blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Berapa Ramai Hadir Perhimpunan Sokong TGNA?

Friday, December 4, 2009

Ini anggaran kiraan yang dibuat oleh aku berdasar khemah bazaar putih sebelah kanan.
10 orang berbaris sepanjang khemah bazaar putih tu, antara khemah hingga kompleks 35 orang.
Untuk sekumpulan ini sahaja sudah 350 orang (lebih kurang).
Cuba kali ada berapa khemah putih tu?? Kalau 3 khemah pun dah 1000 orang..
Ni lebih dari 3 khemah, apa punya turr kira hanya 3000 orang.
Nak bodoh kan rakyat 1Malaysia lagi ke...wakakaka!!
:Author Faethal


Harakah kata Puluhan ribu yang hadir hari ini,
Mstar online pula menyatakan perhimpunan pagi ini dihadiri kira-kira 3000 orang.
Berita harian juga menganggarkan kira-kira 3000 orang yang memenuhi dataran Ilmu….

Apapun kebiasaannya kalau laporan angka dari utusan atau berita harian di pihak Pakatan Rakyat, senang saja untuk kita mengetahui jawapannya…
Kita kena kali dengan 3 atau lebih… maka jawapan tepat untuk kehadiran pada hari ini ialah 10 ribu orang atau lebih… senang je.

:PinkTurtle
Read Full 0 comments

Jangan Jatuhkan Kelantan : Dr Maza





Foto Ehsan : Pinkturtle


“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.” - Dr Maza

Dr Maza pernah tegur sebelum ini.
Jadi kenapa puak-puak UMNO ni ngok sangat..
:Author Faethal
Read Full 0 comments

Hujan Lebat Di Pahang Dan Johor Sehingga Sabtu

Air Sungai Lembing, Pahang melimpah ke jalan raya jam 5.54 ptg tadi

KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Hujan lebat peringkat kuning di Pahang dan Johor dijangka berlarutan sehingga malam Sabtu, menurut Jabatan Metereologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat dari semasa ke semasa diramal berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Johor Baharu, Pontian dan Batu Pahat di Johor.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing sungai.

Sumber : Bernama
Read Full 0 comments

Lawan Tetap Lawan :TGNA

'Kami akan berdoa sampai perutnya pecah'

Jauh daripada menyesali mengenai doa kutukan isu royalti tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menambah satu lagi pukulan KO pada Perdana Menteri Najib Abdul Razak pagi ini meskipun tanpa menyebut nama nya di dalam doa tersebut.
Sedutan : Malaysiakini


Sekitar Perhimpunan Sokong Tok Guru Nik Aziz




Foto Ehsan : Malaysiakini,Harakahdaily,bharian
Read Full 1 comments

Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Sokong Tok Guru

KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Selanjutnya..

Read Full 0 comments

Awas! Amaran Banjir Di Pahang Dan Johor

Sg Lembing jam 12.30 tghari tadi..

Sg. Lembing Pahang dah banjir, jika hujan lebat diramalkan kuantan akan banjir dlm 24jam-32jam terutamanya kawasan Bt. 9, Bt 10 dan sekitar..

Dari ramalan banjir, "forecasting lead time" ada dalam 24-32 jam air akan sampaiKkuantan.
Kalau hujan lagi lebat laa. Skarang Jab. Meteorologi still keluarkan amaran peringkat Jingga di Pahang dan Johor..
Read Full 0 comments

Hasbie Satar, Setiausaha Politik Nor Mohamed Yaacob Disiasat SPRM?

Ada beberapa spekulasi persoalan siapakah Setpol yang disiasat SPRM?
Kenapa tidak didedahkan namanya?
Ini ulasan Sdr Zaharin (blogger Sang Kelembai) juga merupakan ahli Umno.


Sebelum ini ada juga disentuh nama Setpol ini di beberapa laman web seperti di bawah.

Laporan akhbar Star muka hadapan hari ini menyiarkan berita mengenai seorang pembantu politik kepada Menteri kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengumpul kekayaan luar biasa dalam tempoh masa yang singkat.

Ramai yang pastinya tertanya-tanya siapakah individu berkenaan yang memiliki harta berjumlah berjuta-juta ringgit.

Siasatan Malaysia-instinct. com berhasil menemui individu yang dimaksudkan itu.

Individu berkenaan adalah Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaacob iaitu Hasbie Satar.

Hasbe berusia dalam lingkungan lewat 30-an.

Menurut laporan Star, SPRM setakat ini merampas beberapa rumah dan kereta mewah.

Sumber : malaysia-instinct.com


Read Full 0 comments

Piala Dunia 2010 : Persediaan Peringkat Akhir Di Afrika Selatan

Selepas sekian lama menanti, Afrika Selatan tuan rumah pusingan akhir Piala Dunia 2010 bersedia untuk menantikan cabutan undi oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter di Cape Town.



Pasukan Slovenia meraikan kejayaan layak ke pusingan akhir selepas menewaskan Rusia di pusingan akhir.




Sekumpulan remaja Afrika bermain bola sepak di kawasan pergunungan di Eastern Cape.



Pemandangan di luar stadium Johannesburg's Soccer City kelihatan kibaran bendera-bendera negara yang bertanding.



Sebuah poster yang memaparkan kehangatan Piala Dunia 2010 di Cape Town.


Kerja-kerja terakhir di Stadium Green Point.



Pandangan dari atas sebuah staidum menunjukkan pencapaian kejuruteraan yang tinggi.



Banner besar merentangi jalan utama di Polokwane,salah satu bandar utama tuan rumah.



Di samping memperkenalkan bola baru yang bakal digunakan pada Piala Dunia 2010 pusingan akhir, Adidas pengeluar pakaian sukan, turut mempamerkan bola-bola yang pernah dihasilkan untuk Fifa sejak 1970 pusingan akhir di Mexico.



Seekor gajah afrika turut bermain bola, jangan sampai terlepas ke dalam stadium.



Danny Jordaan (kiri), CEO Piala Dunia peringkat 2010, dan Kirsten Nematandani, Presiden SAFA bagi Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan, menyambut kepulangan trofi ke Cape Town.



England lega selepas mereka bermain dua hari lebih awal daripada Perancis.



Suara orang lama, Jürgen Klinsmann, memenangi Piala Dunia ketika bersama Jerman Barat, memberikan reaksi terhadap soalan wartawan.



Pemuda Afrika sedang menyaksikan perlawanan bola tempatan.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks