
Ketika keadaan sewaktu makan tengah hari di Yogyakarta mula sibuk. Vera dan rakan-rakannya akan memulakan kerja.
Mereka melalui gerai-gerai itu dengan liuk lentok, alat-alat muzik buatan sendiri dimainkan sambil menyanyikan lagu-lagu. Pendapatan yang diperolehi bagi menampung perbelanjaan untuk membeli pakaian ketat, gincu dan aksesori wanita yang lain.
Vera, paling tinggi antara mereka. Dia berkata merasakan dirinya sebagai wanita pada asalnya sebelum dia mula memakai mekap, meskipun hakikatnya - secara biologi - seorang lelaki.

Vera dan rakan-rakannya adalah sebahagian dari kumpulan yang dikenali di Indonesia sebagai waria - perkataan itu berasal daripada perkataan Indonesia "wanita", dan "pria" bermakna lelaki. Pendapatan mereka diperolehi dengan bermain dalam reaksi-reaks ipelanggan mereka: takut, sikap ingin tahu, pembebasan.
Beberapa pemilik gerai turut menari bersama mereka; ada juga yang berpaling kerana merasa jijik.

Kebanyakan waria adalah muslim, tetapi di sana tidak banyak masjid atau sekolah agama untuk mereka belajar dengan selesa dan beribadat sebagai wanita. Maka kebanyakkan mereka menghadiri sebuah sekolah agama yang didirikan khusus untuk waria.
Maryani, adalah pengasas sekolah ini. Dia yang juga seorang waria berkata, dia mahu suatu tempat di mana orang seperti dia boleh berkumpul dan berdoa dengan bebas. "Jiran-jiran sekeliling sangat menerima tetapi kebanyakkan masyarakat Islam di luar yang beranggapan kami berdosa."

Vera (kanan) biasa datang ke rumah kecil ini dengan rakan-rakannya bukan sahaja untuk solat dan belajar Al-Quran, tetapi juga hanya untuk berehat, gosip, menonton televisyen dan sambil makan makanan ringan yang dibuat Maryani.
Dia gembira di sini kerana merasakan tiada tekanan di sini. "Ada orang yang berkata kepada saya 'Adalah ini manusia atau seekor binatang?'"katanya. "Dan saya menjauhkan diri dari orang seperti ini yang sangat kejam. " Waria mungkin diterima sebagai ahli-ahli muzik jalan, tetapi dalam bagi konteks lain, diskriminasi tetap ada.

Tetapi bagi sekolah-sekolah agama Al-Quran tradisional, pandangan terhadap waria jelas ditolak. Di sekolah agama berhampiran, budak-budak lelaki dan budak-budak perempuan di diasingkan - kata imam di situ.
"Dalam Islam, terdapat peraturan-peraturan berasingan untuk lelaki dan wanita , jadi mereka tidak boleh bercampur. Terdapat hanya dua identiti jantina dalam Islam - lelaki dan wanita - itu tidak boleh dibahaskan." Kelas-kelas khas untuk waria adalah sesuatu yang baik, katanya lagi, semoga mereka boleh belajar untuk mematuhi ajaran Islam dan kembali kepada jantina asal mereka.

Bagi sesetengah penuntut di sekolah agama waria, mereka akan bermalam di sini - dengan amalan solat dan membaca Al-Quran sehingga lewat malam. Ada pula yang keluar awal untuk memulakan 'kerja' di daerah lampu merah, Yogyakarta.
Pekerjaan sangat sukar di Indonesia jika anda hidup sebagai seorang wanita dalam tubuh seorang lelaki. Sekolah itu mungkin telah membuat ia lebih mudah untuk waria mempelajari ajaran-ajaran Islam, tetapi di luar stigma itu membuatkan mereka lebih sukar untuk tinggal dengan masyarakat.