blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Khabar Haji : " Salam AIDIL ADHA.....from MAKKAH..."

Friday, November 27, 2009

Catatan Manzlie
Makkah, Saudi Arabia
manzlie-makkah.blogspot









Di Pagi raya aidil Adha sebentar tadi... Bismillah.....Salam Aidil Adha kepada semua pembaca yang budiman dan disayangi, disini ingin saya memohon Ampun dan Maaf jika terdapat terkasar bahasa dan menyinggug perasaan anda semua dalam kita berblog di sini...

Maafkan saya...

Akhir kata Selamat Menyambut Adil Adha disamping keluarga tersayang..waslam
Kepada En Rezeki, Ayah Zain, adik Hanis, Cikgu Mas, Azie, Sarfana,Abg Megat/Kak As,Kak Noor, Datin Asnija dan yang lain lain , terimakasih atas ucapan Hariraya melalui SMS....syukran..


P/s: Nantikan nanti kemunculan Esklusif Perjalanan Haji 2009 sebanyak 40 Episod...
Read Full 0 comments

7 Tahun Tidur Sebelah Mayat Isteri

HANOI - Seorang lelaki di Vietnam menggali kubur isterinya dan tidur bersama selama tujuh tahun kerana beliau mahu mendakapnya apabila tidur, lapor sebuah surat khabar.

Lelaki berumur 55 tahun di sebuah bandar kecil, Quang Nam telah mengorek semula kubur isterinya pada 2004, kemudiannya membentuk tanah liat membaluti tubuh isterinya, dikenakan pakaian dan kemudiannya ditempatkan di atas katil.

Walaupun sibuk bekerja seharian, Le Van tetap menjaga isterinya..


Si suami, Le Van, memberitahu kepada sebuah laman web, selepas isterinya mati pada 2003 dia tidur di atas kuburnya, tetapi kira-kira 20 bulan kemudian dia mula risau dengan hujan, angin dan suhu yang sejuk , lalu dia memutuskan mengorek sebuah terowong di kubur isterinya "untuk tidur bersama."

Le Van sentiasa memeluk tubuh isterinya setiap kali tidur.


Akhirnya anak-anaknya telah mendapat tahu dan menghalangnya daripada pergi kubur lagi. Pada suatu malam di bulan November 2004, dia mengorek kubur isterinya dan mengambilnya untuk dibawa ke rumah.

Bapa kepada tujuh orang anak ini berkata jiran-jirannya tidak berani melawat ke rumahnya sejak beberapa tahun lalu.

Anak mereka yang bongsu juga sering memeluk ibunya sebelum tidur.


"Saya adalah seorang yang berbeza. Saya bukan seperti orang normal yang lain," kata Le Van lagi.
Read Full 2 comments

Pencuri Mexico Ditangkap Dalam Tandas


Seorang pencuri Mexico yang menggelar dirinya El Tigre telah ditangkap semasa menggunakan tandas selepas merompak di kota utama Puebla.

Pencuri yang tidak dapat menahan desakan untuk membuang air kecil itu telah ditemui apabila polis mendengar bunyi bising yang datang daripada bilik air di dalam rumah yang dirompaknya, kata pemilik rumah itu.

'Ketika pegawai polis sedang mengambil butiran kejadian kecurian itu, mereka mendengar bunyi bising dari bilik mandi. Mereka cuba untuk membuka pintu itu tetapi lelaki itu memberitahu dia sedang sibuk,' kata pihak polis.

Perompak itu akhirnya ditangkap kerana kecurian dan kerosakan harta, manakala pemilik rumah meminta sebuah tandas baru dan berkata 'Saya tidak fikir ia akan digunakan sekali lagi.'
Read Full 0 comments

Gambar Sekitar Ibadah Haji Di Mekah..Salam Aidiladha.


Jemaah berkumpul di dataran Arafah di luar kota suci Mekah pada 26 November, 2009. Lebih daripada dua juta umat Islam berkumpul minggu ini untuk jemaah haji tahunan di kota suci Islam Mekah. Haji adalah satu daripada rukun Islam di dalam agama Islam dan satu tanggungjawab bagi Muslim yang berkemampuan.



Jemaah Islam menyentuh tiang di Jabal al-Rahmah di dataran bagi Arafah.



Jemaah Islam bersembahyang di luar Masjidid Haram di kota suci Mekah semasa sembahyang subuh sebelum memulakan ibadah haji.




Jemaah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah selepas subuh.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks