Mujurlah pemilik yang ular ini segera menyedarinya dan dikejarkan ia bertemu Rob Reynolds di Seers Croft Veterinary Surgery, untuk pertolongan kecemasan.Reggie, seekor ular
King Snake sepanjang 3 kaki, hampir menemui maut apabila tersilap kerana menyangka ekornya adalah seekor ular lain lalu menggigitnya, tetapi selepas ia tersedar itu adalah ekornya sendiri, ia tidak mampu untuk meluahkan ekornya kerana tersangkut pada rahang.
Pemilik ular mula menyedari perkara ini apabila ularnya mula tercekik. Reggie dikejarkan kepada
Seers Croft Veterinary Centre di Faygate, West Sussex, di mana pakar reptilia-reptilia eksotik, Reynolds telah mengumpil dan membuka mulutnya lalu mengeluarkan rahang daripada ekornya sebelum ia sempat dihadamkan.
“Giginya bertindak umpama gear sehala,” Reynolds memberitahu
Daily Mail. “Jika seekor ular begini disimpan di dalam satu ruang yang terlalu kecil, di sana sentiasa ada satu godaan untuk ia menerkam ekornya yang sendiri.
“Mereka tidak boleh membolos keluar sangkar dan mereka sentiasa terbayangkan seolah-olah ekor mereka adalah seekor lagi ular.”
King Snake berhabitan di dalam kawasan terpencil asli Amerika, tetapi ia popular untuk dibela kerana mudah menjaga mereka. Mereka tidak beracun, tetapi diketahui mampu membunuh ular-ular beracun, seperti ular orok-orok sebagai makanan.