
GLASTONBURY, England, -- Seorang remaja British berumur 19 tahun secara rasminya telah mengubah namanya kepada
"Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman Batman Wolverine Hulk And The Flash Combined."Remaja dari Glastonbury, England ini yang nama asalnya George Garratt -- berkata nama barunya mungkin menjadi nama yang terpanjang dunia, tetapi neneknya yang marah tidak lagi mahu bercakap dengannya.
Remaja itu berkata dia menggunakan satu perkhidmatan dalam talian untuk secara rasmi mengubah namanya dengan bayaran $20 (RM111) bayaran.
"Saya mahu menjadi unik," Kapten Fantastic menyatakan keputusan pemilihan namanya itu. "Saya mendapat idea dari nama superhero terkemuka."