemuda itu telah diterbangkan."

Mangsa yang menuntut di Ukraine Kiev Polytechnic Institute dan diketahui mempunyai tabiat memakan gula getah yang dicecah bersama asid sitrik.

Ria Novosti juga melaporkan polis menemui dua bungkusan, satu berisi asid sitrik dan satu berisi “beberapa jenis bahan letupan” di sebuah meja dalam bilik ibu bapanya.

Mereka percaya dia mungkin tersilap dengan dua bungkusan itu, lalu telah mencecah gula getah dengan bahan letupan itu dan bukan dengan asid sitrik.

Pakar forensik akan dibawa daripada Kiev untuk menyiasat bahan ini esok, pihak berkuasa khuatir ia mungkin meletup jika diangkut.
Read Full 0 comments

Isteri Boleh Pukul Saya Seminggu Sekali


BEIJING, Dis. 8 -- Seorang lelaki di Chongqing memaksa isteri yang ganas untuk menandatangani satu perjanjian yang melarang dia daripada memukulnya lebih daripada sekali seminggu.

Zhang, 32 tahun, berkata isterinya, yang dikahwininya enam bulan lepas, sering memukulnya walaupun mengenai isu-isu yang remeh.

Zhang berkata bapa mentuanya setuju dengan idea perjanjian itu.

Sumber : Xinhua
Read Full 0 comments

Konvensyen Pakatan Rakyat kali - PERTAMA


BAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.

Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.

Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks