blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Khabar Haji : " 2 jam lebih Hujan lebat nih....- Main Hujan...."

Wednesday, November 25, 2009

Catatan Manzlie
Makkah, Saudi Arabia
manzlie-makkah.blogspot


Jemaah pun dah berpayung laa nih...



Tuh ramai main hujan tuh..nampak tak..?heheheh



Tuh jemaah dalam hujan berjalan kaki ke Mina..alhamdulilah



Dari sisi pandangan entrance hotel...



Hujan lebat nih..Rahmat.....rahmat.....




Sempat gak nak posing sebelum bertolak ke Mina




Masyaalah...jemaah still pergi ke Haram



Lebat sampai tak nampak gunung tuhhh



Ada yang main hujan tuh....




basah jemaah tuhhhh




Depan Haram nih...




Depa duk ajak saya main hujan nih...alhamdulilah




Haa mandi sakan si Samad tuh...nanti demam sapa yang susah?




Lebat kan...hujan rahmat kata mereka...




Hampir 2 jam setengah hujan lebat tadi..skg masih lagi hujan..alhamdulilah...

Read Full 0 comments

Kim Jong-il Haramkan Liputan Piala Dunia - Melainkan Korea Utara Menang


Kim Jong-il, pemimpin Korea Utara, telah menghalang Piala Dunia daripada diayangkan di negaranya - melainkan jika mereka menang.

Pemimpin Tertinggi itu telah mengarahkan rangkaian televisyen di negara itu supaya tidak menyiarkan siaran langsung Piala Dunia, melainkan hanya menayangkan jika pasukan Korea Utara menang.

Ini bermakna, 99 peratus atau 29 juta penduduk di negara itu tidak akan dapat mengetahui siapakah yang akan menang pertandingan Piala Dunia itu nanti.

Perlawanan yang melibatkan negara-negara lain akan dilarang dari disiarkan, manakala perlawanan yang melibatkan Korea Utara akan disunting terlebih dahulu untuk memastikan bahawa mereka kelihatan seperti pasukan yang lebih baik.

Semua label iklan di dalam stadium akan dikaburkan - begitu juga penyokong pasukan lawan, lapor akhbar The Sun.

Mike Breen, pengarang buku Kim Jong-il: North Korea's Dear Leader, berkata: "Seperti semua yang lain di sana, rejim akan mendapat kuasa penuh mengenai Piala Dunia.

"Korea Utara tidak membayar sebarang hak penyiaran TV, yang bermaksud mereka tidak boleh menyiarkan pertandingan ini secara langsung di televisyen mereka. Mereka berkemungkinan mendapat rakaman ini daripada Korea Selatan dan kemudiannya disunting mengikut kehendak rejim.

"Hanya pemerintah dapat akses ke saluran-saluran satelit dan dapat menonton perlawanan-perlawanan yang melibatkan negara-negara lain.

"Majoriti penduduk akan melihat sedutan perlawanan yang tidak seimbang, dan mungkin telah disusun selepas perlawanan. Sebarang kekalahan tidak pedulikan atau hanya diberi kenyataan yang sedikit.

"Jika Korea Utara tersingkir, saya akan kagum jika ada berita berkaitan Piala Dunia lagi."

Ini kali pertama Korea Utara telah layak untuk ke Piala Dunia dalam masa 44 tahun.

Kali terakhir mereka layak adalah di England pada tahun 1966 apabila mereka berjaya melakukan kejutan besar dengan mengalahkan Itali 1-0 untuk pergi suku akhir.
Read Full 0 comments

Khabar Haji : " Berita Terkini - Hujan di Makkah jam 10.30 pagi tadi..."

Catatan Manzlie
Makkah, Saudi Arabia
manzlie-makkah.blogspot





Hujan renyai-renyai sebentar tadi....

Kat Dataran Haram dah basah tuh..alhamdulilah

Masih ada lagi jemaah tawaf dalam keadaan hujan renyai nih..

Bismillah..terkini..
Alhamdulilah jam 10.30 pagi tadi hujan renyai turun di kota mekah..
Jemaah-jemaah masih lagi berjalan kaki ke dari Masjdil Haram ke Mina dari pandangan sisi bilik saya ..
Amat terharu
melihatnya..
Doakan kami
semua beroleh kesihatan dan kesejahteraan yang baik..insyalah..waslam

Read Full 1 comments

Testikel Teman Lelaki Dikoyak Teman Wanita

Helen Hodge

Seorang wanita yang cemburu telah disoaljawab oleh polis - kerana mengoyakkan testikel kekasihnya.

Helen Hodge, 34, telah dituduh mengoyakkan testikel Billy Duncan dengan tangannya selepas menuduh dia berlaku curang terhadap beliau.

Billy, 49, telah dikejarkan ke hospital di mana para doktor menjalankan pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan kelakiannya itu.

Semalam satu sumber berkata serangan yang didakwa berlaku di rumah penyokong pasukan Dundee di rumah pangsa Billy waktu awal pagi Isnin lalu selepas dia meraikan kemenangan pasukannya memenangi Challenge Cup selepas tamat perlawanan akhir.

Sumber berkata "Helen mula menuduh dia mempunyai hubungan dengan wanita lain."
"Ketika Billy hendak masuk tidur dia mula memukul di sekitar kepala dan mukanya.Dia menyuruhnya berhenti dan menghalau dia keluar dari rumah pangsanya. Billy hanya memakai seluar dalam sahaja ketika itu. Helen terus mencapai testikelnya dan menarik sekuat-kuatnya. Akhirnya dia berjaya menyelamatkan diri dan menolak Helen keluar dari rumah pangsanya."


Billy Duncan

Tetapi Billy mula terkejut apabila melihat ke bawah dan sedar dia mengalami pendarahan yang teruk.

Sumber itu menambah: "Kerandut buah zakarnya telah dikoyakkan dan testikelnya berjuntaian di celah kakinya. Terdapat darah di seluruh rumah pangsa."

"Billy cuba untuk menghentikan pendarahan dengan sehelai tuala. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya menghubungi adik lelakinya Darren.

Selepas adiknya tiba dan melihat apa yang telah berlaku dia memanggil polis dan ambulans serta-merta."

Malam semalam Helen - dibebaskan tanpa tuduhan - menafikan dia dipersalahkan untuk kecederaan yang dasyat itu.

Helen - mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun dengan Billy - berkata: "Dia telah menuduh saya berlaku curangterhadapnya tetapi tidak pernah pernah berupaya membuktikannya. Sekarang dia mungkin lakukannya untuk membalas dendam.

"Saya mengaku berlaku tolak menolak tetapi saya tidak menyentuh testikelnya. Saya juga sudah terlupa bagaimana rupa testikelnya kerana sudah berbulan-bulan tidak bersama."

Doktor-doktor bedah telah berjaya menyelamatkan kedua-dua testikelnya dalam satu pembedahan di Ninewells Hospital, Dundee, pada Isnin lalu. Billy - yang menjalinkan hubungan dengan Helen selama tujuh tahun telah dibenarkan pulang semalam.

Sumber itu menambah: "Billy betul-betul malu denga kejadian itu dan mahu cuba lupakannya. Dia memberitahu polis dia tidak boleh mengingati apa yang telah terjadi ketika itu dan tidak mahu Helen didakwa demi anak lelakinya."

Semalam polis Tayside mengesahkan tentang kejadian itu dan Helen telah disoal.

Seorang jurucakap berkata: "Penyiasatan masih berjalan."

Sumber polis berkata: "Pegawai-pegawai itu yang mengambil kes ini tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Beberapa orang lelaki yang mendengar berita ini segera menyilangkan kaki mereka."
Read Full 1 comments

Lelaki Dirompak T$2 juta Selepas Pengeluaran Bank


TAIPEI - Seorang lelaki Taiwan dirompak lebih daripada T$2 juta (RM 209,910) dalam bentuk tunai selepas mengeluarkan daripada bank, kata pegawai polis pada Selasa lalu.

Tiga orang lelaki bersenjata dan bertopeng telah merompak mangsa yang berumur 50 tahun pada petang Isnin di selatan bandaraya Tainan, ia merupakan rompakan nilai tertinggi dalam sejarah bandar raya dengan satu rompakan T$77 juta (RM 8.8 juta), kata seorang pegawai siasatan polis, Chang.

Penembak itu mendekati mangsa, Tsai, ketika dia memandu keluar daripada bank untuk ke kedai jam tangan milikya. Seorang pekerja kedai telah ditembak di kaki semasa pergelutan untuk menghalau penembak itu.

Polis mencari tiga lelaki itu dan menasihati 769,000 populasi penduduk bandar raya itu supaya berwaspada.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks