Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikerumuni wartawan, pada sidang akhbar selepas keluar dari Mahkamah Tinggi berikutan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan kes liwat, ditemani isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi memutuskan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepi dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Mahkamah juga menetapkan kes perbiacaraan itu disambung semula selama sebulan bermula 25 Januari depan.
Ehsan : Berita Harian