blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Awas, Sungai Lembing Pahang Sudah Melimpah

Saturday, December 5, 2009
Keadaan air Sg Lembing yang melimpah hingga ke jalanraya pada jam 11.07 tghari tadi.

Air Sg Lembing surut sedikit pada jam 11.58 tgh tadi


Hujan Lebat Di Pahang Berterusan Sehingga Malam Sabtu
KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Jabatan Meterologi Malaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang yang dijangka berterusan sehingga malam Sabtu.

Hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat dari semasa ke semasa itu diramal berlaku di Kuantan, Pekan, Maran, Bera, dan Rompin.

Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.

Jabatan Metereologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, diramal berlaku di perairan Condore dan Samui di Kelantan dan Terengganu sehingga Ahad.

Kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber : Bernama
Read Full 0 comments

Penjara Tersalah Bebaskan Banduan


PORTLAND, Maine -- Polis Maine meningkatkan pencarian ke tahap maksimum selepas tersilap membebaskan banduan di sini kelmarin.

Kekeliruan itu berlaku Rabu lepas di penjara Cumberland County apabila seseorang memjamin Ismail Mohamed Awad yang berumur 20 tahun, dengan bayaran $240 (RM800).

Portland Press Herald melaporkan yang seorang pegawai telah membawa "Ismail" ke hadapan. Pegawai itu membawa Ahmed Hussein Ismail yang berumur 23 tahun dan melepaskannya. Dia telah dituduh dengan kejadian rompakan dan kesalahan menggunakan sepucuk pistol.

Sheriff Mark Dion tidak dapat menerangkan mengapa Ismail yang memakai sut uniform yang berwarna kuning, bagi menandakan tahap 'maksimum' bahaya banduan telah dibebaskan. Sepatutnya pegawai perasan akan perkara itu.

Police telah mencari Ismail sejak Rabu lalu. Dia merupakan penjenayah yang berbahaya.

Sumber : www.pressherald.com
Read Full 1 comments

Link TMnet Ke Rapidshare Problem

Malam tadi jam 8, customer service streamyx.com (yang terkenal dengan tagline sekarang 'kenapa percaya kepada yang kurang berpengalaman') telah tepon aku dan cakap pasal download problem dari rapidshare.com ....

Memang ada problem dengan international link dan mereka tidak pasti dimana (cakap berpengalaman....sampai sindir pada W1Max!!!).
Jadi aku buat pingplotter dan dibawah ialah screenshotnya aku telah emel pd mereka.

(klik imej untuk paparan jelas)

Terdapat error di Vlan20.icore1.LAA-LosAngeles.as6453.net.
Untuk maklumat lanjut, screenshot diatas menunjukan perjalanan internet dari malaysia menuju ke Rapidshare yang terpaksa melalui Los Angeles (3 tempat), pergi pula ke Washington DC (3 tempat). baru masuk ke negara Germany dan melalui 3 tempat baru sampai ke rumah Rapidshare.com di Germany. #1 ialah anda. #2-5 ialah di TMnet server. Betapa jauhnya perjalanan kita setiap hari untuk mendownload fail dari server rapidshare.
Singgah sana sini....

Kredit to : Farid cyberez-2u
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks