
Chris Hunt, seorang tukang paip, memulakan harinya dengan memakan sepaket jeruk bawang Monster Munch, makan tengahari sandwic daging panggang Monster Munch dan seketul Flamin' perasa pedas untuk makan malam.
Dia begitu menghantui dengan snek jagung sehinggakan telah mencipta resipi-resipi tersendiri yang mengandungi Monster Munch dalam setiap hidangan nasi dan pasta.
Lelaki yang berumur 26 tahun ini mengubah namanya selepas dicabar oleh rakan-rakannya.
Tukang Paip Chris Hunt tukar nama kepada Mr Monster MunchMr Munch - atau Monster menurut rakan-rakannya berkata: "Saya tidak pernah rasa cukup dengan makanan itu. Saya suka kesemua perisa, tetapi daging panggang adalah yang paling saya gemari.
"Kebiasaannya saya memakan tiga ketul daging panggang satu hari, tetapi saya memutuskan hendak mempelbagaikan hidup saya, jadi sekarang saya mengubah pelbagai citarasa antara sarapan, makan tengah hari dan makan malam."
Dia sering mencampur Monster Munch dengan hidangan-hidangan rutin - tetapi belum memberitahu rahsia bagaimana mencampurkan kerepek itu dalam sarapannya.
"Saya tidak akan memberitahu rahsianya sehingga anda merasa sendiri - semua orang secara rahsia suka sandwic yang rangup, seperti yang selalu saya makan untuk makan tengah hari," katanya.
"Satu-satunya yang belum saya temui adalah untuk membuat Monster Munch di dalam sarapan.
"Saya telah cuba menuang susu, tetapi ia basah terlalu cepat dan apabila diletak di atas roti bakar ia sedikit kering.
"Saya pasti saya akan mencipta sesuatu,- mungkin ia lebih sesuai jika digoreng."
Mr Munch,of Evington, Leics, membuat pertukaran nama tanpa berunding dengan Walkers, pencipta kerepek itu, dan berkata teman-temannya merasa 'kagum'.
" Mereka memandang saya seolah-olah saya gila dan memcabar saya untuk mengubah nama saya," katanya.
"Mreka menyangka saya tidak akan melakukannya - tetapi kini saya menuntut agar dipanggil sama ada 'Monster' atau 'Mr Munch'.''
Katanya dia tak risau jika makan berlebihan kerana dia berlari sejauh lima batu sehari dan pergi tiga kali ke gimnasium dalam seminggu.
"Saya tahu ia adalah sedikit keterlaluan, tetapi saya memastikan saya makan makanan seimbang dan saya lari 35 batu seminggu dan bersenam di gimnasium dalam tiga kali seminggu,".
"Saya tidak menyesal dengan Monster Munch - saya menyukainya sejak kecil di mana apabila mereka mengeluarkan paket edisi asal jantung saya berdegup kencang.
"Ia mengingatkan saya semasa kecil dan selalu mendapatkan Monster Munch sebagai satu ganjaran."
Paul Sanderson, seorang kawannya, berkata: "Chris memang sedikit gila, tetapi ini memang agak keterlaluan bagi beliau.
" Saya akan memanggilnya Monster, kerana itu namanya dan itu adalah apa dia mahu - dan saya bagi saya ia lebih menarik daripada nama Chris Hunt yang membosankan."
Sumber : Telegraph