blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Banduan 'Shrek'?

Wednesday, November 18, 2009
Realiti ... David Holyoak


Watak hodoh ... Shrek sebenar


Seorang perompak bank yang kelihatan seperti SHREK semalam diseru supaya meninggalkan aktiviti jenayahnya kerana - lihat foto gambar beliau.

Pihak polis merasa geli hati apabila melihat telinga David Holyoak, 33, yang seakan-akan pelanduk dua serupa seperti watak gergasi kartu SHREK.

Ini membuatkan penjenayah ini TERLALU MUDAH untuk ditangkap.

Seorang pegawai berkata selepas seorang hakim di Bolton menjatuhkan hukuman penjara selama 3½ tahun: "Dia perlu lihat pada cermin untuk menyedari aktiviti jenayah rompakan bank tidak sesuai untuk dirinya.

"Dia mungkin merupakan penjenayah paling hodoh di dalam negara ini."
Read Full 0 comments

Anjing Yang Setia

Dua pekerja bersedia untuk menutup badan seorang pemilik anjing, lelaki tanpa rumah, yang ditemui beku hingga menemui maut di Guangzhou, South China wilayah Guangdong, 16 November, 2009.





Seekor anjing kelihatan sedih dan keberatan untuk meninggalkan tempat di mana pemiliknya, seorang lelaki tanpa rumah, mati kesejukan di Guangzhou.
Read Full 3 comments

Ugut Tinggalkan Isteri Kerana Gemar Masak Kek


Seorang lelaki di China telah dilaporkan mengancam untuk meninggalkan isterinya selepas dia memasak kek untuk setiap kali hidangan.

Cheng Yu, 31, berkata yang dia pada mulanya gembira tetapi kini rasa sakit setiap kali mendengar sebutan perkataan "kek".

Dia mengugut akan ceraikan isterinya yang berumur 27 tahun, Tian Mae jika dia tidak berhenti dari membuat kek.

Cheng berkata: "Kek telur, kek buah, kek coklat. Saya merasakan seperti tong sampah sebuah kedai roti."
Read Full 0 comments

Terima Kasih Chin Peng : Mat Sabu


Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"

"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.

"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"

Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"

"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."

Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!"

Baca lanjut di sini
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks