Svajunas Beniukas, berdiri di jambatan sambil memegang anjing, dia kemudiannya berkata bagaimana dia akan membuktikan bahawa anjing ini boleh terbang.
Kemudian, dia menghampiri ke sisi jambatan lalu melepaskan anjing itu ke bawah.
Zalim : Anjing itu terbaring kesakitan di bawah jambatan itu. Dalam rakaman ini, kedengaran ia menangis dalam kesakitanPara pengguna internet yang marah telah bersatu untuk menangkap seorang lelaki yang telah mencampakkan seekor anjing yang tidak berdaya dari sebuah jambatan yang sibuk.
Seorang lelaki Lithuania telah dirakamkan oleh sahabatnya sambil dia bergurau dengan berkata "anjing ini boleh terbang" sebelum membaling anjing itu,menurut laporan Daily Mail.
Filem ini kemudiannya dimuat turun di internet, pada mulanya ia mencetuskan kemarahan di laman-laman web Lithuania sebelum merebak keseluruh dunia.
Rakaman menunjukkan lelaki itu membawa anjing itu - yang dengan tenang berada di lengannya, ke sisi jambatan.
Rakaman ini juga menunjukkan seorang kawannya yang merakamkan dengan telefon bimbit, mereka semua ketawa apabila dia mengatakan ingin melontarkan anjing ini ke bawah.
Setelah tiada trafik di sekeliling, lelaki itu berjalan ke sisi jambatan lalu melontarkan anjing itu.
Rakaman yang menyedihkan ini menunjukkan anjing itu terhempas ke tanah sebelum menjerit dalam kesakitan dan tidak dapat bergerak.
Menurut Daily Mail, walaubagaimanapun anjing itu terselamat dan kemudiannya dirawat oleh doktor haiwan.
Pulih : Ajaib, anjing itu dijangka akan hidup. Gambar menunjukkan ia sedang menerima rawatan untuk kecederaannya.
Ekoran kempen internet, Beniukas akhirnya menyerah diri.Rakaman kejadian itu kemudiannya merentasi internet, kumpulan Facebook dan forum-forum on-line bersatu untuk menangkap pesalah.
Mereka meletakkan gambar lelaki dan kemudiannya seorang polis tempatan telah mengenali pesalah.
Lelaki ini dikenal pasti sebagai Svajunas Beniuk, akhirnya menyerah diri kepada polis, yang kemudian mengeluarkan kenyataan terima kasih kepada pengguna-pengguna internet di atas bantuan mereka.
Pesalah ini sekarang dihadapi tuduhan melakukan kekejaman terhadap binatang.