Memang ada ura-ura yang tidak sedap didengar semasa majlis penutup Konvensyen PKR di Kluang semalam sebelum Saudara Anwar Ibrahim bertolak ke Kulai untuk program Tawan Johor.Antaranya ada teman-teman dari PKR yang mengatakan road-block terlalu banyak diadakan di sepanjang jalan yang menuju ke Kulai.
Perancangan disusun sebelum Saudara Anwar dan rakan-rakan bertolak ke Kulai antaranya bergerak bersama-sama secara konvoi dengan pimpinan keadilan yang lain. (antaranya YB Gobalakrishnan,YB Tian Chua, Sdr Mustafa Kamil Ayun dll) Sdr Zabidie Abas (AMK Johor) juga diugut untuk ditangkap jika program ini dijalankan walaupun diadakan di premis sendiri. Permohohnan permit Sdr Zabidie Abas juga ditolak oleh polis.
Persediaan sebelum bergerak ke Kulai dari Kluang
Sebelum bermulanya program ceramah ini juga ada perhimpunan yang diadakan oleh Pemuda UMNO membantah program ini.
Persoalannya kenapa tiada polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan haram ini. Bermakna hanya program di Kluang yang berjaya diadakan (itupun dengan permohonan permit oleh Sdr Lee Sang).
:Author FaethalCERAMAH ANWAR DI HENTIKAN
Antara ribuan yang hadir di Kulai malam tadiCeramah Saudara Anwar Ibrahim di Batu 31 Kg. Ayer Manis Kulai telah diberhentikan setelah 10 minit Anwar berucap. Polis telah memberi kata dua. Keadaan tegang telah berlaku kerana pemuda gerombolan telah mengadakan tunjuk persaaan ditempat yang sama.
Pergaduhan telah tercetus. Pihak gerombolan telah melaung-laungkan slogan Pengkhianat dan Kaki Bontot.
Untuk menenangkan keadaan Saudara Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk membatalkan ceramah pada jam 10.30 malam.
Seramai hampir 5000 warga Johor dari pelbagai pelusuk telah datang untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Hanya dua pemimpin Pakatan Rakyat yang sempat berceramah – Saudara Tian Chua dan pemimpin Pas Saudara Mazlan Alimin.
Orang ramai - warga Kulai dan Johir - yang datang untuk mendengar ceramah ini merasa amat kecewa. Majoriti yang datang hendak mendengar ceramah ini adalah ahli gerombolan sendiri. Ini kerana Kulai adalah sarang dan kubu gerombolan.
Awalnya pihak polis telah pun memberikan permit untuk ceramah pada malam ini.
Beberapa hari sebelum ceramah ini dibuat pihak gerombolan telah cuba melakukan sabotaj. Kain rentang dan poster -menentang ceramah ini - telah kelihatan bertaburan di kawasan Kulai.
Angkatan Muda Johor esok – Isnin – akan membuat laporan polis tentang kes ini. Menurut sumber AMK, kelihatan pihak polis telah di tekan oleh seorang gedebe gerombolan yang bernama Adam Hamid yang mengakui dirinya sebagai ketua gerombolan Kulai.
Sumber : skuaddunbatucaves.blogspot.com