blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tak Sengaja Curi Singa Yang Sedang Tidur

Tuesday, November 17, 2009

BERLIN - Sekumpulan pencuri ini sangat malang. Mereka mencuri sebuah van sarkis, dan tidak menyedari ada seekor singa yang tidur di bahagian belakang.

Mungkin kerana takut diterkam binatang buas itu, pencuri itu memilih untuk meninggalkan van itu di pinggir jalan, setelah melanggar lampu isyarat di bandar sebelah barat Wuppertal, laporan Ananova, Selasa (17/11/2009).

Pihak polis telah menunda van itu ke sebuah depot barang sitaan, juga tanpa menyedari ada seekor singa berusia lima tahun di dalamnya.

Bagaimanapun Caesar, nama singa itu, tidak mengalami sebarang luka ketika wakil sarkis tiba untuk mengambilnya.

"Para pencuri mungkin rabun kerana tidak menyedari kehadiran Caesar," kata petugas.
Read Full 0 comments

Buaya Dibaham Badak Air




Seorang jurugambar hidupan liar telah menangkap gambar semasa seekor buaya dibunuh selepas terperangkap di dalam sekumpulan badak air.

Vaclav Silha, jurugambar dari Czech, telah mengatur peralatan kameranya di tebing sungai Grumeti di Serengeti National Park, Tanzania, untuk mengambil gambar 50 ekor badak air mandi yang sedang mandi di dalam sungai.

Tetapi keadaan yang aman pada mulanya menjadi kucar kacir apabila diganggu oleh seekor buaya.

"Keadaan saling menghormati antara binatang-binatang ini biasanya pergaduhan seperti ini sangat jarang sekali berlaku," kata Vaclav, 45 tahun.

"Satu daripada sebab-sebabnya berlakunya konflik adalah jika badak air itu mempunyai anak kecil dan bimbang ianya terancam. Itu apa sebenarnya berlaku di sini.

"Buaya yang leka itu berada terlalu hampir dengan badak air betina menyebabkan keseluruhan kumpulan itu berkumpul dan menjadi defensif. Ia amaran keras untuk penceroboh supaya keluar.

"Saya tidak tahu mengapa, buaya itu tidak semena-mena merentasi di atas belakang badak air itu. Saya fikir mungkin buaya itu menjadi panik dan mencari jalan keluar. Saya tidak dapat mempercayai mata saya.

"Ia adalah keputusan yang teruk diambil oleh reptilia itu bagi memastikannya lepas.

Sekumpulan badak air itu mula mengamuk, saya melihat buaya itu digigit berulang kali oleh mulut mereka yang sangat.."

Buaya mempunyai kulit perisai bersadur, menjadikan kulit tegap dan mempunyai "scutes" - sisik-sisik halus di luar badan.

Tetapi binatang itu tidak bernasib baik untuk melawanan badak air yang sudah naik radang itu. Seolah-olah seekor makhluk paling agresif, tetapi seekor badak air dewasa boleh menggigit sekuat beberapa tan tekanan dalam satu gigitan.

"Buaya yangtahan lasak itu tidak boleh telah menahan jika berulang kali digigit seperti itu," kata Vaclav.

"Tidak ada cara untuknya lepas. Beberapa saat kemudian tubuh kejangnya tergelincir di bawah air dan tidak kelihatan lagi."
Read Full 1 comments

Jom Sahut Panggilan MSK SPONSOR Tok Guru Ke Mekah!

Saya sudah sahut,anda bagaimana?

KLIK GAMBAR


Dari PerakExpress..
Ayuh sahut panggilan ini saudara ku sekalian..
Pesanan dari Mat Saman Kati (MSK)


Tok Guru,

Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.

Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang d
ialami oleh Tok Guru.
Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.

Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.

Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.

Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan me
mfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.


Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.


Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.

Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.

Air mata Tok Guru adalah airmata
untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.


Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.

Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pe
rgi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.


Hari ini aku jual getah.

Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.

Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.

Lepas tolak bayar duit streamyx.


Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.

Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.

Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaab
ah untuk kesejahteraan kami. Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.

Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku. Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.
Kita tidak mengharapkan pembalasan.

Kerana kita tahu…
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.

Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.

Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.
Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.

Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.

Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.

Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com

Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.


KLIK GAMBAR

Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.

Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.

Maybank: 158097625245
Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK)

Sebarang pertanyaan:

email: matsamankati@gmail.com
HP: 013-5935721
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks