blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kisah Yahudi US, Pindah ke Israel dan Masuk Islam

Monday, December 7, 2009
Yousef al-Khattab sekeluarga

Pada tahun 1998, Joseph Cohen seorang Yahudi Ortodoks kelahiran AS hijrah ke Israel kerana keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yudaisme. Ia kemudian tinggal di pemukiman Yahudi Gush Qatif di Gaza (Israel mundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005).

Cohen tak pernah menyangka bahawa perpindahannya ke Israel akan membawanya kepada cahaya Islam. Setelah tiga tahun menetap di Gaza, Cohen memutuskan untuk menjadi seorang Muslim setelah ia bertemu dengan seorang syeikh asal Uni Emirat Arab dan berdiskusi tentang teologi dengan syeikh tersebut melalui internet. Setelah memeluk Islam, Cohen mengganti namanya dengan nama Islam Yousef al-Khattab.

Tidak lama setelah ia mengucapkan syahadat, isteri dan empat anak Yousef mengikuti jejaknya menjadi Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif berdakwah di kalangan orang-orang Yahudi, meskipun ia sendiri tidak diterima lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihatnya masuk Islam.

"Saya sudah tidak lagi berhubungan dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan identiti ke-Yahudi-annya. Kami tidak punya pilihan lain, selain memutuskan hubungan untuk saat ini. Kata-kata terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka menuduh saya barbar," kata Yousef tentang hubungan dengan keluarganya sekarang.
Ia mengakui, berdakwah tentang Islam di kalangan orang-orang Yahudi bukan pekerjaan yang mudah. Menurutnya, yang pertama kali harus dilakukan dalam mengenalkan Islam adalah, bahwa hanya ada satu manhaj dalam Islam yaitu manhaj yang dibawa oleh Rasululullah saw yang kemudian diteruskan oleh para sahabat-sahabat dan penerusnya hingga sekarang.

"Cara yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan yang membezakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah semata," ujar Yousef.

"Islam bukan agama yang rasis. Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan perkataan Rasulullah saw. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi Allah semata, untuk melawan mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah tanah air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita, misalnya ideologi demokrasi," sambung Yousef.

Ia mengatakan bahawa dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan Islam. Perbezaan utamanya dalam masalah tauhid. Agama Yahudi, kata Yousef percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi. Orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi mereka.

"Yudaisme adalah kepercayaan yang beeteraskan pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang berteras pada al-Quran dan Sunnah. Dan keyakinan pada Islam tidak akan pernah berubah, di semua masjid di seluruh dunia, al-Quran yang kita dengarkan adalah al-Quran yang sama," ujar Yousef.

Lebih lanjut ia mengatakan bahawa Yahudisme di sisi lain berpandukan kepada "tradisi oral" misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Para rabbi sendiri, kata Yousef mengakui, banyak hal yang sudah orang lupa sehingga kesahihan kitab tersebut boleh dipersoalkan.

Yousef mengungkapkan, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi naskah asli. "Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang boleh menghafaz al-Quran dari generasi ke generasi. Allah memberkati kita semua dengan al-Quran," tegas Yousef. Meski demikian, ia meyakini dialog adalah cara terbaik dalam berdakwah terutama di kalangan Yahudi.

Ditanya tentang kelompok-kelompok Yahudi yang mengaku anti-Zionis. Yousef menjawab bahawa secara peribadi mahupun dari sisi keagamaan, ia tidak percaya dengan Yahudi-Yahudi yang mengaku anti-Zionis. "Dari sejarahnya saja, mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar kesepakatan. Mereka membunuh para nabi, oleh sebab itu saya tidak pernah percaya pada mereka, meski Islam selalu menunjukkan sikap yang baik kepada mereka," katanya.

Yousef menegaskan bahwa pernyataannya itu bukan untuk membela orang-orang Palestin ataupun atas nama sebagai seorang Muslim. Pernyataan itu merupakan pendapat peribadinya. "Allah Maha Tahu," tegasnya.

Sebagai orang yang pernah tinggal di pemukiman Yahudi di wilayah Palestin, Yousef mengakui adanya diskriminasi yang dilakukan pemerintah Israel terhadap Muslim Palestin. Yousef sendiri pernah dipukul oleh tentera-tentera Israel meskipun tidak seburuk perlakuan tentera-tentera Zionis itu pada warga Palestin.

"Saya masih beruntung, penderitaan yang saya alami tidak seberat penderitaan saudara-saudara kita di Afghanistan yang berada dibawah penjajahan AS atau saudara-saudara kita yang berada di kem penjara AS di Kuba (Guantanamo)," tambahnya dengan rasa syukur.

Allah memberikan hidayah pada umatnya, kadang dengan cara yang tak terduga. Seperti yang dialami Cohen atau Yousef yang memeluk Islam setelah berpindah ke wilayah pendudukan Israel di Gaza.

Sumber : (ln/readingislam)
Read Full 0 comments

Lelaki HIV Suntik Darah Sendiri Pada Isteri

HIV,pulakdah,Virus HIV

Seorang lelaki New Zealand yang mengidap HIV positif telah telah mengaku mecucuk darahnya kepada isteri ketika ia sedang tidur dan menjangkiti dia dengan virus yang boleh menyebabkan Aids.

Dipercayai lelaki itu mahu isterinya mendapat penyakit itu supaya dia dapat mengadakan hubungan seks dengannya sekali lagi,menurut laporan New Zealand Star-Times menyatakan.

Dokumen-dokumen mahkamah memperincikan bagaimana lelaki 35 tahun itu, dua kali menyuntik isterinya berumur 33 tahun dengan sebatang jarum jahitan yang tercemar dengan darahnya.

Si suami mendapati dia HIV-positif - tetapi isterinya dan anak-anaknya tidak - semasa pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ke atas mereka apabila keluarga itu tiba di New Zealand pada 2004.

Wanita itu berkata dia mengekalkan hubungan perkahwinannya demi anak-anak.

Tetapi dia enggan untuk mengadakan hubungan seks dengan suaminya kerana takut berjangkit.

Dalam dokumen-dokumen mahkamah, isterinya menggambarkan bagaimana, pada bulan Mei, 2008, dia melihat seperti kesan di sengat pada paha kirinya dan dua hari kemudian dia bangun dan rasa kepedihan pada kakinya.

Beliau berkata: "Saya bangun... dan saya menguis selimut-selimut itu... Saya memandang (suami) dan dia sedang berjaga."

Isteri itu bertanya jika dia ada membuat apa-apa padanya dan suaminya berkata, 'Tidak'. Tetapi dia kemudian menemui bukti "darah menyembur" pada cadar, menurut beliau suaminya cuba untuk merahsiakan sesuatu daripadanya.

Semasa satu pemeriksaan kesihatan biasa empat bulan kemudian, doktor telah mengesahkan dia HIV-positf.

Wanita itu telah mendesak suaminya, dan akhirnya dia mengaku telah 'mencucuknya' dengan sebatang jarum yang ada kesan darahnya.

"Dia hanya berkata menyesal dengan perbuatannya. Katanya, 'Saya mencucuk jarum itu kerana saya mahu anda menjadi serupa sepertiku, anda boleh hidup dengan saya dan anda tidak akan meninggalkanku'," beliau berkata.

Suami itu telah mengaku dengan sengaja menjangkiti orang lain dengan penyakit itu dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dalam apabila kes ini disebut Mahkamah Tinggi Auckland tahun depan.
Read Full 2 comments

Sebab Puak Gerombolan Takut Dengan Doa Tok Guru

Apa nak jadi dengan Akhbar Utusan Meloya ni?
Dulu buang cop Dacing BN..

Sekarang buang Hadith pulak
Parah...
:Author Faethal

Dulu..



Kini..

Antara Doa & Hadith

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.

Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”.

Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”.

Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah.

Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.

Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam.

Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.

Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.

Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”.

Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.

Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri.
(Utusan Malaysia telah membuang petikan di atas daripada artikel Minda Dr. Maza dalam ruangan Bicara Agama, Mingguan Malaysia pada 6 Disember 2009)

Ulasan lanjut di sini.
Read Full 2 comments

Kemaskini Status Di Facebook Semasa Upacara Perkahwinan

Pengantin lelaki ketika menangguhkan acara perkahwinannya

Seorang pengantin lelaki menghentikan acara perkahwinannya sebentar untuk mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengemaskini status hubungannya pada Facebook dan Twitter.

Dia mengemaskini statusnya itu sebaik sahaja selepas di umumkan sebagai pasangan suami dan isteri , menurut laporan The Sun.

Para tetamu ketawa apabila paderi yang mengahwinkan mereka, memberitahu pengantin sedang mengemaskinikan status hubungannya di Facebook.

Dia juga turut Tweet di Twiter: "Berada di altar dengan TracyPage di mana baru sebentar tadi dia menjadi isteri saya! Harus pergi sekarang, masa untuk mencium pengantin perempuan."

Dia kemudiannya mneghulurkan pula telefon bimbit isterinya kepada isterinya supaya dia boleh mengemaskini status Facebooknya daripada "dalam perhubungan" kepada "berkahwin".

Peristiwa ini telah dimuat turun di YouTube di mana ia telah menjadi hit di internet dengan hampir 180,000 orang penonton sehingga kini.

Di YouTube, un-named groom berkata: "Ia dibuat sekadar untuk menghiburkan tetamu - kami sebenarnya ber Facebook sebegini kerap:).

"Saya mempunyai ahli keluarga yang bertaburan di sekitar negara ini dan kami semua banyak menggunakan Facebook untuk terus berhubung. Jadi apabila Tracy dan saya telah bertunang, kebanyakan daripada ahli keluarga saya mengetahuinnya melalui Facebook kerana mengemaskini status kita.

"Saya terperanjat bukan sahaja tetamu-tetamu saya, tetapi juga Tracy yang menarik keluar telefon saya dan melayari Facebook dan Twitter ketika di altar semasa perkahwinan.

"Telefon bimbitnya memang berada di dalam saku saya , jadi apabila dia meminta, saya terus memberikan kepadanya. Tiada siapa tahu perkara ini kecuali paderi, dan saya sendiri."
Read Full 3 comments

Bau Badan, Dilarang Masuk Perpustakaan

funny,pulakdah,traffic blog
Lelaki malang - Stuart Penman

LEICESTERSHIRE - Akibat bau badan yang mengganggu keselesaan orang sekeliling, seorang lelaki dilarang masuk ke perpustakaan yang biasa dikunjunginya.

Hal ini berlaku di Leichestershire, Inggeris, ketika Stuart Penman dilarang masuk ke perpustakaan Wigston, salah seorang staff perpustakaan mengeluh bau badannya yang sangat kuat. Sebelum ini, ibu pejabat bandar Leichestershire pernah memberikan peringatan dan tips kebersihan kepada lelaki berusia 27 tahun ini. Namun larangan tersebut terpaksa dikeluarkan setelah Penman tidak mengindahkan peringatan pihak perpustakaan.

Menurut Ketua Perpustakaan Wigston, Margaret Bellamy, pihaknya telah menerima keluhan atas gangguan bau badan Penman dari pengunjung perpustakaan, selama setahun terakhir ini.

Sementara Penman yang tinggal serumah bersama ibu dan teman wanitanya mengaku tidak pernah menerima sebarang peringatan dari pihak perpustakaan. "Setiap hari saya mandi namun saya sadar kaki saya sedikit berbau. Seperti ada individu yang tidak menyukai saya dan mensebarkan cerita tentang kebersihan diriku", bela Penman, seperti dilapor oleh The Sun, Sabtu (5/12/2009).
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks