blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Misteri Kemunculan Channel Saddam Di TV Iraq

Monday, November 30, 2009
Imej ini diambil daripada saluran TV al-Lafeta pada hari Sabtu, Nov. 28, 2009, bekas diktator Iraq Saddam Hussein bersama dengan anak-anak lelakinya Uday di sebelah kirinya dan sebelah kanannya Qusay. Saluran ini dipancarkan daripada satu stesen satelit yang dinamakan sebagai "al-Arabi" ("Arab") dan "al-Lafeta" ("Sepanduk"). Ia mula disiarkan merentasi dunia Arab pada hari Jumaat, hari raya pertama Eid al-Adha, satu peristiwa penting kalendar Islam, dan juga ulang tahun pelaksanaan hukuman penggantungan Saddam tiga tahun lalu.



Remaja Iraq menonton Channel Saddam di sebuah Kafe.



Sebuah keluarga menonton Channel Saddam di kampung mereka di Tikrit.



Channel Saddam yang ditaja oleh pengkagum kpimpinan Saddam Hussein.


BAGHDAD — Semasa menonton rangkaian siaran TV pada hujung minggu lalu, rakyat Iraq disambut oleh wajah seseorang yang biasa di masa lampau mereka: Saddam Hussein.

Diktator Iraq, individu yang diagung dan dipuja oleh satu saluran satelit misteri yang bermula siarannya bagi menyambut ulang tahun kematiannya mengikut kalendar Islam.

Tiada siapa yang tahu disebalik penyumbang dana untuk Saddam Channel ini, walaupun kerajaan Iraq mengesyaki ia mungkin daripada parti Baathi, parti politik di bawah pimpinan Saddam. Associated Press telah bertemu seorang lelaki di Damsyik, Syria bernama Mohammed Jarboua, yang mendakwa menjadi pengerusi.

Channel Saddam, katanya, "tidak menerima satu sen pun daripada Parti Baath" dan ianya daripada orang-orang Arab yang "inginkan pemerintahannya berterusan."

Jarboua tetap berkeras untuk merahsiakan dari mana ia dipancarkan.
Read Full 0 comments

Wanita Cemburu Dedah Teman Lelaki Buruan Polis


Seorang wanita yang bersiar-siar dengan keretapi di Huizhou, wilayah Guangdong, bersama-sama dengan teman lelakinya cemburu apabila melihat teman lelakinya mula berbual-bual dengan seorang gadis yang duduk dihadapan mereka. Dia kemudiannya melaporkan kepada polis yang teman lelakinya adalah suspek polis yang dikehendaki.

Polis telah mencari Zhuang, yang terlibat dengan kes menikam seorang lelaki hingga cedera sejak awal Oktober.

Polis kereta api kemudiannya menahan Zhuang selepas teman wanitanya mendedahkan rahsia lelaki tersebut.

Mereka kemudiannya menyerahkannya kepada polis tempatan selepas mengesahkan dia adalah seorang suspek yang dikehendaki.
Read Full 0 comments

" Episode 4 - Perjalanan Haji 2009 - Ke Mina..dengan berjalan kaki."

Tersergam indah Masjidil di kawasan Mina semasa aku berjalan mencari Maktba 42...



Haa...terjumpa maktab dari Negara Pakistan tuh...



Sampai sahaja di Maktab 42, bersama sama Jemaah dari Negara Britain, mereka mempelawa ku makan malam..alhamdulilah



Duk merayau nih mencari Tandas...hehehheeheh



Dah beratur Jemaah jemaah dari jam 3.00pagi menunggu giliran masuk kedalam tandas...

Read Full 1 comments

Pencuri Biri-biri Tertangkap Oleh CCTV

Perbuatan dua orang remaja british yang dirakamkan oleh CCTV pasara ASDA.


LONDON -- Sebuah kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan gambar dua orang remaja menolak troli yang mengandungi seekor kambing biri-biri hidup di sebuah pasaraya Sabtu lalu (28 November 2009).

Perbuatan remaja itu dirakamkan pada jam 3 petang ketika mereka menolak troli itu di sebuah pasaraya selatan London, ASDA, seperti dilaporkan oleh The Daily Telegraph.

"Perbuatan bodoh dan tidak bertanggungjawab ini pasti akan menakutkan biri-biri malang ini dan menyebabkannya tertekan kerana memaksanya keluar dari kumpulannya," kata Andrew Kirby, seorang pegawai di sebuah pertubuhan hak asasi kekejaman haiwan.

"Kita telah menjumpai pemilik biri-biri itu tetapi kita tidak boleh kembalikannya kepada kumpulannya untuk enam hari disebabkan oleh pergerakan ternakan itu sendiri," Kirby berkata.

Ia berpendapat biri-biri itu telah dicuri daripada sebuah ladang di Kent dan dibawa pandu hingga ke pasar raya. Bagaimanapun kambing itu dalam keadaan yang baik, Telegraph melaporkan.

"Kami terkejut ketika mengetahui seekor biri-biri yang malang berada di pasaraya kami. Kami berharap pelaku kesalahan dapat membela diri mereka," kata pengurus pasaraya Joe Lock.
Read Full 0 comments

Latihan Seni Bela Diri Remaja Palestin Di Gaza


Remaja lelaki Palestin yang menyertai latihan seni bela diri di Kelab Red Dragon di Beit Lahia di utara Gaza.



Remaja lelaki Palestin berdiri di atas soerang rakan yang sedang berbaring di atas paku-paku besi, pecahan kaca dan pisau-pisau semasa satu sesi latihan seni bela diri di Kelab Red Dragon di Beit Lahia, utara Gaza.


Antara kemahiran-kemahiran seni bela diri dan penggunaan senjata yang dipertunjukkan.



Sekumpulan remaja lelaki Palestin menolak batang-batang besi ke leher seorang rakan semasa satu latihan.



Latihan berjalan di atas mata pisau yang tajam.



Latihan fleksibel di atas pecahan kaca.



Latihan berdiri di atas pecahan kepala menggunakan kepala.



Latihan berdiri di atas paku-paku besi.



Seorang remaja Palestin melepaskan sebilah pisau di atas badan rakannya yang sedang berbaring.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks